SEX REASSIGNMENT SUGERY (Pandangan Peribadi)

264 0 0
                                    



SRS DAN PANDANGAN PERIBADI. Nyata!

Dua Maknyah post opt berkongsi kisah bagaimana mereka menjalani pembedahan jantina di Thailand.

Penulis duduk dengan dua orang dan berbual secara kasual menggunakan pita rakaman. Nama mereka digantikan dengan Anis dan Zara. Masing masing berusia 45 dan 28. Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin, kerana sekiranya ia datang dari mulut penulis sendiri, penulis takut dituduh menjual nilai nilai hidup pada orang lain.

KAMU BERDUA MUSLIM?

A: Ya saya muslim

Z: saya juga muslim

Bagaimana terlintas mahu melakukan pembedahan?

A: Setelah berfikir masak masak. Hidup bagai kiambang atas tak sampai akar tidak jejak ...saya perlukan kepastian hidup.

Z: Saya manusia biasa, saya malu pada diri sendiri apabila mandi. Setiapkali melihat Zakar saya jadi keliru, sedih dan marah.

PENERIMAAN KAUM KELUARGA KAMU?

A: keluarga menentang sejak saya remaja lagi. Saya tidak tahan apabila usia menjelang 29. Kalau terus mengikut syarat mereka hidup tidak bermakna, saya bukan jenis apom dan tidak selesa. Jadi saya kumpul wang dan meminta kekasih saya di luar negara sedikit. Jumlahnya ketika itu sekitar rm 8000 termasuk ubat ubatan dan cuti tidak bekerja.

Z: Saya tidak malu menceritakan yang saya melacur untuk menyimpan wang. Selepas mendapatkan vagina, saya berazam tidak melacur lagi. Saya seolah olah sebatang kara dalam hidup. Keluarga tidak menyokong sejak awal lagi. Saya sayangkan mereka, tapi mereka tidak mahu memahami. Jadi sayang 100 peratus itu saya hulurkan pada diri saya sahaja. Lebih mudah.

TIDAK TAKUT PADA PENETAPAN SYURGA NERAKA?

A: Dulu mungkin. Saya tidak boleh tidur malam. Saya hampir gila. Ada zakar pakai perempuan, saya keliru. Setelah dewasa saya lihat orang biasa ada yang hatinya lebih hitam dari kaum Maknyah. Saya diberi hidayah dari waktu ke waktu melihat orang ramai. Saya cuma takut pada Tuhan dan kejahatan yang akan saya lakukan. Jadi penghakiman orang sudah tidak ada makna lagi. Saya akan rasa berdosa sekiranya saya tidak membaik pulih jantina saya. Itu juga usaha saya untuk membahagiakan diri.

Z: sama macam kak Anis juga. Hanya Tuhan tahu hati saya.

DAPAT KAD PENGENALAN PEREMPUAN?

A: Saya dapat ic perempuan. Tanpa binti tapi @ itupun sudah kira bersyukur

Z: Pembedahan saya selepas 1989 jadi nasib tidak baik. Undang undang negara harus dipatuhi. Ada adik adik yang srs tanpa tahu akan hal ini, mereka jadi marah marah tertekan selepas itu. Woman letter dari Thailand atau dari mana mana sahaja tidak diiktiraf di negara ini. Macam saya, saya sudah menetapkan awal awal sebelum SRS. IC tidak penting, yang penting saya jadi diri saya yang sebenar. Memanglah ada masalah, di lapangan terbang, di pejabat kerajaan atau di bank, tapi saya sanggup lalui dengan identiti jantina dan ic yang tidak bertepatan. Esok esok kalau kerajaan kasihankan pada orang seperti saya mereka mungkin akan menggubal sistem yang baru..insyaallah. Saya latih diri untuk tidak takut mengatakan,"Ya, saya transwoman/Mak Nyah/Pondan" mengikut keadaan demi melancarkan situasi.

ANDA PERCAYA PADA PERKAHWINAN SETELAH SRS?

A: SRS bukan untuk berkahwin atau menipu lelaki. Hati wanita mana yang tidak mahu berkahwin? Saya juga mahu, tapi cukup cukuplah kita memeningkan kepala para cisgender. Saya ada kekasih dan itu sudah memadai.

Z: Sama seperti bila bercakap tentang ic perempuan. Saya sedia maklum negara ini bagaimana. Saya terpaksa adjust. Saya okay, asal tidak menganggu fikiran saya. Dengan lelaki saya tidak pernah menipu jantina saya. Saya post opt transwoman, terima atau berlalu sahaja. lebih mudah berkonsep begitu. Ada yang tidak tahu, bukan sebab saya cantik atau tak pecah lobang, saya berimej wanita biasa biasa sahaja.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now