ESTROGEN ASLI

74 3 0
                                    


MAKANAN YANG MENGANDUNGI ESTROGEN ASLI.

Bukan semua dari kita gemar menelan pil pil berbentuk kimia dan sintetik.
Namun senarai pemakanan di bawah mungkin boleh membantu kamu untuk meningkatkan kadar estrogen. Di makan secara berperingkat peringkat dan disesuaikan dalam diet harian kamu. Di susun dalam bentuk menu mingguan tanpa sebarang rasa tamak haloba, kerana estrogen asli bertindak perlahan tidak seperti estrogen kimia. Diambil dalam kadar 'moderate'. Harus diingati, makanan asli juga mempunya kesan 'POTENT' masing masing. Ekstrak asli itu tentunya lebih baik.

Senarai makanan makanan ini sesuai untuk para wanita yang menghampiri menopause (putus haid) , sudah putus haid dan para Maknyah yang tercari cari sumber oestrogen asli yang tidak memudaratkan. Ternyata senarai senarai ini boleh disertakan dalam menu harian kamu dengan mudah.

Dengan harapan kamu kenal badan kamu, senarai senarai makanan di bawah boleh diubah suaikan. Contoh: ada orang alahan pada terung kerana ianya dianggap berangin.

Rumput alfalfa, daging binatang, biji bunga lawang, ragi, barli, beets root, ubi karot, buah cheri, kacang kuda, kacang itam, timun, makanan tenusu, kurma, terung, halba, flaxseed, bawang putih, samsu beras, oats, minyak zaitun, buah zaitun, betik, parsley, kacang, cabai loceng, buah plum, buah delima, tomato, labu, kacang merah, beras, butir lenga, taugeh soya/kacang hijau, taugeh kacang, kuaci bunga matahari, gandum dan ubi keladi.

Kacang soya dan sebarang produk soya mempunyai kandungan oestorgen yang tinggi. Anehnya, kicap bukanlah sumber oestrogen asli tinggi.

Menghampiri jumlah kadar kandungan oestrogen tinggi dalam makanan asli selain dari soya, adalah flaxseed (dapatkan di farmasi) buah buahan citrus (limau, lemon dan grapefruits) dan daun saderi (celery and parsley) mempunyai kadungan oestrogen asli.  

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now