TRAVELLING LIGHT

65 0 0
                                    


Ada di kalangan komuniti bertanya, bagaimana kalau transwoman bergerak dari satu negara ke negara lain? Jawapannya sama sahaja seperti manusia cis yang lain.

Bagi yang baharu memulakan transisi mungkin mereka agak keliru apabila harus terbang ditambah pula dengan ilusi tentang kehidupan ultra feminin yang sering mereka gambarkan tentang galmernya berlegar di lapangan terbang atau di sempadan. Travelling with style katanya?

Harus ingat: Memasuki negara orang kita akan tertakluk pada undang undang dan perlembagaan mereka. Hal yang paling utama adalah dokumen perjalanan dan passpot. Ada negara mahu tahu berapa jumlah wang yang kamu bawa masuk dan apa tujuan utama kamu mahu ke negara mereka?

Sebaiknya perjalanan harus lancar sehingga kamu sampai ke destinasi pilihan. Tidak kiralah untuk hal hal kerja atau berlibur santai.

1. Pakailah pakaian yang santai dan selesa. (mustahil untuk kamu berbusana ultra feminin sekarang kerana jarak dan keluasan bandara, bagaikan melakukan senaman)

2. Wajah harus tampil sama dengan wajah yang ada di kad identiti diri (passport). Ini antara nasihat yang sering diwar warkan untuk transwoman Malaysia. Berdandanlah seadanya, asalkan tampil sama seperti di kad pengenalan diri.

3. Bawa wang atau kad kredit/debit yang cukup. Banyak negara negara yang tidak menggalakkan pelacuran. Mereka boleh menaruh syak pada kamu

4. Besar kemungkinan kamu akan dipanggil untuk mengadap ketua immegresen. Ada ketikanya mungkin diadakan body search. Kamu harus bersedia untuk menjawab soalan mereka. Terma terma seperti transwoman, hijras, ladyboy atau apa apa yang boleh dijawab.

5. Tempat tinggal sepanjang percutian harus juga kamu hafal. Alamat atau nombor telefon saudara mara atau teman. Nama hotel yang sudah kamu rancang juga harus dipaparkan tepat apabila ditanya. Sekiranya menghadiri seminar atau apa apa, siap sedia dengan maklumat di tangan.

6. Ada negara negara yang tidak membenarkan kamu masuk atas alasan alasan mereka tersendiri dan kamu boleh dihantar pulang (denied entry, deportation).

BUSANA? Kamu bukan model. Model benar sekalipun akan berpakaian seperti biasa apabila dalam perjalanan dari bandara ke bandara. Gambaran tentang gaya sewaktu berada di lapangan terbang dalam majalah dan filem sebenarnya berbeza. Hal ini selalunya akan menganggu mereka yang sedang dalam transisi awal. Para transwoman yang berpengalaman tahu bahawa keselesaan dalam perjalanan adalah penting. (kaji juga cuaca destinasi).

1. Baju T, jeans selesa, cardigan sopan dan kasut sukan

2. Solekan ringkas agar tampil sama seperti wajah dalam paspot.

3. Dokumen penting dan bagasi yang menurut syarat syarikat penerbangan.

Percutian yang hanya seminggu itu tidaklah perlu kamu membawa dua tiga beg besar seolah olah kamu bintang besar yang ada pertunjukan.

Bagi yang baharu memulakan kegiatan melawat dari satu negara ke negara lain, ini adalah antara hal hal penting yang harus diambil kira. Tidak kiralah samada kamu berombongan atau bersendirian. Perjalanan tidak harus tergendala hanya kerana identiti gender kamu.

Bersifat sopan sewaktu berurusan dengan pihak imegresen adalah penting.

Selamat menggembara wahai anak anak transwoman, dunia tanpa sempadan ini harus kamu terokai.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now