JATUH CINTA PADA MAKNYAH? MAHU KENAL?

515 2 9
                                    

BERSEDIA UNTUK DATING DENGAN TS?

Zaman semakin berubah. Kamu terpikat, melihat dia dari jauh. Kamu hampiri dan masih lagi terpikat. Samada kamu sedar atau tidak, dia adalah seorang Ts. Lembah lembut dirinya dan cara dia membawa diri menjadikan kamu semakin terpikat. Dia secara terbuka berterus terang bahawa dia adalah seorang Ts.

Kamu perhatikan atas bawah, tanpa dia sedar. Adakah rambutnya palsu? Adakah dia berdandan seperti drag queen? Adakah dia Shemale? Adakah dia Gayboy yang baru pulang dari pertunjukan pentas? Adakah dia pekerja seks yang hanya makan makan di gerai tersebut? Bagaimana reaksi kamu? Tertawa? Menghina? Atau terus bertanya?

Walaupun isu tentang transgender semakin cerah di kalangan masyarakat dan media perdana, masih ramai yang tidak tahu cara sebenar untuk berhadapan dengan transwoman. Bagaimana mahu berbicara setelah mengetahu bahawa wanita tersebut adalah transwoman atau rupa rupanya Maknyah? Berikut adalah panduan bagaimana sepatutnya kamu lakukan sekiranya kamu berada dalam situasi sedemikian.

Ts atau Maknyah tegar secara asasnya bukan shemale/gayboy/crossdresser mereka adalah wanita yang berbeza.

1. Janganlah bertanya hal hal tentang badan mereka. Selalunya badan para Ts akan direnung dan diamati. Ramai merasakan bahawa ianya adalah normal dan biasa dalam perbualan untuk bertanya tentang hal hal medikal dan pembedahan. Wow ubat apa yang kamu makan sampai jadi macam ni? ada bedah bedah ker? Kalau ya sekalipun biarlah si tuan punya badan Ts itu bercerita sendiri secara rela.

2. Janganlah bertanya, nama betul kamu apa ya? Para Ts selalunya tidak mahu dikenangkan dengan nama dan identiti sewaktu mereka dilahirkan, mereka tidak rela sebenarnya. Apa salahnya kamu bertanya namanya sahaja. Tidak kisahlah nama panggilan atau nama gelaran. Simple, "ni saya nak panggil apa tah?" itu lebih sopan. Anggap dia wanita biasa.

3. Jangan cari jalan untuk menghina atau mengganas. Masyarakat secara tidak langsung telah menetapkan bahawa hubugan antara lelaki dan maknyah/ts, mereka kurang kelakian atau mereka mungkin Gay. Ianya tidak benar sama sekali. Mudah, sekiranya kamu merasakan nilai maskulin atau nilai heteroseksual kamu tercabar, jangan sekali kali memulakan hubungan dengan para Ts. Mereka para Ts juga tidak meminta agar kamu terpikat pada mereka. Hanya kerana kamu tersilap kamu mahu mengganas? Kamu seharusnya menyalahkan mata dan ilmu manusia kamu. Beredar secara sopan.

4. Jangan tanya soalan soalan kurang sopan sama saja seperti soalan soalan yang tidak akan kamu tanya pada para cisgender wanita. "you kencing berdiri ker?" "tetek kamu itu asli atau span?" "kamu sudah potong?"Para ts telah melalui kehidupan yang agak unik yang selalunya para cisgender wanita tidak akan lalui. Tanyalah soalan soalan biasa sahaja, tentang hobi, filem, muzik atau kerjaya, kerana para Ts itu sebenarnya sama saja seperti wanita biasa. boleh saja kamu berbicara tentang aspirasi dan minat mereka, bukan sahaja tentang Gender/Jantina.

5. Hulurkan sedikit rasa hormat. Menjadi Ts/maknyah bukanlah bermaksud mereka itu gila atau terkurang dari segi kemanusiaan. Bersopan pada semua jenis manusia walaupun kamu agak keliru dengan keadaan mereka. Daripada kamu penat menghakimi manusia, lebih baik kamu mengambil keputusan untuk memberi sedikit ilmu dan informasi pada diri kamu.

6. Akui kewanitaan para Ts/Maknyah. Transwoman sebenarnya adalah wanita. Mereka sama saja dengan wanita biasa yang suka diurati dan disukai. Lupakan seketika sejarah lampau para Ts yang kamu suka dan ingin kenal. Bukannya kamu diwajibkan berhubung dengan mereka secara perkahwinan bukan?

7. Apabila bersama, biar Ts tersebut merasa selamat dan dilindungi. Adalah satu hal yang sukar dan menakutkan sekiranya Ts untuk membuka kisah tentang identiti jantina dan sejarah lampau mereka. Ianya bakal memakan waktu kerana ia melibatkan rasa lemah dan usaha. Dengan mendengar dan menunjukan rasa faham/prihatin, kamu akan membuatkan ts merasa apa saja pendedahan tentang diri mereka itu tidak terlalu mendesak dan lebih selesa. Perlahan lahan dia akan bercerita sendiri tentang laluan hidupnya. Dari situ kamu boleh mengambik keputusan untuk meneruskan atau menghentikan saja secara sopan.

8. Kamu harus ingat dan mengerti tentang keberuntungan diri kamu. Sebenarnya para Ts telah melalui kesukaran hidup yang para cisgender tidak pernah hadapi. Berdating dengan manusia Ts akan menjadi sukar akibat halangan halangan yang telah mereka lalui. Adakalanya mereka mungkin merasa sebak, menangis, merajuk, di saat ini daripada kamu menghakimi saat saat lemah, apa kata berikan sokongan pada ketabahan dan kekuatan kami selama ini.

Terlalu banyak hal hal yang telah dilalui oleh para Ts apabila berhubung dengan lelaki akibat kejahilan. Kejahilan dua dua belah pihak sebenarnya. Namun begitu terdapat ramai para lelaki yang berfikiran terbuka apabila berhadapan dengan para Ts. Mereka bijak mengendalikan pemikiran mereka dengan penuh sopan. Secara automatik mereka akan terus berkata, "okay, Ts ini adalah perempuan, jadi nilai tahap sopan itu akan kekal seperti aku berhubung dengan para wanita cisgender juga". Keadaan jahil ini semakin berubah.

Sebagai Transwoman, selalunya mereka telah diprogramkan sepanjang hidup secara azali bahawa merkea itu tidak asli, tidak diminati dan bukan versi asli wanita. Namun begitu, jangan pula kamu lupa secara matang bahawa hubungan selesa antara manusia dan manusia itu tidak tertakluk pada jantina. Tidak semua perhubungan itu harus tamat dengan seks dan adengan di katil. Ada manusia (walaupun tidak ramai) yang tidak peduli pada aspek aspek identiti dan kekurangan kamu.


*mahukan penerangan lebih lanjut? dapatkan buku MAK NYAH yang dijual di Borders terbitan terfaktab media.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now