MAKNYAH MENYARA KELUARGA

166 4 0
                                    


Ketika media berhempas pulas menghentam para Transwoman

Tidak ada adik beradik atau saudara mara yang tampil bercerita, "Ya, kami sekelurga dibantu oleh abang kami yang pondan. Dia bekerja dan sering menyumbangkan wang pada keluarga"

Dia terpaksa menangguhkan banyak hal hal peribadi  kerana membantu kami.

Dia bekerja keras sampai terlewat untuk SCS. (Sexual Confirmation Sugery)

Oh! dia tidak berkahwin jadi memang tugas itu jatuh atas bahu dia.

Hairan, mungkin malu agaknya mempunyai ikatan darah dengan saudara PONDAN.

Sepanjang hidup penulis sebagai Mak Nyah, penulis bertemu  ramai kawan kawan yang menyumbang secara kewangan  pada keluarga yang susah di kampung. Ada yang menyara adik beradik hingga masuk universiti dan tamat sekolah.

Ada yang bekorban jiwa perempuan mereka kerana menjaga adik beradik.

Sayangnya... Media tidak ada sokongan pada mereka. Ya, kembali pada titik pertama,  MALU MEMPUNYAI ABANG/ADIK YANG BERSIFAT SEBEGINI.

Mungkin juga media tidak gemar pada berita-berita positif para Transwoman. Ada sesuatu yang disembunyikan dari pembaca secara umum. Secara dangkal mereka fikir sekiranya ada berita positif,  jumlah kaum lelaki sejati akan berkurangan.

Mereka lupa fenomena Mak Nyah  bukanlah satu PILIHAN dalam hidup.

Kasihan (pada diri sendiri, bentuk mentaliti dan penafian berpanjangan manusia cisgender).

Manusia dijadikan untuk bergandingan dalam aktiviti hidup. Kita tolak, tepis, terajang kalau boleh sesiapa yang tidak selari cara fikir,  jenis orientasi /identiti gender dan pegangan. Sungguh sedih hidup ini kalau difikirkan. EMPOWERMENT atau PENGUKUHAN diberi dari waktu ke waktu, atas kamulah untuk berfikir kembali. · · maka kita tebalkan muka untuk bekerjasama dalam banyak hal hal hidup. Menelan semua tomahan dan cacian atau jenaka ringan menghina dari mereka... that is life, diungkap sebagai penyedap hidup. Goodness...how sad. · · 

"Kalau famili Pak Long kau datang, kau jangan keluar tau..., dorang alim alim aku tak tau nak kata apa kat depa," saran ibu yang tua....

NOTA: Saya sering menyarankan pada anak anak transgender agar berusaha keras dalam hidup jika mempunyai famili dominan terlampau agar mencari jalan baharu. Sesak emosi akibat kelaku  keluarga sehingga usia 25 tahun mampu menghasilkan individu yang terganggu, depresi, murung, mental dan tidak progresif. Berambus dari famili sebegini jika perlu, tetapi pastikan....

1. ada pekerjaan yang mantap dan kukuh

2. tidak ada kebergantungan wang dari famili (financial independence)

3. cari lokasi baharu jauh dari famili tersebut

Pembuktian 'hidup lancar' sebenar bukanlah untuk sesiapa selain dari diri sendiri. Rakan sokong bantu positif  kekal ada, carilah mereka yang akan jadi saudara mara kamu yang baharu...





BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now