CISGENDER ---> MAK NYAH

156 2 0
                                    


I'M A TRANS WOMAN, BUT PLEASE STOP ASKING ME ABOUT MY GENITALIA

Manusia semua dikurniakan rasa teruja, ghairah ingin tahu, tetapi malas menyelidik dan mencari bahan informasi yang tepat tentang apa saja hal. Maka dengan itu wujudlah pergeseran sesama manusia.

Ada yang tertanya tanya dari jauh, ada yang berani bertanya secara depan depan tanpa mengambil kira maruah, rasa malu dan aib manusia. Ada juga yang lebih gemar membuat andaian mereka sendiri.

Sama seperti manusia lain para transgender dalam kehidupan akan menjalani proses yang sama. Berurusan dengan borang rasmi, hadir di mahkamah, menggunakan perkhidmatan perkhidmatan yang memerlukan mereka menyerahkan kad identiti pengenalan. Di Malaysia selepas 1989 para Maknyah yang telah menjalani SRS tidak memiliki indentiti perempuan. Maknyah pre-opt sudah tentu pernah berhadapan dengan masalah dimalukan dikhalayak. Pintu masuk lapangan terbang, bank, urusan surat menyurat yang melibatkan identiti jantina dan identiti yang tercatat di kad pengenalan.

"Saya ditahan oleh immigresen akibat 'anomaly (zakar)' diikuti oleh pengalaman yang pahit, bila dimalukan, ditangkap gambar profile dan tertinggal kapal terbang oleh sekuriti bandara, hanya kerana saya seorang transgender"

Pengakuan di atas adalah tweet dari seorang transgender dari luar negara.

"Nama lelaki saya dipanggil dengan kuat, sewaktu mahu berurusan dengan Bank. Sedangkan selama ini saya berurusan dengan mudah. Pegawai baru dan teman temannya mula tertawa dan menjadikan ianya isu secara jenaka, orang ramai mula syak dan memberi tumpuan pada saya"

Masalah yang biasa dihadapi oleh para Maknyah di bank. Pihak Bank pula memberi alasan mereka harus berhati hati kerana ini adalah urusan wang.

Begitulah juga dengan urusan urusan rasmi yang lain.

Inilah masalah utama apabila kad pengenalan tidak selari dengan identiti jantina yang dipamirkan. Pihak pentadbiran mungkin melihat isu Maknyah dan Identiti sebagai satu jenaka dan remeh. Namun percayalah ianya melibatkan satu keranapan jati diri manusia yang lain.

Satu pendekatan harus diambil oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia. Memasuki alaf baru mereka seharusnya bersifat lebih terbuka tentang kewujudan kaum Maknyah yang bekerja, berurusan dan melibatkan agensi agensi formal. Jabatan Pendaftaran boleh bekerja sama dengan Kementerian untuk hal hal yang melibatkan pengesahan Gender Dsyphoria.

DIRI

Memang mudah untuk kita membenci diri secara fizikal. Mudah sangat menurut penulis. Semua wanita mudah membenci badan mereka, kerana itu yang diajar sepanjang hidup pada kita secara tidak langsung.

Kata mereka kalaulah bentuk badan kita begitu dan begini kita akan jatuh dalam kategori sempurna. Kalaulah kau tinggi sedikit, wajah kau panjang sedikit, kulit kau putih sedikit kau akan mampu menundukkan dunia, mudah mendapatkan cinta dan akan sentiasa disukai ramai.

Makanya badan kita akan sentiasa berurusan dengan otak kita demi pengharapan, nafsu nafsi, kemahuan kemahuan tidak masuk akal yang direka oleh orang lain. Membaca majalah majalah wanita, sering kali tanpa sedar kita diingatkan bahawa badan kita sangat mengecewakan. Kita tidak boleh menyertai ratu, kumpulan kumpulan sosial lain kerana orang lain mengatakan kita tidak menepati syarat piawaian mereka. Sama juga apabila orang ramai menentukan bahawa kamu tidak boleh menjadi wanita kerana kamu mempunyai ZAKAR, bagilah alasan apa sekali pun mereka akan tetap mengatakan TIDAK BOLEH.

