MAKNYAH YANG LUCU.

92 4 1
                                    


"I found that most of my trans friends are funny and hilarious, they are fun to be with at times when i am down, i just gather them and you will be surprised, they can provide you with comfort and at certain time fork out a very realistic unthinkable advice , something cis people cannot think of!

Membesar dengan penuh laluan yang tidak mudah, apa lagi pilihan yang para maknyah ada?

Harus ingat bukan semua maknyah itu sifatnya suicidal dan murung, 24 jam memikirkan tentang nasib diri dan tertekan dalam hidup. Ramai juga manusia cis mahu menyertai mereka setelah mendapat mereka adalah manusia yang sangat 'interesting'.

Pelbagai laluan yang sudah mereka lalui dalam menangani diri dan masyarakat sekeliling membuatkan mereka jadi BOSAN, MELUAT, MANGLI pada kekeliruan hidup. Siapa yang keliru? Kau atau aku? Aku yang kau kata keliru hidup okay saja... kau yang bersusah payah mahu menyusun atur hidup orang, sedangkan hidup engkau tidak kemana pun?

Kamu sudah menemui bahasa bahasa Maknyah selama ini bukan? Banyak digunakan sekarang termasuk dalam hubungan sesama manusia cis. Ia berbunyi lucu, ringan dan santai. Lingua franca Maknyah direka supaya ianya berbunyi ekslusif. Bukankah segala goncang yang berlaku selama ini seolah olah ada pergelutan antara manusia cis yang mahu dunia ini selari seperti aspirasi mereka?

Kebanyakan mereka adalah LUCU. Penulis juga apabila berbicara berbunyi lucu. Lucu lucu tajam kata orang. Jangan ingat para cisgender tidak perhatikan semua ini, mereka pelan pelan menilai sendiri sehingga mereka sesama ada yang mebahasakan diri sebaga MAK. "mak tak kuasa you...". 

Tidak seperti manusia cis yang mengamalkan sifat SELF SENSORSHIP secara terlalu akibat moral, maruah dan agama, para Transwoman agak ekspresif apabila berbicara. Ringan? Berat? Marah? Suka? Kagum? Sayang? mereka luahkan dengan cara mereka.

"OMG... begitu muslimah sekali," mereka akan tertawa. 

"kau sudah INSOF ker Maria?"

"Tak kuasa nok, buat penat diri," pernyataan bahawa mereka bosan dengan sesuatu isu.

"ini kalau dapat kat JAKIM, makan tak habis ni..."

"wow! menangis KIMk... kalau tengok kau malam ni"

"Eh! tu Shuami mak tu....jangan kacau!"

"Jangan main main dik... competion you...kau tengok maknyah gebu gebu tu....nanti kang menyesal!"

"makan hari hari pun tak lepas... nak bersembang tentang LV"

"mak makan sepapan marvellon masa 17 tahun kau tengok ni, basic tetap women okay?"

dan pelbagai lagi hamburan lucu lucu akan keluar dari mulut para transwoman. Mereka berhak untuk tertawa dan bahagia, setelah apa yang mereka lalui dalam menangani segala kelecehan hidup mereka. Kelecehan yang merumitkan hidup.

Secara semulajadi, mereka agak kreatif apabila masuk bab berkomunikasi dan pantas menjalin ayat ayat apabila memprotes, menyanggah atau bersetuju. Para gay lembik juga begitu dan ini antara kualiti yang menjadikan mereka sangat menarik. Ada juga para cisgender yang pura pura okay, ada yang betul betul suka dan ada juga yang akan menggutuk di belakang. Ada juga yang akan pelan pelan mengkaji sifat ini dan digunakan untuk kerja kerja kreatif mereka di masa akan datang.

Ada juga hal hal lucu yang mereka kaitkan dengan alam sekitar dan permasalahan yang sedang mereka alami... ada waktunya mereka akan mengkritik dunia dan perbuatan orang orang cis dengan sangat selamba dan tajam.

