SPIRINOLACTONE

55 5 2
                                    


Spironolactone  adalah ubat/kimia/dadah yang diguna pakai untuk merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan hati. Ia merendahkan tekanan demi mengelakkan serangan jantung, stroke dan masalah buah pinggang. 

Spironolactone  -- memastikan tahap potassium menjadi  rendah atau mengawal badan yang menyerap terlalu banyak garam/sodium. Ianya juga digelar pil air. Dalam erti kata jalanan ia mencairkan darah yang terlalu pekat. Juga merawat jantung yang tersekat. 

 Ada ketikanya spironolactone banyak digunakan oleh para dermatologis untuk merawat jerawat, namun ia tidak dinyatakan di label atau kota ubat tersebut. 

Ianya BUKAN HORMON cuma sekadar PENEBAT HORMON JANTAN bagi mereka yang mendapatkan rawatan HRT yang dibawa kawalan oleh pakar Endocrinologist.

Seperti biasa keghairahan para Transwoman terhadap HRT agak berpola tamak setelah mengetahui bahawa ia boleh dibeli dan didapatkan secara murah di hospital kerajaan. Keghairahan ini membuatkan mereka mula berdebat di medsos.

Tidak mahu diperpanjangkan, kita harus kembali pada hal hal asas para Transwoman yang sedang ghairah.

1. Kembali kepada konsep apa itu Transwoman? Konsep kamu betul?

2. HRT adalah hal yang serius dan berbahaya jika tidak dikawal dan dipantau rapi (sila rujuk pada artikel artikel lain dalam dinding ini tentang bahaya dan ilusi HRT).

3. Badan dan mental yang sihat dan proses proses FEMINIZATION selamat sudah ada di zaman ini

4. Keterujaan yang sama seperti wanita cisgender meluap luap seolah olah HRT sahajalah yang akan memberikan pengiktirafan pada mereka.

HRT yang silap dan tidak sesuai? Sudah kita bincangkan termasuk kegagalan buah pinggang berfungsi, gangguan pada hati dan jantung sehinggalah kejadian kejadian MATI DALAM TIDUR akibat rasa TAMAK dan mahu MELETOP tersebut.

Para Transwoman yang waras harus menjadi lebih peka walaupun sering kita unjurkan TEPUK DADA TANYA SELERA.

Bina hal hal mental dan jati diri dahulu apabila sudah berada di ruang hidup sebagai TRANSWOMAN. Tidak luak hidup kamu kalau kamu tidak ada kemampuan untuk tampil gah seperti ikon ikon transwoman cantik mulus menawan yang kamu kagumi.

LOVE YOURSELVES...LOVE WHAT YOU ARE...AND STAY AWAKE TO CHERISH LIFE!

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now