PEKERJA SEKS

410 4 0
                                    

MAKNYAH SEBAGAI PEKERJA SEKS.

Apa itu KERJA SEKS?

Menerima bayaran atas perkhimatan memberi kepuasan seks pada pelanggan. Ada transaksi nyata di situ oleh mansia A dan B. Wang----àperilaku seks.

Pekerjaan ini dilakukan oleh semua jantina yang ada di dunia ini. Perempuan, Lelaki, Gay ,Transwoman juga shemale.

Alasan menjadi pekerja seks kita sudah sedia maklum dalam artikel artikel yang lepas. Desakannya sama sahaja. Kesempitan wang dan mahu menjana wang dengan cara mudah.

Tidak ada pertikaian moral di sini. Kerana kita manusia yang dewasa dan sudah sedia maklum tentang keujudan pekerjaan tertua di dunia ini. Penulis hanya mahu berkisah tentang kesan dan impak jangka panjang untuk mereka yang terlibat dalam bidang menjaja seks.

AKIBAT JANGKA PANJANG

1. Terdedah pada penyakit penyakit kelamin dan HIV. Kemahuan seks pelanggan adalah pelbagai, termasuk menolak pemakaian kondom dan mengamalkan langkah selamat apabila melakukan aktiviti seksual.

2. Sifat diri yang mula berubah, rentetan dari jenis pekerjaan. Rasa rendah diri, malu, mejauhkan diri dari masyarakat umum dan tebal rasa takut apabila harus menjalani hidup biasa.

3. Berada dalam lingkungan orang orang kasar. Sifat, bahasa, adap sopan. Lama lama akan mempengaruhi sifat individu.

4. Amarah diri pada dunia semakin menebal. Marah pada manusia (kerana merasa dipergunakan). Perasaan yang timbul secara berdikit dikit ini tidak elok untuk perkembangan manusia.

5. Terdedah pada kegiatan DADAH dan pengambilan substance substance lain, yang dilakukan tanpa sedar. Pada mulanya hanya sebagai ubat penenang jiwa.

6. Tekanan berpanjangan apabila berhadapan dengan cara hidup di luar. Gabungan rasa rendah diri, kotor, berdosa dan lain lain perasaan akan mengakibatkan gangguan jiwa yang kronik.

Semua perkara di atas adalah hal hal Terlepas Pandang oleh manusia. Sama seperti pentas peragaan, akan ada waktu permintaan pada kamu akan menjadi kurang akibat usia, rupa paras dan kemampuan perilaku seksual akibat trend aktiviti seks.

Tidak kira bagaimana bentuk tempat kamu mencari nafkah dengan menawarkan perkhidmatan, hotel kelas satu? Lorong? Hotel murahan? Tekanan jangka panjang pekerja seks adalah sama.

Maknyah/Transwoman yang menjadi pekerja seks adalah insan insan sensitif. Atas dasar itu, mereka akan tampil pendiam, pemarah dan berbahasa kasar. Maafkan mereka, ini adalah hal hal yang tidak mereka sedari. Pertubuhan NGO sangat berhati hati apabila membicarakan tentang hal ini.

1. Bermula dengan kemudahan untuk memuaskan nafsu, kepuasan yang berbayar ianya terus menjadi pekerjaan

2. Ada yang mahu mengumpul sejumlah wang untuk hal hal tanggungan hidup, keperluan asas dan mahu menjalani SRS dan pembedahan pembedahan kecil. Mencari modal perniagaan.

3. Mencari jalan pintas untuk bersaing dalam dunia material atau memenuhi polisi polisi hidup. (berkereta, membeli rumah sendiri dan memakai busana@perhiasan mewah).

4. Memenuhi sifat Nymphomaniac

5. Mahu dihargai. Manusia secara asasnya suka pada penghargaan, sewaktu bekerja pekerja seks merasakan diri mereka dihargai oleh pelanggan.

Semuanya dimulakan dengan skala yang kecil, hasutan oleh para Ts senior, kekecewaan kerana kesetiaan cinta dahulu dicurangi dan banyak lagi sebab sebab lain.

Ini merupakan hal peribadi mereka dan tidak patut dipertikaikan oleh sesiapapun. Huraian hanya akan diberikan oleh pakar psikoloji dan pakar pembangunan insan yang bertauliah, hanya dikupas dan dikaitkan apabila pekerja seks secara terbuka menceritakan tekanan tekanan mereka.

Tidak akan disarankan mereka berHENTI secara mendadak. Keputusan itu harus datang dari tuan punya badan. Budaya mengangung agungkan hal hal material itu sebenarnya datang dari masyarakat umum. Pujian pujian tentang kecantikan, barangan berjenama dan cara hidup yang dipamerkan itu memerlukan 'maintnence', jadi bagaimana? Bagaimana kalau kita berjiwa lemah?

Sebab itu manusia tanpa mengira jantina disarankan untuk benar benar mencari erti JATI DIRI sewaktu mereka hidup. Landasan apa yang mahu mereka pilih?

Terlalu ramai yang merasakan mereka ada RESEPI untuk para Ts keluar dari lingkungan menjadi Pekerja Seks. Harus ingat resepi kita mungkin tidak cocok atau tidak sesuai. Resepi yang kita sogok itu nanti mungkin akan menjadi satu tekanan baru untuk pekerja seks.

Sebaiknya, tuan punya badan itu sendiri berusaha dan mengkaji apakah hala tuju hidup mereka supaya mereka kenal dengan tahap bahagia yang mereka cari.

Artikel ini hanyalah untuk kita berfikir, bukan untuk menghina mana mana pihak. Hidup di dunia ini masih lagi berasaskan PEMINTAAN dan PENAWARAN secara ekonomi.

Dugaan yang datang bersama keKAYAan, KeSENANGan, keMEWAHan dan KeMISKINan selalu ada...ada waktunya bertubi tubi untuk manusia.

Bijak manusia sebenarnya dituntut lebih dari apa yang kita gambarkan dan susunan DIA itu tidak pernah silap. Langkah mencari keSEIMBANGan itu penting supaya kita tidak leka.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now