BAGAIMANA TRANSNITA MAHU TAMPIL DIHORMATI?

53 0 0
                                    


Penting sangatkah sehingga kamu harus dihormati?

Bukan begitu maksudnya, kita berbicara tentang kesejahteraan dan validation di sini. Tidak perlu untuk mereka tertunduk tunduk hormati bagaikan puteri. Cukup untuk mudah mendapatkan kerjasama, dilayan sama tara dengan budi bahasa manusia. Jadi, jawapannya YA setiap kita tanpa mengira jantina harus berusaha ke arah itu.

Kita sudah membincangkan pelbagai topik bermula dari pembawaan diri sehingga tahap hidup sejahtera. Ramai para transnita sudah melalui fasa fasa mereka. Pembelajaran secara berkala ini tidak sama kalau dibandingkan antara kita. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Dihormati bagaimana? Siapalah kita sampai orang harus hormat? Dijelaskan lagi, bahawa hormat itu harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dari penjaga tandas sampailah ke barisan para menteri. Jadi kita ada di ruang tersebut.

1. Tampil secara kemas dan menyakinkan

2. Bercakap dengan bahasa yang teratur. Jelas dan difahami. Berfakta dan tidak dalam nada orang marah.

3. Mempunyai tahap Sense of humor yang bagus

4. Pandai menepis segala jenaka jenaka bertujuan memalukan tanpa rasa marah marah jantan

5. Memilih busana yang sesuai (imej jalang dihapuskan seketika)

6. Tahu akan pergolakan negara dan dunia, agar mampu dijadikan topik perbualan

7. Bergerak (gerak badan) secara natural tidak dibuat buat

8. Yakin dengan diri (takut keterlaluan pada rerambut wajah, bersolek untuk menutup cela, marah marah pada teman hanya kerana tidak yakin, dielakkan sama sekali)

9. Jenaka jenaka atau lingo pondan dikurangkan apabila berada di khalayak.

10. Kawalan pada bunyi suara. (tidak kisah kalau suara parau tetapi ada ritma yang sesuai). Jeritan jeritan gatal ada tempatnya.

11. Hati hati dan perhatikan suasana. Menjabat tangan, bersalaman seadanya.

12. Godaan pada manusia lain harus dikawal (cisgender, gayboy atau apa sahaja atas dasar lawak jenaka baik dikurangkan).

Transnita selalunya menghadapi masalah keyakinan diri. Bukan salah mereka, diulangi lagi pada pembentukan konsep yang silap kamu. Apakah konsep konsep silap tersebut?

1. Perlu cantik jelita

2. Harus ultra feminin

3. Menang ratu dan harus buat show kumat kamit.

4. Bergaya up to date seperti model (tidak mampu jangan)

5. Menggunakan lingo bapok untuk disenangi

6. Harus bersuami atau berpasangan

7. Cakap bersindir sindir bapok

8. Tidak berjaya kalau tidak melakukan operasi

Bagi yang baru menjalani kehidupan sebagai Transnita, bentuklah peribadi yang menyenangkan. Tahu mengawal diri mengikut suasana. Kenali tahap mampu diri, genetik dan kapasiti diri (sejauh mana diri mampu pergi). Selalu tampil tenang dan tidak gelabah. Makan rakus seperti jantan, merokok tidak tentu hala dan terjerit jerit menjengkelkan. Ramai manusia cisgender teruja mahu melihat penampilan para mak nyah. Mereka menjamu keterujaan mereka (curiousities). Sebaiknya kamu tampil menyenangkan dan yakin, sehingga mereka jadi terfikir, "la aku tengok biasa saja...okay not bad at all"

Percayalah di hujung hari yang menikmati segala hubungan yang baik dan sempurna bukanlah orang lain tetapi kamu.

Percayalah di hujung hari yang menikmati segala hubungan yang baik dan sempurna bukanlah orang lain tetapi kamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now