SEXUALITY CITIZENSHIP

3.6K 29 11
                                    


KEWARGANEGARAAN SEKSUALITI (SEXUALITY CITIZENSHIP).

Kewarganegaraan seperti yang dimaklumi adalah perakuan bahawa si polan dan si polan secara sah adalah warga sah sesebuah negara. Warga dalam erti kata mempunyai hak bersuara, mengundi bila cukup usia, dilindungi, menyumbang dan dipantau kebajikannya. 

 Apa hal pula dengan kewargaan seksualiti?

Dalam bab-bab sebelum ini kita ada menyentuh tentang SOGIE. Sexual Oreintation Gender Identiti dan Expression. Dalam dunia yang bergerak pantas dan mendepan, mahu atau tidak, manusia semakin berani tampil sebagai diri mereka yang sebenar. Tidak ada hal pertikaian moral di sini. Penilaian moral sebelum sebelumnya ini terlalu didasari oleh hal hal binari.

Kerapkali di sini, ia tertakluk pada 'social construct' @ binaan sosial  lapuk yang gemar mempertikai jantina individu, hanya kerana kedudukan tidak sama dengan kita. Dari masa ke masa kita  pura pura terkejut pada kekeliruan yang ujud. Lantas diangkat jadi isu sosial dan moral.

Tangkapan pondan yang sedang menyertai ratu cantik, berita majlis perkahwinan Pengkid dan pasangannya yang konon kononnya tertipu, serbuan ke kelab-kelab gay , semua insiden yang dirasakan mampu menghasut manusia sejagat, ugutan pada seseorang berdasarkan status jantina mereka terus menjadi makanan media arus perdana dan masyarakat sejagat.

Maka kita sama sama ikut bersuara memberi pendapat masing masing atas landasan dan acuan pemahaman peribadi. Dihambur hal hal moral, agama dan budaya yang dikatakan songsang terhadap mereka yang tertangkap.

Penolakan  terhadap seksualiti dan identiti gender orang menjadi bertambah kuat dengan sokongan majoriti manusia sekeliling sedia ada. Apakah ini adil? Melampirkan bentuk cara hidup, mengacuan pemikiran dan menetapkan rentak kemahuan orang yang sedikitpun tidak memudaratkan mereka yang merasa sempurna dan ketakutan tidak tentu hala.

Hati terus tertutup rapat sambil menafikan keujudan mereka yang dilabel sebagai LGBTQI. Ada juga yang tidak tahu lansung apa itu LGBT bila memasuki alaf baru. Malah lebih teruk dari itu, kita berterusan menghukum dengan denda denda moral dan enakmen yang sedia ada.

1. Seks di luar tabii

2. Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai

Apabila dijatuhi hukuman, masyarakat merasakan telah disempurnakan hal yang murni, mendapat pahala kerana berjaya menyekat penularan budaya kuning. Terlupa bahawa sekatan itu adalah sekatan keangkuhan dengan acuan sekumpulan manusia sempurna sedia ada. Perjuangan untuk menyekat cara hidup orang  sebagai tindakan paling  suci.

Selalunya tindak tanduk mebawa bersama alasan Maruah, Agama dan moral Bangsa. Ada sejenis kepuasan apabila berjaya menidakkan kewujudan orientasi dan identiti gender manusia  lain, hanya kerana nafsu mereka tidak selaras. Tidakkah itu sesuatu yang aneh?

Memang benar, manusia itu harus dikawal demi keamanan. Itu  hal paling asas. TETAPI pengawalan keterlaluan termasuk kemahuan keputusan syahwat manusia adalah sesuatu yang agak pelik. Jangan tidak tahu wujud manusia yang kononnya alim ulama (tidak kira dari sektor agama mana sekalipun) tidak mahu mendengar apa apa alasan dan penerangan langsung dari pihak LGBTQ. Pintu toleransi ditutup rapat sejak awal awal lagi.

Melalui Penafian Panjang itu maka ujudlah hal hal di bawah:

1. Keliru jantina dan gagal berekspresi sebagai manusia. Identiti tidak sama seperti di kad pengenalan?

2. Tertekan, depresi akibat merasa bersalah 24jam kerana hidup penuh rahsia, melawan arus maruah dan hampir gila

3. Melahirkan  golongan Homofobia kerana terlalu disogo kisah kisah songsang pelaku LGBTQ

4. Pembunuhan, termasuk bunuh diri demi maruah. (moral killing and suicide)

5. Seksualiti menjadi bahan untuk ugutan di peringkat rendah dan tertinggi.

Kewargaan Seksualiti mungkin berbunyi seperti penting diri, namun ia tidak lain tidak bukan hanyalah saranan bahawa manusia itu hadir dari pelbagai latar belakang, agama, kefahaman, budaya, malah masing masing membawa bersama seksualti yang berbeza. Mereka tetap menyumbang pada pembentukan masyarakat dan pembangunan negara. Ini harus difikirkan oleh pemilik jantina majoriti sesebuah negara.

Dalam banyak waktu kita bijak dan kononnya merendah diri mengatakan bahawa Sang Pencipta itu Maha Berkuasa, diciptaNYA pelbagai jenis dan apa sahaja bentuk hidupan. Apabila memasuki bab yakni JANTINA kita gagal bersetuju. Berterusan mencari lagi alasan manusia bijak untuk menafikan sesiapa sahaja yang tidak selaras. PELIK, AJAIB DAN ANEH sifat manusia cisgender ketika mentadbir.

Bila secara bijak mempertikaikan orientasi dan gender manusia, diputar belit pula  penuh bijaksana, lahirlah enakmen-enakmen  sivil dan syariah buat mereka, secara tidak langsung  menidakkan hak mereka sebagai warga negara. Hajat asas tidak lain tidak bukan, supaya mereka menjadi piawai (Standard) adalah HAJAT PALING KOTOR DAN TIDAK ADIL.

Mungkin atas dasar hal  yang serius ini menjadi penyebab kenapa ibubapa yang dikurniakan anak anak Lesbian, Transgender, Gay dan Interseks dilanda gementar, gemuruh, lemah jantung dan tidak keruan. Kasihan bukan?

Maka seumur hidup terus beraspirasi, mencari jalan agar mereka kembali pada fitrah. Fitrah apa? Bukankah kita semua awal awal lagi sudah difitrahkan mengakui akan kekuasaan Tuhan? 


*SOME OF THESE NEW WRITE UP MIGHT BE USED IN Buku Mak Nyah Revised Edition...still you need to get the actual book published by Terfaktab Media.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now