"Siapa ni? Maknyah mana yang buang anak?" adalah frasa favurit penulis apabila para cisgender berkongsi berita berita remaja buang anak atau gambar bayi  di tepi parit dan perdu pisang. Cisgender harus duduk dan fikir dalam dalam. Ada sebabnya.

Fag Hag. Satu terma yang kerap diguna pakai di barat bagi menggambarkan bagaimana manusia cis gemar berkumpul, berjalan jalan dan bersantai bersama para LGBTQ atas alasan alasan yang sudah kita bincangkan di atas. Apatah lagi kalau masuk bab bab memilih pakaian dan tata rias..siapa lagi yang dicari bukan?

Kebanyakan maknyah sudah berusaha untuk membebaskan diri mereka sejak remaja lagi, dalam pencarian yang menakutkan itu mereka sudah bertemu pelbagai masalah remeh rumit dan ruwet bermula dari keluarga, sekolah, orangramai dan macam macam lagi sehingga membentuk mereka menjadi manusia yang kuat, apa kena mengena dengan kelucuan mereka? Kerana mereka tidak mahu dibebankan lagi oleh hal hal remeh tersebut. Mereka boleh tertawa pada diri sendiri, tertawa pada kelucuan orang apabila terkejut atau pura pura tidak faham tentang diri mereka.

Mereka juga banyak menggunakan personaliti glamer dan popular tidak kira samada kualiti bimbo atau kualiti 5 bintang sebagai rujukan untuk menjadi lucu...

"Jangan main main dengan mak, mak setaraf Ning Baizura okay... apa kau ingat mak ni Ramlah Ram?"

Inilah yang membuatkan mereka selalu menjadi "centre of attraction!" Ada yang lebih YAKIN dengan salaman yang pertama lagi, membuatkan kamu merasa suasana ini sangat wow. Ini jarang berlaku dalam hubungan sesama cisgender.

Sewaktu bersalaman,"wow...bling bling ya...kalah Ifa Radziah, hai... saya  Nora" dan para wanita cis akan terus merasa selesa untuk terus berbincang pada hal hal yang lebih serius atau bergelak ketawa melupakan hari yang suram.

Sepanjang hidup, penulis sudah bertemu dengan ramai kelompok manusia cisgender yang sangat selesa dengan Transwoman. Terlalu ramai, mereka juga manusia yang baik baik, terima atau toleransi itu atas diri mereka. Atas dasar itu penulis berani mengatakan ada ramai manusia cisgender yang baik baik yang boleh dibawa berbincang dan bekerjasama baik dalam pekerjaan atau dalam kehidupan. 

KENAPA MEREKA LUCU?

1. semulajadi memilik sense of humor yang mahal

2. tidak mahu terlalu serius kerana ia akan menambah tekanan

3. kemampuan mereka untuk melihat sesuatu dengan mata yang tajam.

4. mengkritik tanpa mahu menyakitkan mana mana dengan bahasa kesat

5. mereka mahu tampil mudah dan mahukan kamu selesa.

Maknyah yang lucu akan bahagia dalam melayari hidup mereka, kerana mereka akan tentunya memiliki saiz pergaulan sosial yang luas. Kemana sahaja mereka pergi, mereka akan mudah mendapat rakan baru. Dengan sikap mereka yang ringan tangan membantu hanya mulut mereka sahaja yang bagaikan murai itu, mereka akan dinanti nantikan oleh ramai orang (bukan peminat ya).

LUCU di sini bukanlah bermaksud badut. Ada yang lucu secara semulajadi kerana fizikal mereka, bahasa pilihan mereka, kepantasan reaksi mereka dan hal hal yang tidak ada pada manusia cis. TETAPI kamu janganlah berharap sifat lucu ini ada pada semua maknyah, ada yang pendiam dan berat untuk berinteraksi dengan orang yang tidak mereka kenali.

Lebih baik jadi LUCU daripada KEKWAT dibenci orang.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now