MAKNYAH DAN CINTA LAGI...

92 2 2
                                    

MAKNYAH DAN CINTA LAGI

Akibat sudah dilihat sebagai objek seks dan kekeliruan tentang Transwoman, Shemale, Crossdresser dan Tranvestite, dunia cinta maknyah/transwoman yang sejak awal awal lagi sudah tidak berapa meriah jadi semakin sukar.  Penulis percaya sesama golongan maknyah juga ada yang sudah keliru silap terma.

Bukan salah mereka, bukan salah lelaki. 

Struktur masyarakat awal awal lagi sudah mengatakan ianya adalah gabungan yang salah, berdosa dan dilaknati.

Lama lama para Transwoman juga jadi terbeli dengan adat tersebut. Mengatakan lelaki hanya mahu melepaskan nafsu, akan ditinggalkan juga suatu hari nanti, lelaki luar negara lebih telus dan berterusan merana, sakit hati atau menjadi PAHIT pada kata CINTA.

Sebenarnya sama sahaja dengan para wanita cisgender. Bukan semua mendapatkan cinta sejati. Namun begitu dalam dunia maknyah/transwoman yang semakin menggelirukan ini mereka harus peka pada banyak hal.

1. Adakah mereka berada di bawah pengaruh HRT (yang menjadikan emosi mereka terlalu perempuan dan sensitif).

2. Lelaki yang hadir, adakah dia ada kualiti manusia? Selalunya maknyah akan tidak kisah pada apa apa hanya kerana rasa sepi.

3. Adakah kamu sedang digoda oleh sang pengambil kesempatan (terutamanya yang di bandar bandar besar). Wang Ringgit, tempat tinggal atau peluang peluang lain yang mampu maknyah buka.

4. Adakah lelaki tersebut sememangnya peminat tegar LGBT dan boleh berintim dengan sesiapa sahaja. Lelaki rojak selalunya kita gelarkan pada manusia sebegini. Apa pun boleh!

5. Apakah bentuk perhubungan yang kamu maksudkan? Kamu beli hubungan itu secara penafian? Adakah kamu memaksa lelaki tersebut menjadi suami kamu? Adakah dia hadir seperti pencuri dan pulang juga seperti pencuri?

5 yang di atas hanyalah asas untuk membuka mata para transwoman supaya lebih telus pada diri apabila mencari cinta atau merungut tentang sukarnya hadir hidup bercinta. Perkongsian hidup cinta Transwoman yang betul akan berjalan lancar sama sahaja seperti pasangan hetroseksual yang lain.

Ada waktunya melalui medsos, kita melihat rungutan rungutan yang hampir mustahil dari kaum maknyah tentang pasangan mereka. Jarang sekali dipamirkan kekasih/pasangan/suami mereka di dinding medsos. Ada sebab sebab munasabah mereka bersikap sedemikian.

Percubaan untuk mencari jodoh di medsos juga suka kerana paparan wajah dan rupa paras dalam banyak waktu adalah palsu (kamera 360, makeup mampan, bertudung dan macam macam). Ini menyukarkan lagi pencarian cinta. Manusia yang semakin memilih pada hal hal fizikal pastinya akan mendiamkan diri selepas sekali pertemuan. (ini juga terjadi pada para cisgender dan LGBT lain) Jadi tidak perlu merasa heran.

Ilusi maknyah yang membuak buak juga ada waktunya menggangu. Paparan gambar mereka di dinding Medsos tidak sama seperti kehidupan sebenar. Manusia beginilah yang akan lebih mudah ditipu oleh lelaki hidung belang yang sememangnya pakar dalam hal hal menggoda. Memasuki alaf baru kata kata seperti: Terima Seadanya, Lebih Kurang, Tidak berpakaian perempuan 24/jam seolah olah menjadi TIDAK RELEVAN lagi.

