KHUNSA @INTERSEKS DAN TRANSGENDER

146 1 0
                                    

INTERSEK, TRANSGENDER SERTA KONOTASI PEMAHAMAN.

"Ala... janganlah marah, I Khunsa you...," kaum lelaki, perempuan dan semua jantina mula melawak demikian setelah Malaysia dilanda kejadian tempohari.

Kita tanpa sebarang sensitiviti terbahak bahak ketawa.

Apa pulak? Sudahlah umum pening dengan terma terma Mak Nyah, Transwoman, Shemale, Crosdresser, Transvestite, ini jantina apa pulak? Memanglah pelik, dunia yang luas dan berwarna warni ini dihuni pelbagai hidupan, kita sebagai manusia bernasib baik kerana diberikan akal.

Setiapkali muncul kisah kisah panas tentang transgender kita dilanda rasa keliru lagi. Yusuf Azmi Pengasas Semboyan Satu Malaysia sewaktu diwawancara oleh pihak TV Sinar sendiri mengakui dia tidak arif akan hal ini. (Kisah Nur Sajat) Seperti biasa mencadangkan agar ada sesi tarbiah tanpa menghina individu tersebut. Saya kira itu jawapan yang sangat baik, sebagai lelaki cisgender yang tidak dapat menyelami naluri  transgender. (Bagi mereka itulah cara terbaik selain dari tarbiah dan percubaan untuk transgender berubah – itu interpretasi murni mereka yang mungkin tidak murni pada manusia lain). Ia jauh lebih baik berbanding situs situs panas yang mahukan rating tinggi bila menyiarkan berita tentang pondan serta aib manusia lain.

Ayuh kita lihat apakah maksud Intersek.

Intersek lebih mudah diterangkan oleh para pakar medis biologi. Tidak masuk akal pada orang orang biasa. Terdapat kes kes anak perempuan yang membesar menjadi lelaki, ada juga anak anak lelaki yang bervagina dalam diam.

Kalau kamu membaca kisah kisah aneh dari negara negara lain, kisah intersek pasti akan muncul. Bagi negara seperti Malaysia kita jarang didedahkan tentang hal ini mungkin demi menjaga maruah keluarga dan ianya bagaikan rahsia yang wajib disimpan rapat.

"Oh! maksud you di sebelah konek dia ada vagina ya? tapi tidak sempurna?" tanya teman yang semakin teruja.

"Bukan itu sahaja, interseks melibatkan banyak hal lain lagi, bukan kes dua alat kelamin sahaja,"

Apa sebenarnya INTERSEK?

'Intersex' terma secara umum diguna pakai untuk pelbagai kondisi kompleks di mana seseorang dilahirkan dengan GENTALIA yang tidak menepati definasi tipikal biologis lelaki atau perempuan. Ada diakibatkan oleh kromosom, hormon, bentuk kemaluan yang tidak tepat, seperti wanita  bertestis, lelaki berbuah dada, lelaki tanpa bulu, wanita berjambang lebat jelas atau emosi seksual  tidak selaras dengan persen fizikal kareteristik seksual secara kasar.

Patutkah kita anggap mereka cacat kerana tidak sempurna?

Di zaman dahulu mereka digelar sebagai KASI atau tidak berjantina, kemudianya dikenali sebagai KHUNSA ATAU HERMAPHRODITE  yang sudah mula dianggap sebagai terma tidak tepat, memalukan dan munafik, lantas bertolak dari middle sex mereka lebih selesa disebut sebagai Intersek. Terma Intersek agak kontroversi sejak ia diperkenalkan pada tahun 2006.

Bayi dan kanak kanak dengan jantina ini (berdasarkan genetalia/alat kelamin) akan dirawat secara pembedahan atau baik pulih hormon, setakat ini belum ada bukti keberhasilan pulih. Proses pulih tersebut dianggap sebagai kontroversi buat masa ini. Rawatan dan semakan biologi intersek diberikan sekiranya perlu, sama seperti semakan pada tubuh badan ahli sukan wanita bila ada keraguan sewaktu mengikuti pertandingan sekiranya ada rasa ragu perwakilan jantina. Menurut piawaian antarabangsa dan Institusi Hak Asasi dan Etika Manusia, organisasi intersek (International Intersex Organization) telah menggeluarkan kenyataan bahawa semua itu adalah sejenis SALAH GUNA KUASA atau SALAH TATACARA.

Para intersek adalah mereka yang tidak menepati ciri ciri biologi binari LELAKI PEREMPUAN. Mereka bukanlah Transgender yang berhempas pulas mahu menukar fizikal diri mereka secara pembedahan atau dengan bantuan hormon (HRT) akibat krisis identiti gender. Intersek juga bukan Pengkid atau Mak Nyah. Mereka dilahirkan dengan ciri ciri tersebut secara semula jadi. Tidak hanya berdasarkan kromosom. Variasi ini mungkin melibatkan dua alat kelamin atau kombinasi kromoson. Tidak seperti jangkaan kromoson biasa XY-- lelaki atau XX - perempuan.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now