EMOSI MAKNYAH ALAF BARU

33 2 0
                                    


Apa agaknya yang membezakan mereka agaknya?

Ada waktunya dalam perbualan diungkapkan perbezaan gen X and gen Y bila ada kencederungan ditegur. Emosi manusia sama sahaja sebenarnya tanpa mengira generasi.

Yang berbeza mungkin akses pada ilmu hidup yang semakin pantas dan cara bergerak moden penuh yakin, akibat segala hal hal moden tersebut. Apa yang pasti, mereka para maknyah yang terdedah awal pada cara dan pilihan hidup akan memiliki keberanian.

Keberanian adalah suatu tahap yang tidak berubah sejak zaman berzaman. Kamu fikir hanya maknyah sahaja yang memerlukan keberanian? Cisgender juga ada yang lebih teruk dari kamu dalam banyak hal. Tidak ada bezanya...

Masih perlu untuk menilai sosio politik, budaya, bangsa dan letak duduk dalam agama kekal di alaf baru. Penilaian yang membolehkan kamu menyelinap masuk dalam masyarakat secara sihat itu penting. Atas dasar itulah ramai disarankan supaya jangan meninggalkan bidang akademik dan menggarap pendidikan setinggi mungkin. Namun kalau masih tidak mampu ianya boleh digarap melalui sekolah kehidupan. Asal sahaja kita mahu!

Kita masih lagi dalam suasana PEMBUKTIAN secara kertas supaya suara kita didengar dan mampu meluahkan pendapat bernas, dalam apa suasana sekalipun. Maka tugasan itu jadi berlipat ganda. Kemahuan untuk sebarang hal hal berbentuk ilmu itu penting. Tahu apa yang sedang dilalui, apa yang mahu ditelan, jalan mana yang akan membawa kamu ke ruang yang selesa dan bahagia.

Ingat, manusia mencari KESEJAHTERAAN.

Dalam topik topik lepas kita sudah banyak menyentuh tentang HRT, berhadapan dengan alam sekekeliling termasuk kaum keluarga dan sahabat handai. Ini semua ada keterlibatan dalam pembentukan EMOSI STABIL para maknyah. Tanpa emosi stabil, kamu mungkin akan terjerumus dalam hal hal membuat KEPUTUSAN yang tidak elok dalam hidup.

Penulis tidak mahu menggariskan hal hal JANGAN dan HARUS di sini. 

Sebarang tingkah kita sebagai maknyah akan diperhatikan sebenarnya samada secara diam atau protes secara terang terangan. Sesama komuniti? dari Cisgender? atau dari para pemerintahan, politik dan agama tentunya.

Para Maknyah sebaiknya tahu, apakah fenomena yang sedang mereka harungi. Boleh tertawa pada sebarang salah tanggap dan rasa tidak senang sesiapapun yang mereka berhubung. Di dalam dunia terkini apabila manusia terlalu yakin mahu menentukan syurga dan neraka sesama mereka, kamu sudah tentu mereka letakkan di bahagian JAHANNAM. Apakah kamu perlu melatah? Siapa mereka? Di manakan urat jenaka kamu?

Sebaiknya kukuhkan diri dahulu. Keluar dari konsep maknyah yang silap, mula menjalar dunia ini sebaik mungkin. Lawati daerah daerah penting diri kamu, pendidikan yang baik, pekerjaan yang menyumbang, persekitaran yang sihat dan sentiasa mahu membangunkan diri selagi kamu bernafas.

Marah yang keterlaluan pada tidak adilnya dunia, tidak akan membawa ke mana. Boleh, kamu boleh marah tetapi SALURANnya harus dalam bentuk yang bijak dan membuatkan ramai merasa terpukul dan kagum. Itu penting. Di peringkat tertinggi, segala pembuktian itu hadir sebenarnya dari diri sendiri. Pembuktian yang dilihat sebagai sesuatu yang ringan bersahaja dan tidak mencuba berat.

Apakah ciri ciri emosi stabil Maknyah Alaf Baru?

1. Tidak mudah melatah

2. Hidup sempurna dalam masyarakat

3. Berani mempertahankan diri secara literal dan tingkah

4. Boleh menyumbang dan dilihat ada kepentingan dalam struktur hidup

5. Bersopan dan sudi bekerja sama

6. Kenal diri, tahu kemahuan fizikal dan emosi semasa

7. mampu keluar dari konsep dangkal kehidupan: melacur, ratu tidak ke mana, bahasa kasar, keterlibatan dengan dadah dan hal hal keterlibatan yang negatif.

8. kenal pada perbezaan seksualiti dan tidak bersifat berat sebelah

9. Tidak dipergunakan oleh mana mana pihak (selalunya jabatan agama dan individu bersifat palsu)

10. Tidak ada rasa malu  atau terlalu merendah diri apabila perlu BERHUBUNG.

Kalau dilihat para 10 hal di atas, ianya adalah perjuangan lama dan masih berterusan. Masih berteraskan konsep asas manusia sahaja, tidaklah ada istimewanya, cuma sebagai maknyah sebarang usaha tentulah berlipat ganda.

Akses pada sebarang informasi mungkin lebih mudah dan hanya berada di hujung jari demi EMOSI yang lebih stabil dan sejahtera.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now