CINTA MAKNYAH DAN PENGKID

123 5 0
                                    


Memang wujud.

Mahu dianalisa dalam dalam penulis tidak pasti samada ianya berbaloi. Cinta adalah satu perasaan yang universal. Tukang terjemah adalah masing masing. Penulis juga takut analisa tersebut akan menjadi TIDAK ADIL dari sudut hak, kemampuan, seksualiti sebenar manusia.

Memudahkan situasi, kita gunakan kata penyedap: CINTA ADALAH MILIK SEMUA UMAT MANUSIA.

Sebelum fenomena yang di war warkan di media sosial, ianya sudah wujud di depan mata. Maka mulut mulut yang nakal dan teruja akan bertanya bagaimana mereka berhubung secara seksual. Ada yang sanggup melahirkan anak demi kasih sayang (anak dilahirkan oleh Transman demi cinta kasih).

Ini merupakan sesuatu yang rumit untuk dicerna oleh para cisgender yang masih mahu mempertikaikan hal syurga neraka dan piawai hidup yang tidak sama seperti acuan mereka. Para alim ulama pula mengatakan ini adalah petanda akhir zaman yakni hampir kiamat. Mereka jadi terlupa pada resepi cinta yang mereka war warkan sendiri terdahulunya...

1. cinta tidak mengenal rupa paras

2. tidak membezakan jantina (unless in your mind love is equal to torrid sex acts)

3. Hati dan budi menjadi pemikat

4. cinta yang suci lahir dari hati

5. cinta sama seperti segmen lain dalam hidup diKUASAI oleh yang ESA

Manusia mempunyai sebab masing masing untuk bercinta. Sedang dua insan tersebut menikmati cinta (orang lain pula yang terfikir fikir). Maka terdengarlah suara suara sumbang walau dalam komuniti kecil itu sendiri...

"i wonder sapa jantan sapa betinakan atas katil?"

" eee....macamana dorang main? euw...sorry i cannotlah!"

"Sheila.nyah punya pasti hebatkan...sampai mengandung abang Zie"

Sama seperti mereka hairan pada fenomena Maknyah, begitulah juga mereka akan mempertikaikan bagaimana pasangan Maknyah dan Pengkid berhubungan. Sampai begitu sekali mereka berimaginasi tentang hubungan bandaniah orang. Siap memberi Penghakiman lagi. Bertambah sedih lagi kalau ianya datang dari mulut para LGBT sendiri. ANEH.

Rasanya tidak perlulah penulis mengulas banyak tentang hal ini. Sama seperti rasa cinta yang kuat antara Maknyah dan Lelaki cisgender, Lelaki Cisgender dan Wanita cisgender, gayman dan wanita cisgender, bisex dan dua tiga cintanya.....mereka ada dikalangan umat manusia. Mereka WUJUD.

Cinta itu adalah kurniaan yang harus dinikmati. Setuju atau Tidak, bukanlah tugas kita untuk mempertikaikan jalanan hidup orang. Beranalisa dalam dalam juga tidak membawa kita ke mana mana. Dalam bab bab yang lalu kita sudah membinangkan apa itu Panseksual, Skolioseksual dan terma terma seksualiti lain.

Sama seperti konsep dalam buku Maknyah: DISOKONG JANGAN DIHINA JANGAN kalau sudah terlalu pening memikirkannya. (mereka tidak menganggu kita...kita masih menjalani kehidupan kita yang sudah dipilih).

Ini juga satu fenomena untuk mengajar kita menghormati pilihan orang, melihat jelas bahawa acuan hidup tidak pernah sama, seksualiti dan deria rasa manusia tidak akan pernah PIAWAI. Tidak perlulah kita menghabiskan tenaga memikirkan APA? BAGAIMANA? GELI dan lain lain lagi sifat manusiawi yang hina itu...

*Hubungan cinta antara maknyah dan maknyah? Yang juga wujud pastinya akan lebih memeningkan kepala para pemikir. Kalau bertahun dulu kita heran pada Maknyah Apom....nampak gayanya sebagai dugaan hidup yang berterusan, otak harus dilatih untuk terus bertoleransi dengan tidak tanduk manusia. Selagi mereka tidak menjentik ruang hidup kita...baiklah kita menjimatkan tenaga, salurkan tenaga itu pada hal hal lain yang lebih bermakna.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now