TERCARI CARI KEKASIH

124 2 0
                                    

"Seronok tengok akak akak yang ada boyfriend, shuami ...rasa jeles sangat, kita tak cantik..gemok pulak tu," rungut Nyah.Lina

"Wow..sama cantik sama padan...bila agaknya akan aku temui jejaka?" Rungut Liza.nyah dalam hati

"Aku ingin yang macam itu juga...bila agaknya?" Terpejam mata sambil mendengar lagu nyanyian mendengar lagu Ziana Zon, hampir mengalir airmata.

Sama seperti para wanita cis, para maknyah mendambakan kasih sayang dari lelaki yang mereka suka. Katanya mahu berkongsi hidup, saling membelai, aku jaga kau, kau jaga aku. Ahhh...nikmatnya. Terlepas pandang pula drama drama rumahtangga mendatang, kerana fikiran dan mata asyik bertumpu pada keseronokkan berkasih. Jalan jalan shopping, pergi ke majlis berdua secocok sepadan dan makan makan di restaurant (tidak lupa juga selfie sewaktu percutian di negeri negeri eksotik). Telanlah air liur Tw yang sepi... mengenangkan nasib.

Bagaimana mendapatkan kasih/boyfriend?

1. Terpulang pada nasib untung yang ditentukan Tuhan.

2. Harus tinggal di tempat yang kondusif. (sewa rumah sendiri)

3. Harus berani untuk memulakan hubungan.

4. Adventurous dalam apa sahaja hal hal mendatang. Hadir di majlis majlis yang sesuai. Keluar.

5. melalui internet, walaupun ada yang mengatakan internet itu adalah illusi. Kamu tahu membezakan mana satu yang nyata

6. bersifat terbuka

Untung nasib semua manusia ditentukan oleh yang Esa, lainlah kalau kamu atheist. Lelaki di negara ini sudah dilingkungi oleh pembentukkan sosial yang parah. Takut dilihat bergandingan dengan Tw, malu kalau diketahui dia bertemankan Tw dan semuanya dihimpun sebagai hal hal rahsia dan boleh mencalarkan ego lelaki mereka. Calar ego mereka lambat laun akan memberi keharuan pada hidup kamu juga. Bertuah kalau kamu bertemu dengan kekasih yang tidak peduli pada sakit apa orang kata.

Selalunya Tw yang mudah mendapat kekasih adalah mereka yang keluar dari tempat tinggal yang sesak dari keluarga. Lelaki mana yang akan hadir dalam hidup kamu sekiranya kamu masih tinggal dengan struktur keluarga. Bayangkan 2 ibubapa, 4 adik beradik termasuk kamu, bila masa dia akan bertandang menemui kamu? Tinggal pula di kawasan yang seMelayu melayunya. Berdikari dalam suasana yang kondusif adalah essensial bagi para Transwoman.

Cinta kasih dalam hidup maknyah bermula dengan keselesaan. Rumah yang selesa, tiada gangguan teman serumah, jiran yang kepohchi dan dia merasa bebas tanpa rasa ragu atau takut. Jangan ditanya mengapa, renung kembali pada social construct yang sudah lama terbina. Kalau kamu gay ianya berbeza, orang tidak akan kata apa apa. Harus ingat kamu Tw yang sudah berfizikal wanita dan dia adalah lelaki. Penghakiman tidak akan terlepas.

Sebagai Tw kamu harus berani kalau mahukan kekasih. Takut takut di peringkat awal akan memusnahkan cubaan perhubungan. Risiko harus diambil. Kamu yang terlalu banyak berfikir akan tertanya tanya... kenapa dia selesa dengan kamu, sudah ramai perempuan kenapa kamu? Adakah dia jenis yang suka pada semua maknyah? Bolehkah dia memenuhi kehendak kamu? apakah dia lelaki jenis apom? Secara peribadi penulis berpendapat, hubungan lelaki dan Tw hanyalah untuk mereka yang BERANI sahaja. Harapan para Tw haruslah berpada pada.

Apakah persediaan fizikal untuk mendapatkan kekasih? 

1. Tidak ada hal yang khusus dan jawapan tidak akan pernah tepat.

2. Perlukah kamu menjadi lebih feminin? Selalunya ya...

3. harus pandai menguruskan tugas di dapur dan kerja kerja rumah?

4. SRS demi untuk merasakan lengkap dengan dia?

5. bersedia untuk tampil bersama di majlis majlis keluarga mana mana pihak?

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now