SIMPOSIUM TAHANAN DAN TANGKAPAN.

41 2 0
                                    


SIMPOSIUM TAHANAN DAN TANGKAPAN

Anjuran PACA (Penang Advocacy Community Association dan Justice for Sisters)

TARIKH: 13 Oktober 2016

TEMPAT: Kamar sidang Grand Continental Penang Road.

Bertujuan untuk membina Jambatan antara para transwomen dan para Stakeholders. Menyenaraikan segala kemahuan/harapan untuk masa hadapan.

YB Teh memulakan ucapan alu aluan untuk simposium ke 2 kali ini.

Sulastri Arrifin memulakan penerangan tentang PAYUNG TRANSGENDER dan kekeliruan jantina manusia, menyentuh serba sedikit tentang SOGIE. Pembukaan yang penting untuk semua simposium seksualiti, demi memudahkan perjalanan perbincangan mendatang.

Sesi pertama menampilkan wakil Paca, Polis, Penjara dan Jabatan agam Islam Pulau Pinang. Masing masing membentangkan statistik penangkapan Transwoman. (yang berkurangan berbanding tahun tahun 80an dan 90an). Pecahan akan dapat dilihat kemudian setelah pembentangan masing masing.

Sesi 2 menampilkan wakil FDHA, Unaids dan Peguam. Semuanya berlandaskan hal hal sejahteran para transwoman. Bagaimana mendapatkan bantuan biro bantuan guaman dan YBGK. Dibentangkan juga tentang sukar mendapatkan peguam syariah yang trans friendly.

Sesi 3 menampilkan Wing Cortibal dari Filipina yang berkongsi bagaimana mereka para NGO di sana berjaya berkerjasama dengan pihak polis demi keselamatan para Transgender. MAC juga melalui SKPE berkisah tentang bantuan berterusan di peringkat nasional dan menyentuh tentang hubungan baik dengan para stakesholders demi kesejahtaraan dan masalah salah konsep apabila berhadapan dengan jabatan jabatan tertentu.

Sesi 4 menyaksikan pembahagian 3 kumpulan untuk menyenaraikan hal hal manusia transwoman. Civil Society, State Assembly dan Polis/JAIPP.

Sesi sesi yang santai dan separa formal ini seperti biasa sangat dihargai. Para Transwomen muda mendapat banyak manafaat setelah mendengar penerangan dari pihak pihak yang dijemput. Kita akui bahawa suasana sejahtera para Maknyah jauh lebih baik dari sebelumnya, namun usaha untuk mengikis stigma dan mengaut toleransi itu adalah advokasi yang berterusan.

Para Transwoman juga dipesan bahawa ini bukanlah sesi untuk mencapai objektif terdekat. Ini adalah sesi menggumpul suara dan pendapat supaya langkah langkah pro active demi Kesejahteraan mereka berhasil. Kita melihat pada tahun tahun yang mendatang.

Kehadiran para transwoman demi ilmu dan sumbangan idea, pelajar pelajar, wakil wakil peguam, pihak polis, pihak penjara dan para NGO ini sangatlah bermakna sebenarnya sebagai sumbangan pendapat, cadangan, usul, kemahuan buat masa akan datang.

HAL HAL YANG DISENTUH BICARA

1. Layanan sewaktu tangkapan dan body checking

2. Pengasingan di penjara (yang sudah menjadi peka)

3. Hak dalam tempoh 24 jam mendapatkan peguam

4. Mencari peguam Syariah bagi Transwowen Muslim

5. Media dan terma terma juga sifat mencari AIB

6. Disentuh juga tentang hak hak layanan di hospital lagi

7. 3 komponen yang menjadi asas tangkapan Pihak Syariah

8. Kenapa harus menjalinkan hubungan baik dengan mereka?

9. Jabatan pendaftaran (tujuan memudahkan statistic)

10. Semua dirangkum menjadi hal hal adil dan sejahtera untuk para Transwomen.

Majlis ditutup dengan ucapan dari YB Khoo. 

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now