I AM A MODEL OKAY!

139 4 5
                                    


Maknyah terlibat dengan bidang fesyen adalah biasa. Menjahit busana juga adalah biasa. Pokoknya semua tentang fesyen dan kecantikan, mereka seolah olah pakar dan sering dirujuk bila perlu.

Penulis hanyalah pemerhati dunia fesyen, mungkin penulis tertarik pada nilai nilai terselindung di sebalik dunia kecantikan dan keindahan fesyen. Sewaktu pulang ke Malaysia sempat juga melatih dua tiga peserta ratu cantik di Pulau Pinang yang ketika itu sangat gah dengan hal ratu ratuan. Latihan untuk mereka memilih busana, berdiri di pentas, menjawab soalan dan melayan wartawan. Ini termasuk melatih mereka untuk pentas peragaan pakaian RTW dan rekaamn ekslusif para pereka yang bagaikan cendawan lepas hujan ketika itu.

Ghairah adik adik tw mahu menjadi model itu adalah illusi mereka. Ada yang mampu dan ramai sekali yang tidak. Kalau sekadar membantu teman catwalk di mall Sungai Patani itu bukanlah model lagi... Model itu lebih dari yang kita fikirkan. Ianya kerja serius yang ada ukuran dan ada kualiti kualiti yang tersembunyi.

Sekitar penulis bertemu ramai tw yang mengaku diri mereka adalah model. Hanya kerana penulis kelihatan kampungan dan tidak bergaya seperti mereka. Ramai yang menipu orangramai bahawa mereka adalah model. Ada waktunya penulis kesipuan malu apabila teman cisgender yang tertipu berkata, "kau tengok si Zie, tak macam kau, dia model tau..." Padahal penulis tahu itu hanyalah gambar gambar dari pertandingan ratu maknyah dan Zie itu adalah pekerja seks semata mata. Lucu tetapi lama lama jadi meluat.

Maka yang terpana akan berusaha keras. Mahu kurus kering seperti Kate Moss. Ada yang mengamalkan dadah dan kawalan diet yang ketat. Ada memang ada di zaman penulis dua tiga teman yang benar benar model di tahun 90an. Ada juga wanita cisgender yang disyaki model, itu juga satu fenomena yang lucu.

BERIKUT ADALAH TUNTUTAN SYARAT MODEL PEREMPUAN SECARA ASAS:

Usia: 16 - 21 selalunya. ada yang tua tetapi berwajah versatile.

Tinggi: 5 kaki 9 inci untuk pasaran antarabangsa. 5 kaki 7inci ke atas untuk tempatan

Ukuran dada: 32 - 36 inci terpulang pada pakaian dan tataan.

Pingang: 22 - 26 (tidak ada istilah saiz L di sini)

Pinggul: 33 - 35 inci terpulang pada pereka pakaian. Negara Latin selalunya besar

Ukuran di atas bukanlah kemestian bagi semua wanita. Ia hanyalah untuk kemudahan pentas peragaan yang dalam banyak ketika mahukan keseragaman.

Untuk hal hal katalog mereka kurang tegas. Apa sahaja yang cantik boleh dimanipulasikan oleh teknik gambaran dan editan.

Berikut adalah 10 model transgender yang sedang dikenali sekarang di peringkat antarabangsa. Mereka dianggap sebagai penanda aras dunia yang sudah tiada sempadan kecantikan. Bergabung dengan kumpulan wanita cisgender untuk pentas peragaan atau tampil secara editorial dan advertorial.

Hari Nef, 22. ...Valentijn de Hingh, 25. ...Lea T., 34. ...Andreja Pejic, 23. ...Ines-Loan Rau, 25. ...Arisce Wanzer. ...Geena Rocero, 32. ...Aydian Dowling, 27.Di Malaysia ada dua tiga sahaja yang pernah berada di pentas peragaan dan pernah menjadi pilihan secara editorial, advertorial dan video clip sebelum ini. Antaranya adalah Jasmine Goh (sudah tidak aktif), Kharina Isa (sudah tidak aktif) Roshika (sudah arwah), Yasmin Rasoel, Lily Othman, Shieda, mereka pernah tampil sebagai muka depan majalah juga,  mungkin dua tiga lagi yang mungkin tidak kita kenali kerana bersifat rahsia selepas SRS. Yang lain lain mungkin hanya membantu teman teman gay yang bertindak sebagai jurureka busana.

Ada juga yang memilih model TW untuk menggalas tugas memperaga pakaian pakaian yang advant garde atau membantu proses menyediakan katalog untuk kempen kempen kecil.

Menggunakan model Tw agak berisiko tinggi bagi pereka dan pemilik produk. Imbal balik dari pengguna cisgender dan kutukan merupakan hadangan utama. Jelasnya cisgender akan menjadikan iklan atau kempen tersebut sebagai bahan jenaka atau kutukan yang berpanjangan. Ini antara sebabnya model TW tidak mendapat tempat.

Ukuran ukuran bahagia tertentu juga akan membuatkan mereka pecah lobang di mata cisgender. Dahi yang luas, leher yang lebar, bahu yang bidang dan jari jemari mereka akan di semak untuk hal hal peragaan (terutamanya untuk show siang hari). H to T mereka tidak kira tw atau cisgender harus tampil sempurna. Seragam mengikut piawaian kalau boleh.

Ini juga bukanlah kerjaya tetap. Kerjaya ini akan tamat cepat. 

Oleh kerana melihat para supermodel hanya di cetakan majalah, rakaman catwalk di pentas dan iklan, ramai para TW merasakan mereka boleh lepas sebagai model, terlupa tentang ukuran ukuran yang diutarakan di atas, termasuk saiz muka model cisgender yang kecil sebenarnya.

Kegilaan terhadap dunia galmour model ini sebenarnya ada kesan Psikoloji kalau dilihat dalam dalam. Ada yang cepat cepat melakukan pembedahan hidung prostik, menaikan tulang rahang pipi... dan mula kelihatan pelik setelah itu. Kita yang melihat jatuh kasihan, kerana kita tahu mereka tidak ada ruang di bidang modelling ini. Hampir mustahil sebenarnya.

Sama seperti segmen hidup yang lain, bidang modelling ini tertakluk pada nasib, gene yang baik dan usaha yang tidak pernah berhenti (disiplin, cara catwalk, PR yang baik). Kepada yang sedang berada dalam illusi model, ingin penulis nasihatkan supaya memilih hidup yang lebih sihat dan mula belajar mendakap diri sebagai MAKNYAH dengan hati yang tenang.

Tidak luak hidup kamu kalau kamu tidak tampil sebagai MODEL.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now