MAKNYAH BIMBO

88 2 0
                                    


Huh? Apa tu? What Bimbo?

www.dictionary.com/browse/bimboa foolish, stupid, or inept person. 2. a man or fellow, often a disreputable or contemptible one. 3. an attractive but stupid young woman, especially one with loose morals.


Dalam Buku Maknyah terbitan Terfaktab Zine ada disentuh tentang PROGRAM SUNDAL CIPTAAN MAKNYAH. Bab tersebut menekankan bahawa hidup sebagai Transwoman bukanlah hanya berkisar pada kecantikan dan penampilan. Tidak juga hanya tentang hal hal ratu ratuan dan pakaian yang gah menarik. Hidup Transwoman adalah lebih dari itu.

Memasuki alaf baru, dugaan dan halangan para transwoman menjadi semakin sengit. Negara yang tanpa semena mena menjadi lebih islamik, akan memberi tekanan pada kita semua pastinya. Tekanan dari pihak cisgender yang semakin membimbangkan. Sosial media ada waktunya mengambarkan Maknyah sebagai lambang bimbo. Liuk lentuk seksi mereka. Kapsyen kapsyen dunggu mereka diperhatikan secara diam diam. 

Lucu pada sesetengah orang, namun aneh pelik bagi sesetengah orang lain yang akan terus melabelkan mereka sebagai BIMBO dan tidak bermaruah. Ini belum lagi media media perdana yang sering menggambarkan transwoman sebagai PELAHAP ZAKAR. 

Apa betul wujudnya sifat BIMBO dikalangan para maknyah?

Sama seperti wanita cis, sifat ini adalah dalam kategori mana mana jantina. Paling menggejutkan bila kita dapati ramai transwoman yang jatuh dalam kategori ini. Kerana ini adalah hal maruah dan pembentukan sosial negara, kita kerana merasa serba salah dan kasihan memilih untuk tidak berterus terang kerana mahu menjaga hati mereka. Bukan semua, tetapi ramai.

Apa yang membuatkan mereka tampil begitu?

Mungkin kerana sepanjang menjalani kehidupan maknyah mereka lebih bertumpu pada pertumbuhan fizikal sahaja. Harus ingat, ramai maknyah memulakan kehidupan sebenar mereka lewat dalam hidup. Tidak ramai yang menjalani kehidupan maknyah di usia 15 ke bawah.

Saya kurang pasti BIMBO itu fizikal sahaja atau apa?

Merangkumi semua. Penampilan dan gerak laku. Juga melibatkan pengetahuan yang sedia ada dalam diri mereka. Ada yang berbunyi dangkal, gatal, mengoda dan lain lain sifat negatif yang kita sedia maklum. Adakalanya ia dianggap lucu oleh orangramai.

Apakah hala tuju mereka para BIMBO maknyah?

1. mencari jalan supaya tampil ULTRA FEMININE (menarik perhatian, jelita dan seksi)

2. hidup dalam suasana yang bergemerlapan (itu yang dibayangkan awal awal)

3. berusaha keras demi kecantikan fizikal (semua orang mahu cantik, mereka lebih lebih lagi)

4. mendapatkan pasangan yang kaya raya dan hidup mewah. (apa salahnya)

5. akan ditatang kerana kecantikan mereka (at least that is what they think)

Adakah ianya kesalahan?

TIDAK. Namun ianya akan memberi kesan, kerana masyarakat tidak akan mengambil serius pada kelaku dan kata kata mereka. Mereka akan dianggap sebagai sesuatu yang lucu. Mereka akan mengalami kesukaran apabila memberi penerangan secara peribadi bila diasak dengan soalan soalan tentang kehidupan yang lebih mendalam.

Siapakah idola mereka selalunya?

Bintang bintang POP dan personaliti yang cantik jelita seksi selalunya. Pemeran pemeran watak yang OTT dan hal hal budaya POP  menawan hati. Itu semua akan mereka adaptasi dalam kehidupan seharian. Jangan tidak tahu ada para Transwoman yang hidup dalam khayalan bertahun tahun dan menganggap diri mereka bintang glamor. Ada yang meniru bulat bulat bintang pujaan mereka semampu mungkin.

Mereka akan lebih tertawan pada personaliti personaliti yang seksi dan menggoda selalunya. Macam macam tapi harus ada kelas tersendiri...Maddona? Raquel welch? Model model antarabangsa dan kalau yang berbentuk Bimbo Desa akan memilih bintang bintang tempatan. Siti Liza, Ning Baizura atau Ziana Zain.

Mengapa sifat BIMBO ini membimbangkan?

