SHEMALE ALA ALA MALAYSIA?

292 3 0
                                    


Shemale (also known as she-male) is a term primarily used in to describe a with male and female, usually including from or use of . Many people regard the term shemale as offensive, arguing that it mocks or shows a lack of respect toward the and expression of transgender individuals; in this view, the term emphasizes the biological of a person and neglects their gender. Using the term shemale for a woman often implies that she is working in the porn industry. 

Kenalkan dengan terma tersebut. Ramai adik adik masih menggunakannya pada kenalan kenalan baru, "Yes, i am a shemale" kata mereka. (mungkin mereka benar benar shemale, atau mereka hanya keliru terma, tidaklah dapat dipastikan). Artikel ini tidak ada tujuan atau penghakiman benar salah tatacara hidup pilihan. Ambil perhatian.

Tidak lebih tidak kurang gabungan sifat jantan dan betina.  Mendengarnya membuatkan orang merasa individu tersebut Rakus dalam segment SEKS. Sudi pada aksi apa apa sahaja. Seksi dan sangat ultra feminine. (kita sudah tahu bukan apa itu kesan seks dan penampilan ultra feminin?). Jadi penulis secara peribadi berpendapat, Shemale dan Maknyah adalah dua identiti jantina yang berbeza sebenarnya.

Dalam buku Maknyah sudah dipaparkan jelas jelas, Maknyah adalah jiwa wanita yang sedang difemininkan lagi melalui proses proses HRT dan Feminization. Shemale juga melakukan proses yang sama, tetapi dengan tujuan untuk penampilan sahaja. (sedang para maknyah tidak mengemari gentalia mereka, Shemale sangat bangga dan menjaga aset mereka yang satu itu).

APA SHEMALE ALA ALA MALASYIA???

Sila ambil perhatian. Kita memahami SOGIE dan sangat menghormatinya.

Mereka para Shemale di Malaysia tidak mempunyai persatuan secara terbuka atau tersusun seperti para Maknyah Tegar. Masyarakat jadi keliru sambil melonggokkan para maknyah itu semua sama sahaja, asalkan memakai baju perempuan mereka juga adalah Shemale. Para Shemale sendiri mungkin tidak sedar bahawa mereka dan maknyah memiliki perjuangan yang tidak sama. Atau Maknyah juga mungkin keliru...owh kita harus menerima sesiapa sahaja yang berpakaian perempuan sebagai Maknyah. Ini harus difikirkan tentunya dalam skala yang lebih mendalam.

Sebelum diperkenalkan SOGIE. Kita hanya secara sipi sipi dalam jenaka mengidentitikan teman teman terdekat yang berbusana wanita. 

Oh! Dia Sheila...dia ratu APOM di kawasan ini.... 

Dia Linda... dia dulu pernah kawin tau...sekarang dia kerjanya apom jantan saja di lorong X

Ermmm...sedapnya mak tengok punggung jantan tu nok...rasa nak apom. Serius stim sangat.

Ada juga yang terjelir jelir lidah apabila melihat anak ikan atau apabila membicarakan tentang hal hal seksual di katil. Itu mungkin sifat peribadi, atau mereka merasakan ianya harus diluahkan sahaja pada sesiapa yang terdekat. Maknyah tegar merasa tidak selesa bila berbicara tentang hal ini. Maknyah tegar juga lambat laun akan jadi keliru tentang dunia Maknyah yang selama ini dirasakan sebagai Jiwa wanita yang terperangkap dalam badan lelaki.

Ada percanggahan di situ apabila membincangkan hal SHEMALE tegar dan Maknyah tegar. Tidak ada jawapan tepat dan sangat relatif situasinya. Di Malaysia penulis percaya semua sudah masuk dalam satu mangkuk yang besar. Hal ini penulis perhatikan sejak lama dahulu.

1. Shemale suka berbicara pada hal hal seks yang sedap nikmat. Mecintai aktiviti seks.

2. Gemar bergaya ala ala bintang PORNO apabila bergambar atau kalau ada pesta. Dada harus terbongkang luas dan seksi adalah nama ke dua mereka. ULTRA FEMININ pembangkit ghairah

3. Shemale akan menggerut dahi apabila ada teman teman mahu SRS. Mereka merasakan itu tidak masuk akal. Rugi kata mereka...(ditokok tambah dengan mitos mitos tentang SRS).

4. Apabila meluahkan pendapat para Shemale agak kasar bunyinya. Isu isu maknyah mereka anggap remeh. Play woman. tidak masuk akal dan selalunya akan berlalu sahaja dari kumpulan maknyah yang mereka rasa tidak sealiran. Play woman adalah hal yang ABSURD bagi mereka.

