MEDIA DAN LAYAR LEBAR

180 1 0
                                    

MAKNYAH, MEDIA DAN LAYAR LEBAR

Sejak azali ramai maknyah terlibat dengan pembikinan filem. Mereka dikurniakan bakat hebat yang akan digabung pakai dalam penghasilan kerja kerja filem. Bakat asas seperti menjahit kostum, solekan dan juga memasak untuk krew penerbitan.

Tidak kira apa fungsi mereka, mereka wujud sejak awal awal lagi dalam industri perfileman. Tukang masak? Juru makeup?Penulis skrip? Pereka kostum? Pengarah? Atau mungkin juga menjadi eksekutif produser.

Kalau dilihat dengan teliti ada sumbangan yang dibuat. Maknyah atau watak darai dalam filem semua negara di dunia ini dimulakan dengan hal hal pemBADUTan. Menjana hilai ketawa. Watak hero yang terpaksa memakai perempuan dalam waktu terdesak (Azmil Mustafa dalam Mekanik, a.r Badul dalam filem Kembar dan dua tiga lagi filem Mr Os). Termasuklah siri siri komedi di awal tahun 80an membawa ke awal tahun 2000.

Perkembangan watak Ts masih lagi berada di peringkat yang menjadi semakin tidak sihat, apabila kaum transgender mula melangkah ke era menuntut hak mereka sebagai manusia di setiap negara. Asia agak ketinggalan apabila memasuki bab menghormati seksualiti. Kita keliru dalam menentukan letak duduk watak mereka dalam sebarang bentuk media.

Tumpuan banyak diberikan pada kisah kisah insaf, mati akibat Hiv dan Aids (sedangkan ramai cisgender sebenarnya yang terlibat dengan sakit ini). Digambarkan juga siksaan kubur yang perit pada kaum transgender, sebagai amaran bahawa cara hidup mereka itu dilaknati.

Memasuki era baru, selaras dengan peningkatan pengetahuan tentang SOGIE watak watak TS sudah jauh berubah di negara negara maju. Banyak diujudkan dalam filem filem thriller dan filem kemanusiaan. Kalau kamu penonton filem yang tegar kamu akan perasan akan fenomena ini.

Sayangnya ini tidak berlaku di Malaysia. Kerana orang kita mempunya persepsi tersendiri terhadap kaum Maknyah. Maka digambarkan watak hero melarikan diri dari penjenayah dan melewati lorong pelacuran, pekerja seks berbaju merah ketat menghisap rokok dan pelbagai lagi frame negatif demi tataan seni.

Tahukan anda Ts Kharina Isa dari Malaysia pernah membintangi siri filem Angel dari Hong Kong? Tidak digambarkan jantina beliau, cuma wataknya adalah perisik di lewat tahun 80an. Beliau merupakan model dan pengacara, yang hilang dari radar begitu sahaja.

Memasuki alaf baru, watak watak untuk Maknyah harus berubah sebenarnya, walaupun watak sampingan. Mereka boleh saja digambarkan sebagai jurusolek, anak yang membantu, teman heroien yang baik, mungkin juga antagonist yang licik tanpa ada niat memBADUT BADUTkan mereka.

Bakat bakat Ts juga harus berhati hati apabila menerima tawaran. Ini antara usaha kamu sebagai Ts untuk memartabatkan kedudukan kamu dalam masyarakat. Tanya dulu apakah watak itu akan memalukan kamu? Seperti watak Ros yang digambarkan kencing berdiri dan memanjat pokok dalam siri Mr Os yang dibuli untuk hilai ketawa penonton kampung atau watak Mimi Zarina yang tersepak batu dan menggeluarkan suara jantan dalam filem bus kondukter? Tidak kira samada layar perak atau media media lain kamu harus berhati hati dan tidak semberono. Ts juga tidak perlu terlalu ghairah menerima apa saja watak, kerana di negara ini adalah mustahil untuk kamu dinobatkan segagan dengan aktor dan aktress setaraf dengan cisgender.

Antara watak watak positif Maknyah dalam filem dari luar adalah TransAmerica, Soldier girl, Princessa dan dua tiga filem arahan Pedro Almadovar. Sudah tentu budaya di sana tidak sama dengan Asia. Di Asia, kita ada Harishu dan Nong Poy yang sudah mejelalah ke layar perak, memegang peranan wanita cisgender. Solena Chaniago dari Indonesia juga sudah memegang beberapa watak sampingan di Hollywood. Kharina Isa dari Malaysia yang hilang dari radar sejak tahun 90an juga telah memengan peranan penting dalam dua filem di Hong Kong.

Keseluruhan proses sebenarnya adalah gabungan rasa Manusiawi penulis skrip, produser dan pengarah untuk berkreatif tanpa mencalarkan perasaan sesiapa. Kita sedia maklum tentang nilai nilai budaya asia dan eropah yang berbeza. Untuk menidakkan watak Ts dalam filem adalah mustahil, kerana mereka sudah sedia wujud dalam kehidupan harian. Maka menjadi tanggungjawab kita mencari intipati sebenar untuk watak tersebut.

e.g adegan mengandam pengantin, babak babak rekaan fesyen dan pentas peragaan, babak restoran (tukang masak atau pelayan) mungkin juga watak abang sulung yang menjalani kehidupan Transgender. Pokoknya POSITIF.

Di sini kita berbicara tentang TS/Maknyah yang betul bukan CROSSDRESSER seperti Dee dan Moon, Saiful Apek dan kumpulan senario yang berfungsi untuk jenaka semata mata.

Kesimpulannya warga yang berada dalam media harus menjadi lebih bertanggungjawab apabila mengguruskan berita, kisah, paparan tentang para Transwoman tanpa menggambil kira pendapat peribadi mereka. Masing masing mahu menggunakan kuasa utuk menghakim cara hidup, sehingga terlupa sejak zaman berzaman para Transgender sudah memberi kerjasama dalam banyak hal hal media dan penyiaran.

*Maknyah suatu ketika dulu digunakan sebagai body double untuk watak watak cemas atau watak daring. Sudah sampai masanya mereka memegang peranan yang tepat dan padat, yang menggambarkan watak sebenar mereka dalam masyarakat. Menggunakan watak Maknyah untuk hal hal BADUT itu sudah tidak wajar lagi di alaf baru.

Pembadutan Maknyah dalam sebarang penerbitan itu harus dihentikan sebaik mungkin oleh para cisgender yang terlibat dalam sebarang penerbitan. Mungkin juga ini caranya pemikiran mereka apabila memikirkan cara hidup maknyah? maknyah harus lucu, bodoh bodoh, lapar pada zakar lelaki, pekerja seks semuanya....? apakah mereka buta atau apa?

*penulis berpendapat RUGI BESAR pengarah filem dan penulis tidak melihat sisi sisi lain para transwoman. Lama lama ia menjadi adat untuk menggunakan mereka sebagai hiasan layar yang tidak bermoral sahaja...frame: HISAP ROKOK, BAJU KETAT menjerit bila hero dan penjahat berlari lari...tertembak atau babak babak bapok rambut merah berbahasa lucu suara garau dibilik makeup bila mahu menampilkan watak heroin yang dikatakan diva. What a waste!!!!!



BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now