MAK NYAH BILA BERBUSANA

91 3 0
                                    

INI HANYA PANDANGAN PERIBADI

Ukuran sempurna perempuan secara piawai oleh industri fesyen adalah 34 - 24/26 - 34. Jadi sudah tentulah ukuran tersebut tidak mampu dicapai oleh kaum perempuan cisgender biasa hatta para Mak Nyah sekalipun. Tinggi pula harus 5 kaki 5 ke atas...Aduh jadi tambah gawat bukan?

Siapa tidak suka pada potongan yang cantik menawan yang sukar digapai itu. Mentallah kalau ada orang kata dia suka berbadan buntal buntal gemok. Kaum Mak Nyah tidak ketinggalan apabila mahu memperagakan pakaian sewaktu hari raya atau hari hari kebesaran lain. Maka dalam sebulan merangka dan mencari busana yang memikat segalanya jadi keliru sukar tentunya.

Yang bertuah hanyalah si kurus kering yang mampu menggenakan span pinggul atau yang sudah menjalani implan dada dan pinggul. Wah... itu bukan proses mudah sayang. Namun ilusi mak nyah ketika memilih busana tidak akan mati di situ sahaja. Mereka antara golongan yang kreatif, kenapa tidak? Mereka juga antara pelupur pada hal hal kecantikan seantero dunia. 

Ada yang berani mati mengambil langkah: Pergi mampus apa yang korang nak kata... aku adalah fashinonista. Maka haruslah berani juga menerima pujian palsu dan kata kata di belakang oleh teman teman yang menggatakan bahawa busana di badan mereka itu MELETOP. Bukanlah semua bermentaliti sedemikian... ada yang mampu keluar dari illusi berbadan soket untuk bergaya biasa biasa sahaja. 

Siapa kata maknyah harus tampil seperti perempuan? No no no no...

Di dalam buku Mak Nyah terbitan Terfaktab Fine sudah disentuh hal hal memilih busana untuk mak nyah yang memilih untuk berpakaian seperti wanita setiap hari, jadi dalam artikel ini sebaiknya diingatkan semula tentang potongan V para maknyah dan bagaimana mereka boleh selesa apabila berfesyen. (sekiranya tidak menjalani operasi dada dan tusukan silikon tambahan di pinggul)

1. kenal pasti ukuran badan kamu

2. berhenti beridolakan para artis artis perempuan yang jelita mustahil

3. fikirkan keselesaan apabila berbusana

4. Imej diva diva seksi itu bukan untuk semua majlis

5. Teruskan berbusana ranggi kalau telinga tahan pada kata kata nista orang

6. Dapatkan kenalan yang bijak tentang tataan busana di badan yang pelbagai

Harus ingat, bentuk tubuh badan wanita cisgender juga ada kepelbagaiannya termasuk bentuk V dan mereka ada cara untuk menangani masalah tersebut (sekiranya ia adalah masalah). Nasihat fesyen untuk mereka yang berbadan V, Goblet, Gelas tirus  atau Gedabak, semuanya ada di dalam pencarian google di zaman internet. Masalahnya di sini, kita sebagai maknyah harus berterus terang pada bentuk tubuh kita yang sebenarnya dan KELUAR dari illusi illusi pelik di alaf baru ini.

Secara umumnya busana untuk maknyah dewasa adalah seperti berikut.

1. blouse potongan A line (kurta kurta longgar) dan potongan gabungan warna sesuai untuk camouflage. 

2. Pakaian yang menutupi paras vagina (sekiranya tidak pandai kepit@belum SRS)

3. Warna senada dan potongan yang boleh memperlihatkan kamu langsing (untuk yang gemok)

4. Pemilihan kasut atau sandal santai (kerana kamu bukan hidup di pentas)

5. Wajah dan rambut yang rapi. Supaya kamu tidak rasa janggal bila diperhatikan dalam majlis (ulasan ini panjang sebenarnya)

6. Rerambut wajah dan badan yang terkawal sebagai maknyah (bukan semua boleh ditutup dengan solekan). (ulasan ini juga panjang sebenarnya).

Masalah berbusana para maknyah akan hadir selalunya apabila usia mereka menjangkau 30an. Bila bahu, perut dan pinggul sudah tidak selaras lagi. Bantal bantal pinggul akan membantu pilihan busana busana ketat (kebergantungan pada bantal tersebut juga adalah tidak elok dalam jangkamasa yang panjang - juga panjang ulasannya).

Terbaik adalah apabila para Maknyah boleh menerima diri seadanya dan tahu memanipulasikan potongan pakaian dan dandanan untuk majlis majlis tertentu. (ini bukanlah bermaksud semua pakaian kamu harus longgar longgar seperti makcik makcik selekeh). Ada caranya. Tahukah kamu bahawa KEYAKINAN DIRI juga adalah aksessori yang terbaik untuk semua manusia? 

Penetapan Imej dan identiti Gender penting di sini. 

Ada manusia tanpa sedar mahu jadi perhatian melalui busana dan dandanan diri, aku yang hanya suka suka dan ada yang tidak kisah. Ada juga yang mengatakan,"apalah ertinya jadi maknyah kalau berpakaian sopan seperti wanita cisgender?" Nah di sini kita harus mempersoalkan diri kita kembali dan mula menepuk dada serta bertanyakan selera kita.

Fesyen mempunyai pelbagai falsafah. Contohnya: Be who you are. Dressed to Kill. My Body is my temple dan macam macam. Namun apabila sampai ke satu titik tertentu, kamu harus memperuntukan waktu untuk berfikir...

1. Bahagian perut yang tebal

2. kenapa aku tidak nampak seperti Rozita Che Wan, sedangkan baju ini sama paten?

3. Kenapa orang ketawa ketawa melihat aku? Apa yang pelik sangat?

4. Kenapa dia asyik melihat lihat solekan aku? dia tergoda atau sedang menghina?

5. Saiz kasut ini apakah ianya tepat?

6. kenapa ada teman teman yang seolah olah tidak mahu bersama aku... bergambar pun merkea tidak mahu?

Area/kawasan berbusana juga sebenarnya berbentuk Psikologi manusia. Ianya harus dikesan awal. Penulis pernah bertemu dengan pelbagai jenis maknyah. Rata rata gemar bergaya, walaupun untuk hal hal kasual sekalipun. Segolongan kecil tidak kisah, dia akan pakai apa sahaja yang selesa, ada juga yang cerewet seolah oleh dia akan menghadiri permaidani merah. Jangan lupa ada yang menggenakan pakaian seragam sewaktu bekerja dan tetap kelihatan seperti pekerja wanita. 

Paling tidak setelah membaca artikel ini, kamu bolehlah mula menggolah cara kamu berbusana. Bukan hak penulis untuk membuatkan penetapan kerana ini adalah hal PERIBADI kamu. Sekiranya merasa diri dibadut badutkan, janganlah pula dianggap itu adalah pujian. Hati hati, kamu bukan SHEMALE seksi atau DRAG QUEEN yang singgah ke gerai teh tarik setelah penat membuat pertunjukan.

Tidak pasti pula apakah kamu berbusana hanya untul melepas geram?

SELAMAT BERGAYA wahai adique adique... (ini kita belum bersembang tentang pilihan pakaian para gay lembik lagi...itu lagi menyeramkan).

NOTA: Bentuk V merujuk pada ukuran atas besar bawah timpus/kuncup. Bergau adalah untuk bahagian bahu yang besar. Flamboyan pula adalah untuk gaya gaya yang sedikit over the top... makanya kamu tahu majlis apa dan di mana kamu berada.



BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now