TANDAS MANA?

88 3 0
                                    


Sudah menjadi isu sejak zaman berzaman. Isu yang dibangkitkan dari waktu ke waktu apabila para Transwoman perlu berkongsi tandas awam.

Lara.nyah berkongsi pengalamannya,"baru baru ini saya meraikan tahun baru di kelab di sebuah negeri, saya diarahkan oleh kakitangan kelab untuk menggunakan tandas OKU yang kuncinya sudahpun lekang terburai,"

Pengalaman tersebut membuatkan dia merasa dikejami dan dilucutkan identiti gender. 

"Menjalanai hidup sebagai Transwoman bukanlah OKU, mereka membuatkan saya merasa kecil, tidak berguna...seolah olah saya ini melakukan kesilapan besar seperti mencuri," ujar Lara lagi.

Hal ini merupakan KETAKUTAN YANG TIDAK RASIONAL. Orang yang jahat atau pervert tidak memerlukan permisi. Ada juga negara dan negeri yang sudah menetapkan undang undang penggunaan tandas awam. Tandas awam harus mengikut JANTINA yang TERCATAT di dalam surat beranak kamu. 

Ada banyak lagi kekalutan hidup lelaki memukul wanita di dunia ini, mereka tidak perlu berpakaian perempuan hanya untuk tujuan tersebut. Ini tidak masuk akal sebenarnya, apabila ada orang merasa takut berkongsi tandas dengan Maknyah. 

Segala ini sangat membebankan para Transwoman. Tidak kira samada mereka itu kelihatan seperti perempuan cis atau pecah lobang. Suasana serba salah ini membebankan, kerana tandas mana yang harus mereka masuk kalau tidak ada tandas OKU?

 Menurut Dailhouse Universiti di Canada,"A gender-neutral washroom is one where the signage is visibly identified with open, inclusive language, not just male or female. It's evident these facilities are void of gender identity and have accommodations that are especially sensitive to the needs of a greater range of people. Some people are not comfortable using male or female-designated washrooms" 

Konsep ini mungkin asing bagi kita di negara Malaysia. Namun satu perasaan yang terbuka seharusnya ada di kelompok manusia yang sudah tahu tentang wujudnya transgender.

APA YANG DILAKUKAN DI TANDAS?

1. Membuang air kecil/besar. Mencuci dan membelek wajah di cermin. keluar.

Jadi bayangkan kalau Transwoman diarahkan untuk masuk ke tandas lelaki... apa yang akan terjadi? Apatah lagi mereka yang sudah melalui proses transisi yang hampir 80%. Bagaimana pula transman yang transisinya hanya 10%? Tandas mana yang harus dia pergi?

Ini merupakan isu yang sering dibangkitkan dari waktu ke waktu. Dapat dilihat ianya sebagai asas bagaimana tidak adak pemahaman tentang Gender Identiti dan representasi jantina. Pokoknya 'KAU BUKAN BERJANTINA SEPERTI AKU'.

Maka dijadikan isu ini sehingga ke peringkat parlimen. Supaya kita boleh berfikir lebih jauh, atau paling tidak boleh dijadikan isu untuk ketawa apabila mata sudah mengantuk. Maka disarankan tandas tandas alternatif... kalau untuk OKU di sediakan kemudahan tandas rendah dan kondusif. Ada yang menyarankan tandas berasingan untuk para TRANSWOMAN.

Apa mereka lupa bahawa negara negara maju sudah menyediakan SATU TANDAS UNTUK SEMUA JANTINA MANUSIA. (Rujuk siri siri filem antaranya Ally Mc'beal).

KEJADIAN KEJADIAN TEMPATAN DI SEKITAR 80AN - 90AN.

1. Maknyah terpaksa menyelak dada dan membuka zip seluar untuk pembuktian.

2. Maknyah yang tidak pass  (pecah lobs) diarahkan masuk tandas lelaki

3. Pergaduhan perang mulut kerana wanita di dalam tandas melucu lucukan maknyah.

4. Maknyah yang serba salah diarahkan oleh penjaga tandas kerana masuk tandas lelaki.

5. Perempuan alim yang tidak selesa berkognsi tandas dengan Maknyah.

6. Maknyah serakah menggambil kesempatan masuk tandas lelaki untuk kegiatan seks.

7. Maknyah yang dihadang, halau, halang akan pulang dengan rasa yang tertekan.

Kesemua di atas adalah hal hal khilaf yang harus dibaiki oleh masyarakat sedia ada, termasuk maknyah sendiri. Ini bukan ruang untuk menunding jari.

1. Masyarakat harus memperbaiki diri untuk menilai SOGIE terutamanya Identiti Gender apabila masuk bab tandas.

2. Anak anak transgender di sekolah dan kolej yang keliru tandas mana? Ini akan memberi impak dalam kehidupan mereka. Ada kes di mana anak anak transgender menahan kencing hanya kerana keliru mahu masuk ke tandas mana.

3. Sifat Maknyah di dalam tandas awam juga harus di ambil kira. Jenaka jenaka kasar atau sifat kelolo mereka itu dikawal dahulu kalau sudah menumpang tandas cisgender.

4. Tahap transisi bagaimana yang membolehkan kamu berkongsi tandas dengan wanita cis?

Penulis setakat ini tidak pernah mengalami sebarang masalah apabila berkongsi tandas sebaik sahaja menjalani proses transisi M to F. Namun sifat berhati hati itu kekal sehingga sekarang. Para Transwoman juga harus bijak menilai tahap transisi mereka sehingga membolehkan perkongsian tandas dilakukan.

Kes ini adakan timbul dari waktu ke waktu. Ada sebab sebab yang bercampur aduk sebenarnya yang melibatkan Penerimaan, Tidak faham, Salah Sangka dan Penghakiman. Ianya bukanlah tugas yang perlu digalas oleh Transwoman sahaja, pemahaman setara harus diwar warkan pada masyarakat umum.

Berbicara tentang hal TANDAS sahaja membolehkan orang yang tidak peka akan ketawa terbahak bahak.

Transwoman yang tidak yakin menggunakan tandas wanita juga ramai, mereka ada pendapat masing masing termasuk tahap TRANSGENDERISM mereka, pecah dan pokoknya masih ragu ragu tentang seksualiti atau mahu memuaskan hari mana mana pihak. Ada rangkuman rasa yang bercampur baur di situ.

Hal yang mudah ingin diulangi di sini: Masuk tandas, kencing, berak, cuci, cuci tangan, tambah lipstick atau gloss, berbedak sedikit,  mungkin bernyanyi nyanyi perlahan...mencari kawasan untuk merokok. Itu sahaja. 

Apa masalah sebenarnya? Apakah kamu fikir semua maknyah itu TOILET QUEEN?


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now