KENDALIAN RATU MAK NYAH

9 0 0
                                    

PENGURUSAN RATU MAK NYAH YANG BAIK:

Tidak ditemui jawapan pasti kenapa adik adik gemar pada pertandingan ratu. Mereka antara orang hadapan dalam sebarang pertandingan kecil atau di peringkat internasional. (ada yang terlibat secara langsung dengan pertandingan ratu perempuan cis di Malaysia – busana, solekan)

Sejak kejadian baling kerusi di Hotel Merlin di hujung tahun 70an sehingga kepanasan di dewan orang ramai di Kampung Baharu membawa pada ratu pesta harijadi di Taiping, pertandingan ratu kekal menjadi wadah penting dan seronok untuk adik adik bersuka ria dan bersosial. Ratu Mak Nyah kekal menjadi daya penarik.

Tidak seperti di zaman 90an di mana kelab kelab hiburan besar akan mengambil masa selama 3 – 6 bulan mengumpul peserta separuh akhir hingga 12 finalis (untuk ratu perempuan cis dan Ratu Mak Nyah), suasana pertandingan masa kini penuh dengan risiko yang kamu sedia maklum. (Kejadian terakhir kacau bilau di Hotel Renaissance yang dibawa hingga ke peringkat mahkamah negara). Penganjur berpindah ke negara jiran di selatan Thailand.

Berikut disenaraikan hal hal yang boleh diambil kira dalam mengendalikan Ratu Mak Nyah:

1. Dewan yang bersesuaian termasuk F&B yang bagus. Tempat tinggal peserta yang selesa dan pembantu. Urusan penginapan dan makanan yang berbaloi serta masuk akal agar tidak menjadi umpatan di kemudian hari. (makanan habis, tempat tinggal teruk dan lain lain)

2. Hadiah hadiah tajaan yang tepat diuruskan dengan baik. Hadiah hadiah subsidiari yang tersusun. Termasuk hadiah saguhati pada semua peserta. Hadiah teratas yang dibayar tepat dengan penuh tanggungjawab.

3. Sistem bunyi yang terbaik. Lengkap dengan latihan, runut bunyi pilihan untuk sesi sesi pertandingan, juruteknik bunyi, lokasi pembesar suara, jenis pembesar suara, sistem penuh (surround system) dan cahaya, serta pengacara yang sesuai dan fasih pada aturcara pertandingan. JANGAN SEKALI KALI bergantung pada sistem bunyi hotel.

4. Rehearsal (sesi latihan) yang tidak meletihkan peserta oleh pakar koreografi pertandingan ratu cantik. (sistem bunyi, peserta, koreografer semua harus tepat masa).

5. Tetapkan soalan soalan yang dirangka dengan baik (mudah dan jelas) mengambil kira isu semasa dunia LGT atau negara. Mungkin boleh disediakan oleh panel terpilih olehpenganjur.

6. Selang seli persembahan (this is a bit tricky). Undanglah para artis atau mereka yang dekat dengan dunia mak nyah untuk memberi persembahan yang cukup waktu untuk peserta menukar busana mereka. Kira dan tetapkan berapa lama. JANGAN dirosakkan majlis dengan artis yang tidak hadir, mak nyah tua yang mahu membadutkan diri hanya kerana dia menaja hadiah, atau sehingga pentas kosong.

7. Peserta yang ramai atau tambahan perserta last minute boleh menjejaskan pertandingan. Penganjur akan dituduh gila yuran. Tetapkan 20 – 30 perserta (laraskan dengan saiz pentas pilihan) dan saiz tempat persalinan.

8. MASA/DURASI acara. Ini sangat penting. Majlis yang baik akan bermula dari 7 petang – 11 malam. BUKAN tamat pukul 1 pagi atau membawa ke 2 pagi. 4 – 5 jam acara adalah yang terbaik.

9. PENJURIAN – sama seperti pertandingan ratu perempuan cis, harus ada AJK untuk memberi penerangan (judges briefing), penyediaan borang yang tidak sulit/keliru untuk di isi markah markah. Skala selalunya 1 – 10 (untuk kemudahan tabulasi). Ketua juri harus ada dan auditor harus bergerak cepat untuk pemarkahan.

10. Sistem 30 perserta – 15 semifinals – 5 tertinggi bolehlah diselaraskan mengikut kemahuan penganjur dan AJK majlis. Apa yang penting ia teratur dan tidak meragukan (tidaklah tiba tiba jadi 16 hanya kerana mahu memasukkan peserta anakayam – Jangan!)

11. Hadiah hadiah teratas haruslah jelas, diterangkan pada pengacara agar dapat diuar uarkan pada penonton dari waktu ke waktu. Begitu juga biodata penuh para peserta yang disusun dengan kemas untuk panduan pengacara majlis.

Pembentukan AJK majlis haruslah ada. Mana mungkin penganjur melakukan secara solo. Mereka haruslah teliti untuk memastikan segala urusan majlis dijalankan dengan baik dan bertanggung jawab. Dari sekecil kecil perkara sehinggalah tamat majlis.

Deligasi tugas pada AJK yang memantau biodata perserta, bendahari yang menjaga hal hal kewangan, kutipan jualan tiket dan kutipan yuran pertandingan, penata pentas yang bertanggungjawab pada lampu dan bunyi, jagaan belakang pentas sehinggalah barisan yang menyambut tetamu berbayar ke tempat duduk.

Ratu Mak Nyah merupakan wadah tanggung jawab yang sama beratnya dengan pertandingan pertandingan lain. Dikendalikan dengan penuh profesional dan menyenangkan semua pihak.

Elakkan pepatah: Rumah siap pahat berbunyi sebaik mungkin!

Nota: Penulis sudah mengacarakan pelbagai ratu cis perempaun, ManHunt dan Ratu Mak Nyah. Mendapati bahawa perlunya ada post mortem setelah siap pertandingan (sekiranya penganjur serius). Dalam dunia ratu Mak Nyah penulis sudah berkerjasama dengan Nabil Production, Nur Sajat dan Milla Entertainment (mereka punya potensi menjadi penganjur yang baik).

 Dalam dunia ratu Mak Nyah penulis sudah berkerjasama dengan Nabil Production, Nur Sajat dan Milla Entertainment (mereka punya potensi menjadi penganjur yang baik)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Latiesha Previna sewaktu dinobatkan Juara di Australia sekitar 2017

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now