MUKHANNAS DAN MUKHANNATHUN

30 2 0
                                    

Kalau kita perhatikan, istilah "mukhannathun" terdapat dalam Hadis sahih untuk merujuk kepada golongan transgender iaitu individu yang lahir dengan alat kelamin (identiti seks) lelaki tetapi memiliki sepenuhnya identiti gender wanita.

Dinyatakan dengan jelas bahawa jika keadaan "mukhannathun" (transgender) itu wujud sejak kecil (kanak-kanak), maka individu terbabit tidak perlu rasa bersalah atau malu dengan keadaan dirinya.

Menurut Hadis, "mukhannathun" atau "mukhannas" adalah seorang individu (lelaki) yang menyerupai wanita. Ada dua jenis "mukhannathun" dirujuk di mana salah satu adalah lelaki (identiti seks) yang benar-benar memiliki identiti gender wanita dan mempunyai adab serta tingkah-laku yang sama seperti wanita secara semula jadi (bukan dibuat-buat).

Ternyata Hadis itu merujuk kepada golongan transgender. Dinyatakan secara jelas bahawa golongan itu tidak berdosa selagi mereka tidak melakukan perzinaan, dosa dan maksiat. Hukum terhadap zina, dosa dan maksiat itu sama juga bagi golongan heteroseksual.

Apa yang ditegah dalam agama Islam, Quran dan Hadis adalah apabila seorang individu dengan identiti gender lelaki dan identiti seks lelaki – iaitu "lelaki sejati" – mahu mengubah keadaan itu. Di sinilah muncul kelompok lelaki yang suka berpakaian seperti wanita (cross-dressing) walaupun mereka bukannya transgender.

Malangnya, akibat kejahilan dan kerana tidak cukup maklumat serta pengetahuan, pihak tertentu menganggap transgender sama dengan cross-dresser. Akibatnya, golongan transgender yang tidak berdosa selalu menjadi mangsa.

  Saya berharap penindasan berikutan kejahilan seperti ini akan berakhir. Masyarakat dan pihak berkuasa perlu diberikan maklumat tepat dan benar mengenai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan transgender. 

Nota: Petikan dari bual bicara antara Sharan Suresh dan Uthaya Shankar. 

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now