QUEER

22 0 0
                                    

QUEER/ Kweer

Bahasa berevolusi dalam masyarakat, selalunya akibat ketegangan dan kegarangan mahu melihat perubahan. Sama sahaja kes untuk kata "Queer" terma yang kerap digunakan dalam kelompok LGBTQ yang berpegangan agak kontra berbanding arus perdana masyarakat hetero.

"Bila saya fikirkan kata queer, saya fikirkan tenang kelainan," menurut terapis seks yang dekat dengan gerakan LGBTQ, Kelly Wise

Queer hanyalah kata reklaimasi. Tidak lama sebelum ini, queer masih digunakan sebagai kata hinaan. Menurut Kelly Wise suatu ketika dahulu sewaktu membesar kata tersebut adalah terma yang membawa maksud mencerca.

"Reklaimasi ini bagai mengatakan, ini adalah diriku. Kami tidak perlu jadi seperti orang lain, mari sama sama kita rayakan perbezaan kita dan jangan cuba meletakkan aku dalam kotak yang kau reka, aku nanti pecahkan kotak tersebut,"

Berbaloikah kata queer yang diraikan itu? Sesetengah para LGBTQ sendiri takut untuk menggunakannya kerana takut pada sejarah diskriminasi.

Kata yang membawa banyak makna selaras masa. Buat masa terkini ia ditetapkan oleh ramai sebagai payung pada terma untuk orang yang wujud di luar dunia Heteronormatif dan norma cisgender, bagi orang ramai kebanyakan pula ia masih dianggap kata menghina.

Secara akademik di tahap ini kegunaan kata QUEER sebagai terma payung seksualiti. Ya, di Goldsmiths, University of London Justin Bengry memberi kelas tentang Sejarah Queer.

Queer adalah antara terma inklusif yang melibatkan skala lebar didikan tentang gender dan kepelbagaian seksual dari dahulu dan sekarang.

Sesetengah aktivis secara positif telah mengklaim kata Queer sebagai terma iklusif sebagai sambutan mereka yang rasa terkeluar dari spektrum LGBT.

Bukan semua orang selesa dengan identifikasi kategori LGBT – mereka menolak/tidak setuju untuk dikategorikan dan diberi label.

Secara mudah Queer adalah payung pada terma seksual dan jantina para minority yang tidak merasakan diri mereka itu hetroseksual atau cisgender. Asal makna yang membawa maksud 'Pelik" atau "tidak sama/aneh/peculiar " suatu ketika dahulu digunakan sebagai perlambangan untuk mereka yang mendambakan nafsu seks sejenis atau perhubungan sejenis pada hujung abad ke 19.

Secara longgar mereka akan terjerit jerit sesama mereka (selalunya dalam bahasa Inggeris) I am a queen.... Wow! Slay my Queen.... I'm a diva I am queen! Selalunya dalam konotasi lucu setelah bersolek berdandan secara OTT. Adakalanya tanpa bersolekpun hanya dengan gestur/gerak/lenggok tubuh badan dan terma terma komuniti yang lucu mewakili perasaan seksual mereka.

LGBT atau GLBT sudah kamu maklumi berdiri untuk Lesbian, gay, biseksual dan transgender. Bagi mengiktirafkan iklusif, ditambah huruf Q untuk mereka yang merasakan diri sebagai Queer atau tertanya tanya tentang identiti seksual. LGBTQ bukan baharu, mengikut rekod catatan ia sudah bermula sejak 1996.

NOTA:

Manusia hidupnya berlapis lapis. Sukar jika mahu diselami. Termasuklah hal hal seksual yang jarang disebut. Q wujud kerana bukan semua manusia secara terang terangan setuju bahawa mereka itu LGT. Ingat, terma B juga sudah diperdebatkan. (dituduh main selamat, takut orang tahu, sengaja ambil kesempatan demi...) Bi-seksual? Tidak wujud penerangan yang tepat tentang B. Begitu juga L – ada yang tidak selesa akibat kiraan tertentu. T – yang menjadi tumpuan juga agak mengelirukan... pondan siap? Pondan tak siap? Pondan dalam hati? Perempuan jadian dalam hati? Apakah kamu perempuan setelah operasi? Manusia waras azalinya banyak bersoal dan pertikai... Giat berdebat, pertikai, berbahas mereka yang tidak akan menemukan jawapan pasti.

Atas dasar itu diwujudkan Q – Queer atau Questioning .

Sifat sifat Queer ada ketikanya berlanggar dengan deskripsi mereka di bawah payung LGBT, maklumlah mereka hadir dari latar yang pelbagai. Disaksikan pula oleh cisgender yang pening lalat melihat kelaku mereka... (ada anak bini masih pakai perempuan, makeup kalah isteri, dengan pondan mereka mengaku pondan, dengan cisgender mereka mampu memikat, jadi jantan lawa, pakai perempuan juga lawa, jenaka jenaka berunsur unsur seks yang luc dan macam macam lagi, transnita tegar pula mempertikaikan mereka sebagai mental adakalanya... menuduh mereka dua alam – PENING) atas dasar itu diwujudkan terma QUEER.

Budaya Queer banyak diguna pakai dalam industri POP dan budaya tanpa disedari bermula awal dari pesinden jawa banci, penari penari budaya, penari ghazal parti, tarian selamat datang di Acheh, Rupaul Drag Race, medan pertandingan ratu ratuan sehinggalah pembikinan video klip POP David Bowie dan imej imej pinjaman oleh artis artis cisgender dari Maddona hinggalah ke Lady Gaga. Manipulasi dunia queer untuk janaan komersil? Parodi parodi yang dilihat tidak bermaruah? Parodi parodi pakai perempuan demi LIKEs? Kutukan hadir dari para hetero dan ada juga dari kaum LGBT kerana ada rasa tidak senang.

Dalam kekalutan mahu menyelinap masuk dalam masyarakat ada queer yang berkahwin mengikut piawaian cisgender, sesekali menunjukkan taring Queer dalam perbualan, kegiatan seni dan beraktiviti apa sahaja yang membahagiakan mereka. JANGAN MENCARI SALAH... kerana di sekeliling kita terdapat ramai manusia ada yang tidak kenal pada seksual orientasi dan identiti mereka secara tepat... mungkinkah mereka queer?

Kamu masih terkejut melihat gambar gambar crossdresser yang seksi? Terkejut beruk lagi pada pengakuan bahawa mereka akan berkahwin minggu depan? Atau sudah berkahwin ada 3 anak di rumah? Atas bawah kamu renung... alisnya terlukis indah, potongan badan berspan lekuk meletop? Gayanya berbicara jauh lebih perempuan dari kamu... ahh...manusia itu berlapis dan macam macam!

Semoga jelaslah serba sedikit bicara tentang Queer.

Regina Ibrahim

230419

jejaka jejaka yang punya ramai pengemar dalam siri Queer Eyes for Straight Guy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

jejaka jejaka yang punya ramai pengemar dalam siri Queer Eyes for Straight Guy...

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now