sᴏᴜɴᴅᴛʀᴀᴄᴋ ➸ ʙʟᴀᴄᴋ
" masuk ke dalam sekarang " pegawai tersebut menunjukkan jari telunjuknya ke arah dalam bilik yang dipagari dengan palang-palang besi. Ya, ianya lokap.
" no fucking way. " Jungkook memeluk tubuhnya dan dia meletakkan topi keledar bagi motorbike nya di atas meja pegawai polis tersebut. Dia memandang rendah ke arah polis itu di atas jawatan pegawai tersebut. Malah, dirinya lebih tinggi dan sasa daripada pegawai tersebut. Itu membuatkan dia tersengih. Nampaknya usaha dia ke gym setiap jam 8 pagi memang membuahkan hasil.
" Do you even know who I am? " tambahnya lagi dengan nada sinis. Itu membuatkan amarah pegawai tersebut meningkat. " want me to report this to my brothers? I thought you knew me well Goh. We have meet like— more than twenty times " Jungkook mengira guna tangannya. Pegawai bernama Goh itu mendengus kasar.
" dasar budak tak guna— "
" hey, " kolar pegawai tersebut ditarik kebelakang ; menjauhi Jungkook memandangkan Taehyung jauh lebih tinggi daripadanya. Mata Jungkook terus bersinar apabila superhero nya sudah pun sampai. Nampaknya tak perlu lah dia mereput di dalam lokap itu.. buat masa sekarang ni.
Pegawai itu hampir hilang imbangan nya akibat kelakuan Taehyung itu. Taehyung menjarakkan pegawai tersebut daripada Jungkook lalu memandang ke arah pegawai itu dengan pandangan dingin. " never ever insult my brother. " Dia menepuk bahu pegawai tersebut lalu pegawai itu terdiam seribu bahasa apabila dia boleh bau sesuatu daripada tangan Taehyung.
Darah.
Memang dia dah biasa dengan kedatangan Taehyung sebagai penyelamat budak bongkak ni untuk keluar daripada sini. Dan setiap kali dia datang, setiap kali itulah bau scent darah segar melekat pada dirinya. Balik rumah nanti, sudah tentu ada berita tentang kematian remaja perempuan... lagi.
Ya, dia pegawai tetapi dia langsung tak ambil kesah kerana itu bukan kerja utama nya. Kerjanya hanyalah duduk di dalam balai dan perhatikan penjenayah daripada terlepas. Sangat berguna.
Lagipun Bangtan mempunyai pelindungan yang kukuh untuk para angkatan polis tak menahan mereka.
Taehyung melirikkan matanya ke arah Goh dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dia memerhatikan lelaki itu. Lelaki itu nampaknya termenung, barangkali memikirkan sesuatu yang dia tak sepatutnya ambil tahu. Lalu, dia keluarkan segulung duit yang tebalnya hampir 10cm dan hulurkan ke arah Goh. Lelaki itu terkebil-kebil melihat duit dihadapan nya itu; bertapa banyaknya jumlah ia.
" keep the change, Goh. "
Sejurus itu, Taehyung terus melangkah keluar daripada balai tersebut. Jungkook mengekorinya daripada belakang dan dia mencapai topi keledarnya.
" Kau sudah periksa chat kita? " Taehyung menyoal Jungkook yang sudah terkebil-kebil itu. Terus, Taehyung tertawa kecil kerana dia tahu Jungkook mungkin tak memeriksa chat dalam telefon nya.. lagi. " kau ni masalah lah, Kook. " Jungkook mengerutkan hidungnya. Dia penat, tak ada masa nak periksa peti mesej telefon nya.
" macam lah ada benda penting. " Jungkook menggulingkan anak matanya ke atas lalu mereka sampai di hadapan motorbike mereka. " selain daripada Hoseok yang spam gambar nude perempuan di ruang chat kita, aku tak rasa ada yang lebih penting daripada tu. " Jungkook mula menaiki motorbike nya.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...