5. Ada yang sanggup melakukan hubungan seks dengan wanita kalau dibayar bagus. Ini bukan fenomena rekaan. (kebanyakan mereka lebih betah dalam industri seks secara online atau secara terbuka). namun begitu ada juga para Maknyah perkerja seks mengatakan mereka terpaksa melakukannya kerana itu adalah kerjaya.

Hal hal di atas adalah pandangan dan bukan penghakiman. Kita tidak mahu menilai orang, hanya mahu pelihat tahu ada perbezaan di sini antara maknyah dan shemale. Perselilihan pendapat apabila berkumpul boleh kita elakkan. Semua ini akan dapat kamu rasakan apabila berhimpun dalam suasana intimate dan berbual. Kita tertanya tanya kenapa kekasih beliau kelihatan seperti gayboy? Kita heran kenapa dia asyik berbicara tentang kebebasan aktiviti seks seperti orgy dan lain lain. Dalam berjenaka kita merasa tertinggal dan sangat kampungan pemikiran kita. 

Sekali dua melihat para shemale berdandan kita mungkin terpesona, cantik, bergaya, menarik dan seksi seperti simbol seks hollywood. Lama lama kita jadi tertanya tanya, apa dia sebenarnya? Kita tertanya tanya dalam hati, apa hala kemahuan dia berdandan sedemikian. Dan masuk pula hal hal maruah sejagat yang sudah kita cerna dalam pembentukan sosial. (sosial construct).

Tidak dapat lari. Masyarakat umum akan jadi keliru dan kabur. Bagi memudahkan segalanya kita longgokkan semua dalam kategori TRANSGENDER yang tetap ada pecahan pecahan penerangan yang juga menggelirukan.

Shemale ramai peminat. Itu adalah hal yang nyata dan jelas. Ramai manusia yang mencari kelaianan aktiviti seks akan memilih shemale. Shemale sendiri adalah mereka yang gemarkan seks dan sangat ADVENTUROUS apabila memasuki bab ini. Sekali diulangi, artikel ini tidak berniat mahu memandang rendah pada kaum Shemale, hanya bertujuan membentangkan perbezaan antara dua jenis manusia berpakaian perempuan. 

Maknyah tegar ciri cirinya sama seperti kemahuan wanita. Hanya kerana fizikal mereka dianggap berbeza mereka berjuang terus untuk mencari ruang. HRT, undang undang dan kebebasan mereka untuk bergerak (kerja, keluarga dan lain lain). Jelasnya ada perbezaan di sini kalau dilihat secara dalam. Maknyah yang terjun ke industri seks selalunya ingin keluar secepat mungkin kalau bernasib baik. Seks tidak akan dijadikan kerjaya yang panjang, Maknyah tegar mahu menjadi seperti wanita wanita biasa yang lain. Mereka juga ramai yang bergaya dan ramai juga hanya memilih untuk berpenampilan seperti wanita biasa.

Jadi di Malaysia, mahu tidak mahu para Shemale dan Maknyah tanpa disedari bercampur aduk. Ada yang bertemu dengan identiti seksual mereka, ada yang tidak bertemu langsung sehingga usia meningkat. Sedikit sebanyak ada pencanggahan pendapat tentang bagaimana hidup ini diteruskan. Ada yang berkempen untuk menJOTOS sahaja dubur dubur jantan nakal. Ada yang gemar dan berjuang sambil membanding banding perarakan jantina seperti di luar negara...ada yang gemar berpakaian seksi sebagai pameran... Semuanya akan dilonggok sebagai satu jantina, dengan kata kata pedih:

Maknyah...memang mereka begitu, suka perhatian, berpakaian menjolok mata etc.

Kita sudah membaca perihal SOGIE dan menghormati kemahuan masing masing. Sudah sampai masanya para Shemale dan Maknyah membuat penetapan secara peribadi, dan mula memahami tatacara hidup masing masing.

Kerana sudah memahami terma tersebut, Maknyah Tegar akan merasa kecil hati kalau dia dianggap Shemale. Ada juga lelaki yang meminati Shemale akan membuat anggapan rambang bahawa semua yang berpakaian wanita itu adalah shemale. Ada perkerja seks maknyah dimarahi kerana genetalia mereka tidak berfungsi. ada juga Maknyah yang sudah SRS dihina oleh lelaki jenis ini kerana rasa kecewa...

Jangan silap. Permintaan pada para Shemale adalah lebih memberansangkan di zaman ini berbanding Maknyah. Dalam paparan perniagaan mereka di online, para shemale harus menyatakan saiz genetalia mereka. Terdapat juga komen komen di situ tentang kegagalan tuan punya profile apabila beraksi setelah dibayar.

Sama seperti cisgender yang perahsia, sifat Shemale di Malaysia juga adalah rahsia. Mereka jadi tidak selesa mahu bercerita tentang orientasi seksual mereka. Sekali lagi kita harus melewati ruang SOGIE.

TEPUK DADA TANYA SELERA...kerana ada perbezaannya di sini.



BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now