" take your place, players. "
Sebaik sahaja mereka selesai menjamu selera sebagai sarapan mereka, mereka semua dikejarkan ke game arena untuk permainan bagi bahagian ke dua. Sesetengah di antara mereka nampaknya seperti teruja menakala sesetengah pula tidak. Wajah mereka penuh dengan perasaan yang bercampur-baur.
" today, our game's theme is deadly end. "
Di luar bilik game arena tersebut, kelihatan para jenayah sudah menjerit-jerit tanda sokongan terhadap aktiviti permainan tersebut. Bongcha masih di atas pentasnya, memegang mikrofon dengan keadaan yang begitu gah. Outfitnya juga kali ini amat stailo menyebabkan ramai orang tak henti daripada melihatnya.
" Our game gonna start right now! " Bongcha melaungkan suara nya dengan begitu teruja. Tangannya di angkat ke atas dan menunjukkan tiga jarinya.
" count down with me! " gesanya dengan senyuman yang melebar dan para penonton mula bersorak tanda 'ya' terhadap permintaan gadis itu. Bongcha tersenyum ke arah mereka dengan senyuman yang melebar.
" one! "
" please step on one of the circle. "
Mia melangkah ke dalam sebuah bulatan yang terbentuk daripada jubin lantai di dalam bilik legap arena tersebut. Semasa dia bergerak, tubuhnya sempat bergesel dengan tubuh Jimin di mana lelaki itu langsung tak jauh daripadanya.
Mia cuba ingin menegur Jimin, tetapi Jimin seakan menganggap dirinya; Mia, langsung tak wujud. Itu membuatkan Mia terasa. Kalau ikutkan dia, tak salah bukan, kalau mengucapkan kata-kata semangat pada kawan sendiri?
Walau bagaimanapun, Mia tetap fokuskan mindanya terhadap permainan itu. Tadi, permikiran nya telah terganggu dengan lelaki bernama Jimin itu.
" two! "
" please, don't step outside the circle. "
Areum menarik nafas yang dalam. Dia cuba menenangkan dirinya yang terasa gusar. Bibirnya diketap perlahan, cuba menguatkan semangatnya. Dia berdiri tegak di dalam bulatan tersebut.
Dia percayakan dirinya.
" start! "
Pada masa yang sama, ada gelas berwarna hitam menutup mengelilingi bulatan tersebut. Kini, pemain lain tidak lagi dapat melihat apa yang terjadi di luar. Mereka seakan terperangkap dalam lubang tersebut.
Lantai bulatan itu mula tidak stabil, dan mereka mula jatuh dalam kegelapan.
Kemudian kaca hitam tadi itu dibuka perlahan-lahan menunjukkan para pemain tiada lagi diruang arena tersebut. Celine mengukirkan senyuman yang begitu manis. Jack di sebelahnya di pandang sekilas. Mereka berbalas pandangan sebelum Jack membisik sesuatu pada telinganya. Celine tertawa kecil.
Tiba-tiba pintu bilik arena tersebut dibuka menampakkan Bongcha yang meluru masuk ke arah Celine. Botnya yang tingginya hampir mencecah 3 inci kedengaran setiap kali dia menghayunkan langkahnya.
" Madam panggil saya? " soalnya dengan wajah blur. Dia berasa pelik apabila mendapat tahu bahawa wanita dihadapan nya ini memerlukan dia untuk datang ke arena ini dengan sepantas mungkin. Tetapi apabila melihat wajah Celine sekarang, dia tidak kelihatan seperti berada dalam masalah.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...