Kita tidak risaukan pada kecantikan dan sinar glamor mereka. Kita cuma risaukan tentang Pembangunan Mental mereka. Mereka harus peka pada pergolakan negara sendiri. Kedudukan para Transwoman dalam masyarakat yang masih goyah. Tumpuan pada tahap kesejahteraan kesihatan mereka tentang HRT dan Proses proses femininzation wajah dan badan mereka.

Keghairahan mereka adakalanya membimbangkan apabila masuk pada hal hal pembedahan, suntikan dan amalan amalan ingin cantik secara keterlaluan. 

Kita juga takut mereka memberi keterangan yang silap pada media seraya memberi tanggapan yang silap terhadap cara hidup komuniti yang kecil ini. Hal hal bimbo ditemuramah sudah pernah terjadi sejak tahun 80an sehingga kini.  Kita juga takut, kalau kalau mereka dianggap sebagai wakil pada golongan tranwoman yang rata rata hidup biasa biasa sahaja.

(sila rujuk pada bab Maknyah dan Media dalam buku Maknyah).

Jadi apa saranan kamu pada mereka? Apakah kamu menentang sifat Bimbo?

Saya percaya pada kebebasan cara hidup manusia. Tidak ada sebab saya mahu menentang cara hidup mereka. Bagi saya manusia boleh memilih apa sahaja rentak hidup yang mereka rasakan sesuai. Cuma apabila masuk dalam hal hal yang penting dan serius, saya ingin menyarankan semua tidak kira bimbo atau tidak supaya melengkapkan diri mereka dengan ilmu Transwoman. Agar mereka tidak kelihatan atau berbunyi canggung apabila ditanya tentang LGBT? Transisi? HRT? Enakmen enakmen syariah? Bagaimana mahu menyelinap masuk dalam golongan cisgender? Bagaimana mahu mempertahankan diri? Apakah senjata ilmu yang mereka ada? 

Tidak kira Bimbo atau tidak, mereka harus tampil bersedia untuk menghadapi cabaran hidup yang akan datang.

Apa yang extra ingin kamu kongsikan bersama kami?

Bimbo wujud dalam semua jantina. Selalu digambarkan sebagai badut dalam filem filem. Para transwoman tidak tahu kenapa secara azali tertarik pada hal hal bersinar. Mereka mahu tampil jelita sama seperti wanita yang lain. Secara tidak langsung, saya mengatakan Imej Bimbo tidak mengapa tetapi minda mereka TIDAK BOLEH BIMBO.

Ada disebut tadi tentang ULTRA FEMININE. Jelaskan please...

itu adalah sifat luaran yang digemari oleh ramai lelaki. Mana ada lelaki yang tidak suka pada wanita yang tampil cantik, seksi dan berdandan rapi. Ultra feminine adalah imejan imejan yang terbentuk akibat pengaruh filem filem dan persekitaran. Rambut yang disisir rapi, kasut tinggi, garter belt, dada yang montok, bibir yang bak delima merekah, bahagian bahagian badan yang terdedah seksi dan bercakap dalam nada menggoda. Selalunya berkait rapat dengan hal hal kemahuan seksual.

Para transwoman awal awal lagi sudah membeli nilai tersebut. Saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya secara terperinci. Jangan tidak tahu, itu yang membuatkan ramai lelaki terpikat pada mereka. Sehinggakan wanita cisgender yang berdandan rapi juga mereka akan tertanya tanya adakah dia maknyah? Ini melibatkan identity gender dan ekspresi diri sebenarnya. (ada disentuh dalam bab bab awal buku maknyah SOGIE).

Sebarang tambahan tentang fenomena Bimbo di kalangan Transwoman?

Owh! kalau sekadar imej diri dan ekspressi diri tidak menjadi hal. Mereka harus tahu majlis apa yang mereka hadiri. Para transwoman selalunya bersedia untuk berdandan mengikut tema majlis, walau ke majlis keagamaan sekalipun.

Penerangan tentang BIMBO yang berambut perang, bergaya seksi menggoda itu adalah subjektif dan tidak boleh diguna pakai lagi. Manusia harus dinilai dari apa yang keluar dari mulut mereka dan gerak geri mereka. Jadi untuk menepis persoalan Bimbo di kalangan Transwoman, kita menyarankan setiap maknyah mendapatkan ilmu hidup sebagai maknyah, bukan sahaja ilmu hidup maknyah, mereka juga harus tahu apa isu semasa dunia, harus bijak memberi pendapat, kekal bersopan dan yakin apabila berhubung dengan sesiapa sekali pun tanpa mengira pangkat, darjat atau jantina.

Terima kasih

Terima kasih kembali. Assalamualaikum.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now