Celine duduk di lapangan terbang itu seorang diri. Dia memikirkan tentang segala peristiwa hidupnya yang kini berakhir dengan tragedi kerana sikap Winston yang mementingkan diri.Jauh dalam sudut hatinya rasa lega— sebab semua ini tamat dan dia mendapat layanan baik daripada playersnya. Dia bersyukur dia memilih jalan yang betul di saat terakhir.
Kalau tidak, mungkin nasibnya sama seperti Winston.
Mati dengan penuh kehinaan.
Tetapi dia masih terasa kesedihan. Walau macam mana sekali pun, Winston adalah adik dia. Adik beradik. Dia masih rasa sayang akan adiknya itu. Cuma dirinya terpaksa, sebab kelakuan Winston sendiri sudah melampau.
Membunuhnya tanpa teragak-agak, saat itu dia rasakan seperti perhubungan adik beradik antara dia dan Winston tamat begitu sahaja.
Jack..? Tak payah cerita lah tentang dia.
Sekarang ini dia tak mempunyai sesiapa, hanya ada ayahnya yang pengecut menyorok di dalam bilik mesyuarat kebal di syarikatnya.
" uhm.. Celine. "
Celine tersedar daripada lamunan dia dan dia melihat ke arah gerangan yang memanggilnya itu. Kelihatan Bongcha berdiri di tepinya dengan senyuman nipis di wajah.
" boleh aku duduk di sebelah kau? " soal Bongcha lagi, dan Celine membalasnya dengan anggukan. Bongcha melabuhkan punggungnya disebelah Celine.
" So, how do you feel? " Bongcha menyoal.
Bongcha tahu itu soalan yang paling bodoh dia pernah soal. Tetapi oleh kerana dia tak tahu macam mana nak mulakan perbualan dengan gadis itu, dia menyoal soalan bodoh tu.
Tak ada idea.
" aku okay sahaja. " Celine mengukirkan senyuman segaris. " aku bersyukur semua benda ni dah tamat. " kata Celine lagi dan Bongcha mengangguk perlahan.
" oh.. betul. Aku minta maaf terhadap kematian Winston. Pada mulanya aku ingin bunuh dia— aku minta maaf juga tentang itu. " Bongcha dengan segan meminta maaf. Celine tertawa kecil.
" dia memang patut mati daripada awal. " balas Celine dengan geram. Bongcha tersengih.
" oh, aku minta maaf juga kerana menolak kau masuk ke dalam permainan aku. Aku tahu aku angkuh dengan kau waktu tu. " Celine memohon maaf. Bongcha terus mengangguk perlahan.
" selepas ini, apa rancangan kau? " soal Celine lagi. Bongcha menongkat dagunya.
" Aku mahu cuba hidup senormal mungkin, dengan kawan-kawan aku. " Bongcha tersenyum apabila memikirkannya. Dia pasti mereka ada banyak lagi cabaran di masa hadapan. Ianya akan jadi sukar, tetapi Bongcha sendiri tak sabar ingin memulakan ia.
Baginya segala cabaran akan membuatkan dia lebih berpengalaman. Jadi dia tak pernah takut ingin mengharungi cabaran.
" oh, kedengaran menarik. " Celine mengangguk perlahan. Bongcha memandang ke arah Celine semula.
" kau pula? "
" Aku mungkin akan mengambil jawatan president ayah aku. "
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...