ANDROGYNY? APO?

56 3 0
                                    

Belum sempat para cisgenders mahu menghadam apa itu Maknyah, transwoman, shemale, pengkid, drag queen atau gay male yang sudah sedia ada, muncul pula terma Andro.

Ada juga akibat budaya pop kamu akan bertemu remaja remaja yang kurang pasti tentang hala tuju jantina mereka. Ada yang terikut ikut dengan bintang bintang barat seperti Marilyn, Boy George (setelah mengkaji muzik retro) dan melihat pragawati kurus kering (lekaki dan perempuan) yang konon kononnya berjaya membawa imej tersebut.

Ramai bintang pop dalam sesi fotografi menggunakan imej ini. Tapi harus ingat itu hanyalah imej paparan demi variasi kad kad atau poster publisiti masing masing. Androgyny agak menggelirukan untuk dihurai. Sama seperti isu BISEK yang tidak ada jawapan pasti, begitulah juga apabila wujud terma ANDROGYNY sebagai orientasi seks dan identiti gender.

Setelah memahami isu SOGIE. Kita akan hanya membuka mata dan telinga (itupun kalau ada penerangan jelas waras dari mereka). Mereka jarang sekali mahu berkisah tentang kehidupan sebagai andro. Kalau ada sekalipun hanyalah jawapan jawapan merepek dari bintang bintang POP yang bergelut untuk menempa nama...jawapan yang tidak serius demi publisiti.

Bukankah dahulu kamu mengatakan MAKNYAH adalah identiti gender yang bukan perempuan bukan lelaki? Mana satu?? semakin keliru bukan?

ANDROGYNY SEBAGAI IDENTITI GENDER DI TENGAH TENGAH.

1. Tidak lembut lembut perempuan tidak sasa lelaki
2. Mungkin juga imej fesyen sahaja kerana fizikal keding.
3. Ada yang mengamalkan HRT suku suku (tidak penuh)
4. Tidak mahu dikaitkan dengan imej Ts, Shemale, Tw, Pengkid
5. Orientasi Seksual mereka adalah rahsia (jarang bicara)
6. Pernah menjadi tuntutan fesyen di tahun 90an - awal 2000
7. Imej selamat sebelum transisi penuh
8. Mungkin juga satu bentuk ekspresi diri di khalayak
9. Ada yang hanya jenis wannabe/mencuba gaya
10. Ada yang keluar dari imej itu bila sampai waktu.

Ada yang mengaku hanya sebagai fasa suka suka dan tanpa disedari oleh tuan punya tubuh sendiri. Penulis pernah bertemu manusia manusia di fasa ini dibidang hiburan. Setelah 10 tahun bertemu dia sudah menjadi begitu perempuan sekali dan ada juga si adro berzakar yang sudah pun menukar hidupnya menjadi suami orang (malah begitu alim sekali sekarang). Sekilas penulis mengganggap itu fasa REBEL mereka sewaktu remaja. Mahu diterima atau mahu diberi perhatian (sifat azali manusia).

Ada yang berimej sedemikian akibat kumpulan yang disertai dan terus mengakui mereka selesa dengan kebahagiaan baru yang ditemui. (kita tidak mahu menghakim di sini). 

Penulis terfikir tentang caturan HRT manusia dan Kadar rembesan hormon asli di badan manusia sewaktu mereka remaja dan apabila usia dan kematangan mereka meningkat.

Jangan terkejut dengan hal ini. Mereka ada dikeliling kita, cuma mereka jarang mahu berbicara lebih lebih kerana menjimatkan tenaga. Sering mereka berpesonaliti yang sama dengan androgyny yang lain. don;t ask don;t tell

Muncul pula satu lagi terma...apabila manusia mahu berkisah tentang seksual orientasi mereka. 

"owh! saya? Saya gender fluid." 

Mungkin ianaya akan berbunyi begitu HIPSTER sekali apabila mereka melancarkan kata sedemikian. Mungkin tidak IN kalau dia mengatakan "saya pondan, saya hanya suka pada lelaki" Gender Fluid berbunyi lebih HIP dan agak ganas dan moden mungkin.

HAMPIR SASAU JUGA KALAU KITA BERBICARA PERIHAL GENDER FLUID. 

Begitulah manusia yang semakin berlapis lapis ya...

Gender Fluid adalah identiti jantina yang merujuk pada jantina yang berubah ubah mengikut masa. Si gender fluid ada waktunya mengatakan dia lelaki, perempuan, neutrois atau jantina lain yang tidak bersifat binari atau kombinasi beberapa identiti yang lain. Jantina mereka akan jadi berbeza secara rawak atau berbeza tindak tanduk mengikut situasi yang berubah,berbeza. 

Penulis tidak ada kederat mahu mendalami isu NAFSU NAFSI yang sebegini. 

Paling mudah kita ucapkan, "selamat menjadi diri kamu yang tersendiri"

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now