SEX CONFIRMATION SUGERY (SCS)

48 0 0
                                    


SCS DARI PERSPEKTIF BAHARU

Sex Confirmation Sugery atau Pengantian Alat Kelamin dahulunya dikenali sebagai SRS (sexual reassignment sugery) sekitar tiga tahun lepas sudah menggunakan terma baharu SCS. Secara literal kini ianya lebih tepat dikenali sebagai PEMBEDAHAN PENGESAHAN JANTINA.

Begitu juga dengan kaedah pembedahan yang semakin moden dan berteknologi baharu. Para pengamal perubatan semakin cekap, memudahkan prosedur dan tahap sembuh para transnita yang menjalaninya semakin pantas.

Sebelum berbicara lanjut, harus ditekankan bahawa: ada transnita yang KEKAL BAHAGIA tanpa sebarang pembedahan atas atau bawah, termasuk tanpa sebarang pembedahan feminization rupa paras. Ya, ramai yang kekal bahagia.

Panduan dan langkah langkah penile insertion yang dibicarakan dalam Buku Mak Nyah terbitan terfaktab masih kekal sama. Apa yang berubah hanyalah harga dan lokasi yang mungkin tidak seperti hospital dan suasana yang menakutkan buat masa ini. Banyak negara sudah menawarkan pakej Medical Holiday.

Menurut informasi terkini hanya terdapat satu hospital swasta di Malaysia yang menawarkan proses SCS. Menyenaraikan hanya seorang pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif sahaja yakni Dr Najihah Sharidah Zakaria (mungkin ada yang lain, kurang pasti). Atas dasar polisi negara yang kita semua maklumi sebarang proses medis SCS mungkin dirahsiakan. Secara umum segalanya berlaku di negara gajah putih.

Hal hal di bawah harus direnungi oleh para Transnita yang menyimpan hajat menjalani SCS:

1. Bersedia untuk mengkaji tahap persediaan metal dan fizikal

2. Pantauan pengambilan hormon selama ini. Harus dilihat secara serius. Apakah ada desakan sifat/kesan vagina changkat di situ?

3. Hubungan dengan Agama dan Tuhan yang tidak akan membawa masalah setelah SCS. (terutamanya yang muslim)

4. Harapan dan impian manusia Transnita. Sanggupkah hidup berpada pada setelah SCS dan relevan?

5. Tekanan selama ini tanpa SCS atau bayangan SCS sebagai titik usaha akhir transnita

6. Undang undang negara dan peraturan rasmi tentang jantina harus dikenal pasti. Kad pengenalan dan hal hal kecil lain.

7. Persedian secara kewangan sebelum dan selepas SCS

8. Kaunseling daripada mereka yang berkelayakan: Pengamal perubatan, pakar psikologi sehingga kamu bersedia secara fizikal dan mental.

8 hal yang disenaraikan di atas merupakan fasa fasa penting sekiranya kamu berhajat untuk menjalani SCS. Pembedahan yang dianggap besar ini bukanlah hal enteng yang difikirkan hari ini, minggu depan terus sahaja dijalani. BUKAN. Ianya harus difikirkan secara damai dan tenang, malah serius.

Secara tradisi transnita yang mahu menjalani SCS harus hidup sebagai perempuan selama 3 tahun penuh. Menjalani kehidupan yang selesa siang atau malam sebagai perempuan. Pengunaan tandas awam, menyusup di khalayak dengan rasa damai, selesa berpakaian perempuan dan berindentiti jantina *sex identiti perempuan dalam sebarang suasana tanpa ragu ragu. Pokoknya kamu bagi diri kamu adalah perempuan.

Gangguan sindrom Vagina Changkat oleh desakan hormon dianggap berbahaya. Di alaf baharu kamu sudah berpengetahuan bahawa pengambilan hormon yang salah, keterlaluan ada kesan kesan yang buruk.

Apa kena mengena negara dengan keputusan kamu melakukan pembedahan? Nah, di sini ianya sedikit berbeza pada setiap warganegara. Setelah SCS transnita seharusnya damai. Kita tidak mahu para transnita post opt tertekan dengan undang undang negara sendiri. Kalau sanggup teruskan hajat tersebut. Kad pengenalan wanita untuk post opt trans sudah dihentikan sejak tahun 1998.

Kalau mati esok bagaimana? Keraguan yang sering ditanya oleh para transnita yang keliru. Untuk hal agama dan Tuhan, sebaiknya jawapan tersebut kamu cari sendiri agar tenang dan damai setelah SCS.

SCS tidak akan menjadikan Transnita sebagai Perempuan Asli. Kamu konotasinya adalah perempuan secara medis, secara biologi kamu masih dianggap lelaki. (terpulang pada terma dan budaya negara masing masing). Ada negara negara di dunia ini yang sangat bertoleransi pada hal jantina, sayangnya bukan negara kita.

Di dalam Buku Mak Nyah sudah dilampirkan persediaan fizikal sebelum SCS. Ruang hidup sewaktu rawatan di rumah, bahan bahan yang diperlukan, proses dialating (jolok tarik) dan lain lain termasuk ubat ubatan serta tahap sedia kewangan (tidak bekerja selama beberapa tempoh waktu).

Tekanan pendapat dari kaum Mak Nyah sendiri akan membuatkan para transnita terbantut atau kecut perut untuk meneruskan hajat. Mitos mitos dari mereka yang tidak pernah SCS membawa khabar dongeng buruk tentang SCS adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini belum lagi rayuan dari ibubapa atau keluarga terdekat kamu yang berhajat. Bagaimana agaknya mahu kamu tangani?

Jelasnya SCS masih kekal sebagai langkah besar yang harus difikirkan secara rapi dan mendalam. Ianya bukanlah proses mudah. Hal hal uji psikoloji yang akan terus di duga sehingga kamu ditolak masuk ke wad pembedahan akan terus berlangsung sekiranya Pengamal Perubatan yang kamu pilih itu profesional.

SCS dianggap sebagai tiket satu hala paga para Transnita yang tidak ragu ragu lagi mahu berdamai diri dengan genetalia perempuan yakni Vagina.

NOTA: Ini bukan kempen untuk para transnita agar menjalani SCS. Ianya hanyalah pencerahan pada mereka yang kerap bertanya tentang SCS. Bukankah sejak remaja sebelum tidur para Transnita sering tidur dengan doa agar Tuhan secara magikal membangunkan kita dengan genetalia impian?

Tepuk dada tanya selera.

Tepuk dada tanya selera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now