SHOWGIRLS? APA DIA?

114 1 0
                                    

"Makayam kita nak buat showlah...," ujar anak Mak Nyah yang muda dengan mata yang ghairah

Show apalah agaknya ya?

Sama seperti menyertai pertandingan ratu, para ts berangan angan bahawa kerjaya sebagai tukang buat show itu indah, menarik dan glamer! Dia mungkin fikir, bersolek cantik, pakai baju lawa kilat kilat terus layak melompat atas pentas.

BUKAN SEMUA MAKNYAH LAYAK UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN

Itu adalah hakikat hidup. Banyak yang mencuba tapi gagal separuh jalan dengan penuh rasa kecewa.

 1. Gagal mendapatkan job seterusnya

2. Kecewa dengan pembayaran/upah dari pihak urusan

3. Merasa penat dan tidak berbaloi

4. Tidak mendapat kerjasama dari showgirl lain atau dipergunakan.

Memberitahu teman teman bahawa diri adalah showgirl seolah olah satu hal gah dan bersinar.

"I tak jual body tau..I am a showgirl," diungkap bangga.

Sekiranya laluan kerja pentas mereka sama seperti cisgender yang mencuba industri hiburan, mereka akan tahu di hujung hari, latihan padu, kesungguhan dan BAKAT dan disiplin memainkan peranan utama sebagai showgirl.

APA BENTUK SHOW YANG BOLEH MEREKA PERSEMBAHKAN?

1. Mime artiste. Keluar dan membuat gaya dan tarian solo dengan menggunakan suara atau rakaman artis asal.

2. Menjadi penari latar 

3. Berlakon dalam sketsa

4. Lawak jenaka dengan menggunakan alat pembesar suara.

Ramai di kalangan mereka leka dan hanya berfikiran untuk kelihatan cantik sahaja. Showgirl sebenar akan memanipulasikan bakat apa sahaja apabila membuat persembahan (hatta menyembur api, bermain ular, akrobatik dan lain lain). Masing masing tahu tugas mereka dan tanggung jawab terhadap kerjaya tersebut.

Sayangnya, ada yang mengaku showgirl hanya untuk mendapatkan pelanggan seks mereka.

APA YANG DIPERLUKAN SEBAGAI ARTIS PERSEMBAHAN?

1. BAKAT - tanpa bakat manusia tidak akan ke mana mana

2. WAJAH JELITA - setelah bersolek, kalau cantik asli lagi bagus.

3. KULIT DAN BENTUK BADAN YANG CANTIK - sekiranya mereka menari dalam kumpulan

4. BARANGAN ASAS PERIBADI - kasut, alat alat makeup, perhiasan dan apa saja yang ditetapkan oleh pihak urusan.

5. DISIPLIN - tanpa hal yang satu ini mereka tidak akan ke mana mana

6. PAYUDARA - supaya mudah untuk susunan pakaian dan jenis pakaian untuk mereka yang menari tarian tarian yang memerlukan mereka berpakaian seksi ada waktunya,

7. KERJASAMA - untuk yang bergerak sebagai kumpulan mereka harus boleh mematuhi tugasan yang diberikan. Boleh mengikut rentak kumpulan dari segi, disiplin, pakaian, bentuk makeup yang seragam, mematuhi masa dan boleh menukar posisi bila bila masa mengikut koreografi

8. TEKNIK MIMIMING YANG TEPAT - ini dianggap sebagai kerja rumah bagi para showgirl. mimik muka dan kumat kamit mulut harus tepat supaya tidak memalukan atau digelar miming makan kacang

9. SIFAT SIFAT BELAKANG PENTAS yang tidak menjengkelkan. Marah marah, menjerit dan hal hal lain yang bersangkutan dengan sifat supaya terus dihormati itu diperlukan.

10. MENIKMATI MUZIK DAN SERONOK MEMBERI PERSEMBAHAN. - supaya tidak tampil sebagai penari atau showgirl yang  bagai dipaksa.

Selebihnya akan mereka pelajari sepanjang menjawat jawatan sebagai showgirl. Sila ambil perhatian, show show badut keluar sorang sorang dan berkumat kamit itu BUKANlah showgirl yang sebenar. Ianya mungkin dilakukan untuk majlis harijadi teman teman atau tempat kerja kamu. ITU BUKAN SHOWGIRL.

Memang ujud showgirl maknyah yang keluar secara solo. Tetapi solo berkonsep... ada yang meniru (impersonate) gaya artis artis popular atau figura sensasi dengan mengenakan busana dan gaya yang hampir sama, persembahan solo untuk jenaka berkonsep lengkap dengan bantuan bantuan dari props, penonton dan gimik gimik lain.

Secara mudah, showgirl adalah penari hebat yang membuat persembahan tidak kira samada solo atau berkumpulan. 

(Tidak masuk buku senarai showgirl kalau hanya penari penari tiang atau penari penari mak nyah yang membuat pertunjukan lucah)

Habuannya memang berbaloi sebagai pekerjaan. Kerjaya showgirl boleh membawa pulangan dari 1000 hingga 2000 kalau dilakukan dengan betul.

Harus juga ingat ini bukan hanya hal hal glamer bergemerlapan sahaja. Siapa mahu melihat kamu berpakaian cantik dan berkumat kamit menggunakan pita rakaman Ziana Zin tanpa ada apa apa impak? Cantik akan dikagumi selama 2 saat sahaja, selepas itu apa dia?

fikir dahulu sebelum kamu berhenti kerja dan memutuskan untuk menjadi SHOWGIRL!

BUKAN SEMUA MANUSIA DILAHIRKAN UNTUK PENTAS.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now