20 SIFAT TERKUTUK TRANSGENDER

42 0 0
                                    

20 SIFAT TERKUTUK TRANSGENDER

Bawaan diri, khilaf, jenayah, cercaan atau silap cara jika dilakukan oleh golongan Transgender akan menjadi sensasi, cepat tular, menjadi bahan dan mendapat tumpu. Memasuki era baharu, para Mak Nyah@Transnita@tranwoman@transgender M to F harus menjadi lebih peka.

1. Tidak berusaha untuk mendekati komuniti dan mendapatkan penjelasan tentang apa apa sahaja. Memberi pelbagai alasan.

2. Membawa diri sebagai perempuan cisgender dan mencari helah untuk mengaku diri transgender. Ada urusan mental di sini. "Sorry mak tak campur, memenatkan you... mak pompuan!"

3. Memberikan info penuh yakin tentang HRT, kekal dengan mitos dan mengutuk nasihat yang hadir dari perkongsian lain atas alasan pakar tersebut tidak meletop rupa paras.

4. Menentang perjuangan komuniti trans dengan alasan alasan Islami dan Politik. Sedangkan diri? Melihat perjuangan sebagai sia sia dan menghasut rakan rakan lain dalam pelbagai medium.

5. Menghasut komuniti agar tidak ikut serta kegiatan NGO dan jabatan penting atas alasan peribadi dan yang paling mudah: Tiada jaminan kewangan atau pembela ketika ditangkap – apa yang engkau dapat?

6. Menjadikan diri BONEKA pada jabatan apa sahaja untuk menghasut komuniti agar INSOF. (imbuhan atau elaun peribadi tidak dijelaskan – diam). Marah bila ada penjelasan tentang KPI jabatan dan niat orang mahu menukar cara hidup para transgender.

7. Membandingkan diri yang beruntung dengan komuniti yang kurang bernasib baik: Rupa paras, jawatan, cara hidup dan pencapaian: (e.g – perkongsian video aib komuniti dalam apa cara sekalipun - walau untuk jenaka). E.g: at least I tak jual jubo! (dalam sedar ataupun bila marah/jenaka dll)

8. Sering melihat diri sebagai berbeza dari trans lain. Bukan itu sahaja disuarakan dengan dangkal sekali hingga mengecilkan hati komuniti. Ada sejenis perasaan di situ, kerana bersaing dalam komuniti kecil dan terpinggir. Sifat dominan tidak bertempat!

9. Ketaksuban pada apa apa sahaja hingga menjejaskan hubungan sesama komuniti (dadah, artis, politik dan sosial). Sekali sekali mungkin boleh, tetapi kalau keterlaluan boleh meretakkan siratulrahmi komuniti. Kemarahan pada pengamal agama dilampiaskan dengan cara tidak cerdik di medsos?

10. Bertumpu pada SEKS secara ketelaluan. Hingga tampil bagaikan manusia nympho. (video, pakaian, kata kata hingga paparan diri). Bukan itu sahaja akhirnya difikirnya bahawa semua kehidupan para trans memang begitu. Ditekankan bahawa ia normal.

11. Memberikan tempoh hidup sebagai Mak Nyah dengan penuh keyakinan bagaikan jiwa trans itu seperti ada TARIKH LUPUS. "masa mude kite suker suker jer wak...."

12. Tidak menghormati majlis: hadir dengan busana lucah, provokasi dari segi lingo dan gerak sifat yang mampu meberikan impak buruk. Mencuri perhatian secara melampau dalam keramaian.

13. Benci pada perempuan cisgender secara keterlaluan hingga segalanya dipukul rata (ini akan mematikan jiwa kerana kita hadir dari rahim dan vagina perempuan). Syak wasangka yang menjadi jadi. Bukan semua perempuan cis anti transgender.

14. Terbeli UMPAN MEDIA hanya kerana difikirkan bahawa diri akan jadi jauh lebih glamer.

15. Menolak sebarang usul trangender muda hanya kerana usia dan menggunakan kuasa sebagai Mak Ayam. Sepatutnya suara trans muda harus didengari dahulu... (vice versa kejadiannya)

16. Bungkam, sepi, tertekan hanya kerana merasakan diri tidak sempurna seperti transgender lain. Sedangkan sudah banyak diutarakan tentang maksud kesempurnaan. (sosial konstruk peribadi yang harus dibaiki). – tidak mencari solusi.

17. Terperangkap dalam sistem lama (terutamanya Mak Nyah berusia). Mak Nyah harus cantik, masuk ratu, berlaki, kikis duit jantan, berbomoh naik seri, telan hormon, jadi perempuan.

18. Tidak berusaha untuk jalinan hubungan yang baik dengan segala lapisan masyarakat. – memilih, bosan, dendam kesumat dan sentiasa dalam ruang keMARAHan.

19. Berterusan menghina Pekerja Seks dengan apa sahaja alasan.

20. Menyalahgunakan apa sahaja: termasuk DADAH atau manusia lain di sekeliling. Menggunakan lesen sebagai Mak Nyah untuk tidak bersopan dan melakukan kegiatan kegiatan yang salah disisi undang undang. Berseteru dengan agama, masyarakat secara random.

Mak Nyah di alaf baharu harus bijak mencari jalan tengah. Kemarahan dan kekeliruan akibat jalur politik, agama, salah faham masyarakat akan sering terjadi. Berperisaikan pengetahuan dan pencerahan dari waktu ke waktu akan menjadikan kamu Mak Nyah yang progresif dan maju. Tampil tenang, tidak menghabiskan airliur untuk debat yang merugikan.

Seperti biasa kamu harus bersedia dan mampu:

"Ya, saya pondan, encik ada apa apa yang mahu ditanya?" soalan balik pada mereka yang cuba menghina/menjerat/teruja pada kewujudan  kamu.

Kenapa?

Kerana kamu sudah bersedia untuk menjelaskan apakah itu SOGIE, laras kerpecayaan, pendirian sebagai Transnita, hak hak sebagai warganegara, tenang bercerita tentang spektrum indenti dan orientasi seksual. Begitu juga dengan kedekatan permasalahan HIV dan Aids yang diasiosasi berkurun lama dengan para transgender M to F. Mukhanas dan mukhanaton? Sejarah manusia transgender?

Manusia tanpa mengira samada kamu cisgender atau tidak, dikurniakan deria yang membolehkan mereka membuat penghakiman peribadi yang akhirnya mengakibatkan:

1. Hormat

2. Percaya

3. Kesediaan telinga mendengar

4. Membuahkan toleransi hidup

Seperti biasa, penerimaan adalah kata yang besar dan tidak mampu dipaksa paksa. Dalam dunia yang luas ini kita semua harus melihat pada makna kata sebenar SEJAHTERA dalam makna yang lebih luas.

Transgender harus saling mendukung.

Berbicara tentang seksualiti, ibubapa, LGBTQ bersama teman teman sewaktu GTLF2018 di Pulau Pinang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berbicara tentang seksualiti, ibubapa, LGBTQ bersama teman teman sewaktu GTLF2018 di Pulau Pinang.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now