"Aku tidak bersalah, aku mencari salah siapa bertahun tahun, Nama aku? Alat kelamin aku? Perikalu aku? Atau apa? Salahkah kalau aku berusaha untuk membahagiakan diri? Siapa pula kamu yang mengatakan aku salah?"

HRT di peringkat awal para Maknyah adalah untuk memastikan bahawa pengeluaran testosterone berkurangan dan meningkatkan kadar hormone estrogen dalam badan. Kita sebenarnya tidak perlu bersoal jawab sehingga mengguris hati sendiri pada mereka yang tidak memahami. Sudah menjadi adat, orang disekeliling kita mahu mengacuankan kita supaya seragam dengan pembentukan dan perkembangan mereka. Ada Zakar maskulinkan diri, ada Vagina harus feminin sopan lentik lendik. Jawapan para Ts sepatutnya lebih mudah (bagi maknyah tegar) sejak kecil saya tidak pernah merasakan diri saya sebagai LELAKI. Jawapan cliché kita selalunya adalah 'saya terperangkap dalam badan yang salah.'

Itulah jawapan yang paling mudah dan senang untuk dimengerti, walaupun kita tahu itu hanya untuk menagih simpati dan pemahaman orang sekeliling yang tidak merasakan progres emosi naik turun yang kita para Maknyah lalui.

Bukan semua Maknyah itu lembik sejak kecil, memang ramai yang begitu termasuk penulis sendiri, tetapi harus ingat pertumbuhan dan perkembangan manusia itu tidak pernah seragam. Ada yang mengawal diri sejak kecil, ada yang hanya merasa berbeza sewaktu masuk peringkat akil baligh. Hakikatnya itulah jawapan yang mereka mahukan. Jawapan itu juga membolehkan kamu para Transgender untuk medapat akses perubatan dan pertolongan psikologi akibat jantina kamu.

Secara tradisi ianya sudah menjadi jawapan skema. Kita pun malas mahu bercerita banyak tentang laluan kita. Entah mereka percaya entahkan mereka menganggap kita gila. Media media sedia ada di negara ini juga tidak membantu atau menyokong, tambah buruk kamu akan dijadikan sensasi untuk tatapan pembaca dan rating jualan penerbitan. Gembar gembur tentang personaliti yang sudah menjalani SRS juga mereka suka, padahal kisahnya sama sahaja tanpa mengira zaman.

Kalau diizinkan, ingin penulis katakan: Bahawa aku sama sahaja seperti kamu para cisgender yang tercari cari kehidupan yang bahagia dan damai. Ditakdirkan/dilahirkan sebagai maknyah aku anggap sebagai cabaran dan usaha usaha aku kecil/besar itu adalah sebagai langkah baik pulih supaya aku selesa untuk menjalar kehidupan ini. Analisa kamu para cisgender tentang keujudan kaum kaum yang kamu gelar alternatif itu sebenarnya membuang masa, sama sahaja dengan para agaman yang risau tentang penempatan aku di neraka kerana engkar dengan jantina pemberian Tuhan. Kamu marah kerana cara hidup dan senstiviti aku tidak sama dengan kemahuan kamu. Kamu terlupa bahawa sesama cisgender juga tidak pernah ada kedamaian...kamu sendiri mempunyai aspirasi dan acuan hidup yang berbeza. Ya memang ujud para cisgender yang homophobia di peringkat tertinggi, mereka penuh daya usaha cuba untuk mematahkan niat kamu untuk menjadi diri kamu.

Jadi kita seharusnya mula untuk merenungi diri sedalam dalamnya mulai sekarang dengan penuh pemahaman. Tidak ada sesiapa sekiranya waras akan memaksa kamu MENERIMA cara hidup orang lain. Kamu yang bijak, sihat, bernasib baik dan waras sepatutnya lebih kenal apa itu...

1. Kuasa yang teratas

2. Takdir dan dugaan hidup

3. Bertoleransi demi kesejahteraan hidup yang saling menyaling

4. Tidak menjual nilai yang kamu anggap murni bertubi tubi

5. Tidak mencari jalan untuk mencantas cara hidup orang yang tidak sealiran dengan kamu

Sesetengah manusia berusaha keras untuk menafikan kewujudan bentuk manusia yang lain.

Is your extra miles effort to deny others worthit?


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now