HUBUNGAN SESAMA MAKNYAH

97 1 0
                                    



HUBUNGAN ANTARA MAKNYAH DAN MAKNYAH

Manusia akan sentiasa berhubung. Hubungan saudara mara, hubungan sesana jantina dan hubungan hubungan sosial yang lain. Sama saja asasnya...perhubungan manusia dan manusia dikatakan TIDAK MUDAH, begitu juga perhubugan antara maknyah sesama mereka.

Manusia awal awal lagi sudah mencipta satu lingkaran diskriminasi sesama mereka secara sedar atau tidak. Di dalam komuniti maknyah, hubugan mereka adalah sangat penting demi mendapatkan sokongan. Kumpulan sokong yang sihat sangatlah digalakkan apabila maknyah tinggal di sesebuah negara yang seperti Malaysia (masih wujud rasa tidak faham yang ketara sejak dulu dan kini).

Kenapa hubungan sesama Maknyah menjadi sukar?

1. Mereka mempunyai ideologi berbeza tentang pembawakan hidup sebagai maknyah.

2. Latar belakang pendidikan masing masing yang berbeza

3. Lengkap dan tidak siap yang secara tidak langsung menjadi penghalang pada hubungan yang lebih erat.

4. Nilai hidup yang cuba diterapkan pada satu maknyah kepada maknyah yang lain tanpa memikirkan perbezaan nilai dan ideologi hidup.

5. Bahasa pegantar masing masing. Jangan tidak tahu ada yang merasa tersisih dari sesetengah kumpulan akibat kemampuan berbahasa.

6. Gangguan pemahaman agama juga sedikit sebanyak membuatkan hubungan maknyah menjadi sukar.

7. Gaya hidup masing masing yang berbeza, ini termasuk falsafah tentang apa sahaja termasuk indetiti jantina, indenti seksual, pekerjaan, latar belakang keluarga dan hal hal hidup yang lain termasuk cara berpakaian.

8. Rasa Ego yang tinggi, Penting diri, bersifat makayam kuno dan ekspressi diri maknyah yang pelbagai.

9. Secara dangkal menganggap bahawa ada pertandingan sesama maknyah. Pertanding apa sebenarnya?

Pokoknya manusia mencari keserasian, tanpa mengira jantina. Ada hal hal sifat yang harus dibaiki oleh para Maknyah. Mereka sepatutnya meninggalkan pertikaian hal hal remeh temeh seperti siapa lebih cantik, lebih woman, lebih class atau lebih beruntung, suami maknyah mana yang akan dirampas.

Support Group harus dibentuk, terutamanya kalau maknyah berada di kawasan kawasan pendalaman, merasa bersendirian, keliru dengan kehidupan, mecari kerjaya yang sesuai, peluang peluang perniagaan dan hal hal positif yang lain. Support Group yang dilakukan secara ikhlas dan dikendalikan secara rendah diri akan menjadi bantuan yang sangat berguna pada para maknyah yang sepatutnya menyokong satu sama lain.



BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now