Jangan silap, CINTA masih lagi tergantung pada nasib yang baik dan kuasa Illahi Tuhan yang maha berkuasa. Para transwoman yang cukup lengkap juga belum pasti akan mendapatkan cinta sejati yang seakan akan sudah pupus di zaman ini. 

Selagi kamu bernama manusia kamu pasti mempunyai citarasa, mahu dibelai dan disayangi. Ini perasaan yang termaktub pada semua umat manusia. Kamu juga haru belajar berpada pada dalam menangani perasaan ini. Dalam banyak waktu, Transwoman akan kecewa apabila dilayan hanya sebagai ROBOT SEKS. Bertolak dari situ, akan ada fikiran fikiran yang akan mendorong mereka untuk menggenakan bayaran pada lelaki yang mahu hadir. Murah, mahal atau berpada pada terpulang pada mereka.

Ingat artikel yang lepas tentang tekanan jangka panjang untuk pekerja seks?

Transwoman masih lagi boleh berusaha:

1. mencari kualiti diri, sehingga ada yang jatuh cinta. 

2. baik pulih fizikal diri sekiranya itu yang akan lebih menyakinkan kamu

3. jangan bersifat seperti rumah CHARITY/DERMAWAN hanya kerana kamu miskin cinta/kesepian.

4. Tidak terbeli dengan trend trend para cisgender. Bertudung (pondung) kerana kamu rasa akan dapat suami, menonton drama drama cinta cisgender sambil terus berkhayal, mengawal gangguan HRT sekiranya ia melibatkan emosi cinta kamu membuak buak.

5. Semak kembali citarasa kamu. Adakah selama ini kamu kerap menolak dan tidak memberi peluang pada jejaka yang tidak tampan atau tidak mencapai tahap piawaian kamu yang tidak seberapa itu?

Sebagai orang lama, saya sudah melihat rumahtangga maknyah yang kekal dan bahagia. Melihat maknyah yang bersifat seperti jalang walaupun sudah bersuami, melihat keluar masuk lelaki dalam hidup maknyah silih berganting walaupun sudah bergelar pasangan. Ini adalah fenomena yang tidak tahu mahu digambarkan bagaimana.

Maknyah yang cerita adalah maknyah yang berusaha untuk membaik pulih diri dari waktu ke waktu. Harus ingat, kamu sebagai daya tarikan, kamu yang boleh membuat pilihan, kamu yang juga memberi kerjasama pada perhubungan. 

Melihat maknyah terkapai kapai apabila berhadapan dengan lelaki curang (tidak kira yang berkahwin atau yang beralih arah pada maknyah lain), sangat menyedihkan. Sedih, kerana tidak ada formular khusus apabila memasuki arena cinta Maknyah. Adalah tidak munasabah mahu kita katakan kamu hanya dimain mainkan kerana kamu tidak ada buah dada, tidak melakukan operasi alat kelamin. Tidak adil dan tidak munasabah, kerana tarikan dua manusia itu sudah dirancang oleh yang ESA. Kalau kena gaya, masa dan suasana, kamu akan pasti bertemu mereka yang cocok.

Melihat kesemua di atas, kamu tahu ianya masalah yang tidak lebih tidak kurang dengan masalah cinta yang dihadapi oleh para heteroseksual.

Para transwoman harus lebih berdamai dengan diri, tidak mudah menyalahkan wanita cisgender atau terus menerus menuduh para lelaki sama sahaja sifatnya. Kamu mungkin tidak bertemu yang serasi...dan harus ingat, mereka juga ada citarasa dan kriteria impian mereka. Belajar belajar juga menikmati hidup tanpa ikatan kasih kalau menyusahkan. 

Kita sudah membincangkan cinta yang dihadirkan oleh Dadah Sintetik bukan? Itu lebih menakutkan sebenarnya. Mayat hidup jadinya.

Jadi selamat bercinta...elakkan dari menjadi manusia PAHIT.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now