TERAPI VOKAL

87 1 0
                                    


TERAPI VOKAL

M TO F (Male to Female).

Oleh kerana penulis sejak tahun 90an menggunakan suara untuk kerja (pengacaraan dan penyanyi), ramai yang bertanya, "Mama guna suara apa untuk pentas?"

"Suara apa?" mama akan bertanya kembali

"Suara lelaki atau suara perempuan atau miming?" tanya mereka pula

"Suara mamalah...suara sendiri jenis take it or leave it!"

Penulis sendiri tidak pernah terfikir akan hal ini dan tidak pernah bekerja keras untuk membuat sebarang baik pulih terhadap tona vokal supaya lebih feminin. Jelasnya penulis selesa dengan suara yang bukan lelaki bukan perempuan ini.

Namun ramai Maknyah yang tercalar esteem/jati diri akibat tona suara, apabila dijadikan bahan jenaka, dihina dan dijadikan bahan perbualan oleh orang sekeliling atau teman teman maknyah sendiri.

Suara wanita secara tipikal dibahagikan kepada 3 kumpulan. Soprano, mezzo-soprano dan contralto.

Lelaki pula terbahagi pada 4 kumpulan countenor, tenor, baritone dan bass.

Hal atas di atas adalah apabila kamu menyertai kumpulan koir atau kelas nyanyian dan mencari bentuk dan kumpulan mana suara kamu berada.

Perbezaan pengeluaran bentuk suara dikenali sebagai Vocal Registers. Dalam bidang nyanyian kumpulan vocal register masih lagi di peringkat topik yang kontrovesi. Secara saintifik hanya 4 register/daftar suara yang diikitrafkan iaitu, daftar siulan, daftar falsetto, daftar modal dan daftar fry. Daftar modal adalah daftar yang banyak digunakan untuk ketinggian suara dalam perbualan biasa dan juga nyanyian. Ianya akan digunakan sebagai kayu ukur untuk skala vokal penyanyi.

Jangan lupa ramai penyanyi lelaki doo woop boleh menggunakan suara falsetto mereka dengan baik dalam persembahan, ini adalah latihan untuk para Maknyah supaya mereka berbunyi tidak terlalu kepit atau palsu apabila membuka mulut untuk bercakap.

Feminization of voice adalah latihan yang yang berperingkat peringkat untuk para Maknyah. Ianya berbeza tentunya dengan kelas nyanyian. Ini adalah penyediaan Maknyah apabila perlu menggunakan suara untuk berbicara tanpa merasa ranap self esteem/jati diri. Ianya satu kursus yang boleh diikuti secara harian.

Ianya adalah proses yang berterusan, kursus dan latihan yang baik akan membolehkan kamu mencapai passable feminine voice.

Terdapat kursus kursus jangka pendek untuk Maknyah ikuti dalam media sosial secara percuma atau berbayar. Terdapat pelbagai kategori pemulaan, pertengahan dan tertinggi.

Dengan kemudahan talipon pintar latihan boleh dilakukan di mana mana sahaja.

Terdapat juga latihan latihan di You Tube dari para transgender sendiri yang berkongsi latihan dan tunjuk cara untuk memfemininkan suara kamu, paling tidak supaya tidak berbunyi terlalu menggerunkan tanpa kawalan.

Mencapai Feminine Pitch dan boleh bertahan apabila kamu berucap, dirangka untuk latihan secara rutin supaya kamu dapat merangka Fikiran dan Badan agar bercakap seperti wanita cisgender.

Dua istilah diguna pakai adalah 'Proprioception" dan "metacognition" untuk mencapai penguasaan suara wanita. (ini latihan yang diguna pakai oleh pelakon lelaki yang memegang watak wanita dalam filem filem).

Kamu akan diajar untuk menguak hadangan dan cabaran diri dengan memberi tumpuan pada elemen elemen kritikal suara seperti artikulasi. Tapi sebelum kamu akan diajar tentang anatomi dan fisiology suara supaya kamu lebih faham tentang perubahan yang sedang kamu lakukan di tahap fizikal. Proses ini melibatkan juga teknik pernafasan, letak kekuda badan dan pitch/tahap suara.

Secara tidak langsung kamu akan faham bagaimana untuk melatih telinga/pendengaran dah tahu suara kamu tepat atau mendatar. Kamu juga akan diajar tentang KEJELASAN suara, dalam hal ini kejelasan suara yang feminin dan autentik.

Telinga akan dilatih untuk menggenal kualiti suara yang feminine dan masculin. Kebanyakkan transwoman gagal mencapai Passable Feminine Voice kerana telinga yang tidak terlatih.

Latihan latihan selain dari yang di atas adalah demi kualiti suara secara mekanik dan bagaimana memprojekkan suara feminin apabila bercakap. Setelah melalui latihan latihan tersebut kamu akan mendapati bahawa Spontaneous Speaking akan menjadi lebih mudah. Semuanya adalah melalui latihan dari waktu ke waktu secara peribadi dan menjadi habit/kebiasaaan untuk hal yang digelar sebagai PENGEKALAN.

Hal hal di atas adalah sekiranya kamu merasakan perlu. Ramai Maknyah di Asia tidak merasakan bahawa ini adalah masalah utama. Masing masing sejak kecil sekiranya dia Maknyah Tegar akan mempunyai pitch tinggi dan boleh mengawal diri apabila bercakap. (kecuali sekiranya dia suka mengepit suara secara palsu).

Ada ramai juga yang tidak kisah pada tona suara mereka sama seperti keyakinan mereka pada seksualiti diri. Selagi ianya tidak memberi masalah, rasa malu dan tercalar esteem diri sebagai Maknyah ianya adalah hal yang remeh sahaja.



BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now