PENERANGAN MUDAH TRANSGENDER

25 1 0
                                    


PENERANGAN MUDAH TRANSGENDER

1. Maksud trangender

2. Bagaimana jantina dan seksualiti adalah berbeza

3. Bagaimana kita dipisahkan dengan hal hal salah konsep yang tidak perlu

Hal yang panas sekarang adalah idea idea dan terma yang saling berubah tentang seksualiti dan individu transgender. Perbalahan muncul dari pelbagai pihak tentang isu ini. Namun hal UTAMA adalah tahap salah faham yang perlu dibaiki. Ayuh kita lihat pebezaan antara sek, jantina dan orientasi seksual manusia.

Kita kerap menggunakan terma terma longgar tanpa sedar ia mempunyai banyak perbezaan. Jantina merujuk pada organ kelamin sewaktu dilahirkan dan karekter fizikal. Sedangkan seksualiti atau orientasi seksual merujuk pada siapa individu tersebut tertarik.

Muncul pula hal gender/jantina yang bolah dianggap merujuk pada indentiti yang didasari oleh konstruk sosial yakni sifat MASKULIN atau FEMININ, ini merangkum pada perkara seperti pakaian pilihan, permainan yang kamu main, aktiviti pilihan kamu, dan lain lain lagi. Tidak seperti seks, jantina kamu tidak beku di situ sahaja, ia hanyalah apa yang kamu anggap sahaja. Sama seperti seksualiti, jantina lebih berada di spektrum. Pelik? Perhatikan lelaki yang mempunyai unsur unsur feminin yang tidak menepati stereotype lelaki maskulin.

Individu yang tidak dapat berhubung di antara seks dan jantina mereka selalunya dianggap TRANS. Samada Trangsgender atau Transsexual.

Transgender – mereka yang merasakan gender identiti mereka tidak selari dengan alat kelamin yang dilahirkan.

Transsexual – mereka yang sudah atau berhajat untuk mendapatkan bantuan medikal pembedahan etc..transisi pada jantina yang lain.

Salah faham yang besar tentang isu isu trans adalah pemahaman bahawa ada 2 gender sahaja dalam hidup.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini adalah penting untuk kita benar benar mengenali perbezaan tentang Seks dan Gender bukan hal yang serupa dan tidak boleh disalah tafsir dan berubah ubah. Ia mungkin tampil agak berterus terang, tetapi sains bukanlah hal hitam dan putih sahaja. Kes kes seperti David Reimer membuktikan bahawa seks dan gender boleh behubung untuk saling memberi kesan pada satu sama lain, dilahirkan lelaki David dioperasi secara medikal menjadi genetali perempuan setelah proses bersunat yang gagal. Menjelang dewasa dia kerap merasa keliru dan pelik akan gender yang dipilih untuknya. Diusia 14 keluarganya berterus terang, dia akhirnya memilik gender maskulin asalnya. Tetapi tekanan sejak remaja nampaknya kekal jadi depresi sehingga dewasa dan akhirnya memilih untuk membunuh diri.

Bercerita tentang depresi, terdapat salah faham umum yang mengatakan menjalani kehidupan trans sebagai sakit mental. Pemahaman masa lalu apabila Trans diklasifikasikan sebagai sakit mental, begitu juga dengan homoseksual. Dirian pakar medikal serta pengamal perubatan sudah jauh berubah sekarang. Klasifikasi tidak adil ini sudah dikenal pasti, membawa stigma terhadap manusia trans.

Antara badan perubatan yang sudah menarik balik dirian bahawa trans adalah sakit mental adalah:

1. American Medical Association

2. American Psychiatric Association.

3. World Health Organization

Dari tuduhan Disorder (sakit mental) mereka mengubah dirian mengatakan bahawa manusia Transgender mengalami Disporia Gender. Situasi di mana wujud stres emosi, disebakkan oleh konflik antara gender sewaktu lahir dan identiti gender semasa. Benar para transgender kerap merana akibat isu mental dan isu kesihatan seperti depesi dan terfikir untuk membunuh diri, TETAPI ini semua adalah akibat dari stigma sosial, diejek, serta kurang sokongan dan penerimaan.

Sama seperti homoseksual menjalani hidup, hidup sebagai Transgender bukanlah pilihan.

Mitos biasa dan salah bahawa Transgender adalah Gay. Semua manusia lelaki yang jadi perempuan pasti akibat mahu tidur dengan lelaki atau perempuan yang bertransisi menjadi Lelaki pasti Lesbian Almari. Salam faham yang sudah tentu tidak betul, hanya kerana gender dan seksualiti digabung. Tidak benar.

Ada wanita trans yang kekal dengan pasangan perempuan yang dikasihi sebelum transisi begitu juga sebaliknya.

Memudahkan fikiran sila fikir begini: Seksualiti adalah siapa yang kamu berahi untuk tidur dan bermesra. Gender pula adalah jantina apa kamu sebenarnya sewaktu kamu bermesraan di kamar tidur.

Manusia Trans boleh jatuh dalam sebarang spectrum seksualiti sedia ada. Secara aslinya akan terus tertarik pada jenis manusia yang sedia disukai/pilihan hati sejak kecil/sebelum transisi.

Terdapat pelbagai lagi salah konsep manusia terhadap manusia Trans yang tidak masuk akal. Selagi kita tidak mengenali mereka selagi itulah mudah untuk kita memalukan mereka, menidakkan mereka sebagai manusia dan untuk bergerak ke hadapan kita perlu belajar tentang diri masing masing serta menghargai perbezaan sesama manusia.

Manusia Transgender adalah MANUSIA. Tidak lebih tidak kurang!

Mereka berhak pada milikan tentang maruah, hormat, persefahaman, kebebasan dan peluang sama seperti manusia lain.

Nota: Sila cari terma terma M to F, F to M atau lihat kembali apakah spektrum jantina dan spektrum seks.

Nota: Sila cari terma terma M to F, F to M atau lihat kembali apakah spektrum jantina dan spektrum seks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now