JAWI DAN MAJLIS TERTUTUP RATU MAKNYAH

73 5 2
                                    

MISS WORLD 2016

3/April/2016

Sepagi sibuk kami berlatih di dewan Hotel Renaisanne.  Cara berjalan, memberi hadiah, pusingan itu dan ini... Ira Sophia mahu meraikan teman teman makan malam. Mama dihubungi awal awal lagi untuk menjadi pengacara. Mama bersetuju kerana ini majlis maknyah. 

Kenapa ratu maknyah? 

Apa lagi hiburan kami? inilah sahaja cara kami untuk bersosial sesama teman teman maknyah dan LGBT yang lain. Dari sini para ahli jawatan kuasa majlis yang muda mudah diharapkan dapat belajar cara pengurusan majlis dan dapat digunakan sebagai kerjaya nanti. Kerja pentas, kerja susunan dan kerja kerja remeh menjalankan majlis, sistem bunyi (termasuklah majlis perkahwinan). Atas dasar itu mama jarang menolak bila dipanggil untuk membantu.

Majlis harus lancar dan tidak lucah, selalunya mereka yang menjemput mama mahukan hal tersebut. Pertandingan ratu olok olok mewakili negara negara di dunia itu memang menghiburkan kami. Kalau diikutkan hati memang mama tidak mahu lagi mengacarakan majlis ratu, biarlah yang muda muda mengambil alih. Mama sudah mengguruskan ratu betul dan ratu olok olok sejak tahun 90an. Bosan, mama kalau boleh mahu pergi dan menikmati makan malam sebegitu, jadi juri pun mama tak mahu lagi.

Setelah persiapan dibuat, majlis pun bermula. Lancar dan menarik sangat, ada show lucu ada show nyanyian...sebaik sahaja mengumumkan TOP 16, kelihatan adik adik bertempiaran lari...mama melihat dan sudah tahu itulah dia serangan orang orang JAWI. Mereka merempuh masuk tanpa diundang. Ada adik adik yang jatuh, ada yang ketakutan. Ketua pegawai itu dengan beraninya naik ke pentas untuk meminta semua dihentikan. 

Kebetulan, majlis ini yang berbentuk amal dan sosial ada kehadiran NGO. Maka kedengaranlah perang mulut antara Peguam dan Pegawai JAWI yang lebih dari 20 orang mengawal tempat keluar dan menerpa masuk ke belakang pentas dan di seluruh dewan dan pintu keluar...sungguh lancang mulut mereka. Peguam Siti Kassim berulang kali menjerit meminta mereka menunjukkan warrant tangkap dan bertanya mana dia POLIS? itu adalah urutan sekiranya membuat serbuan.

Hampir sejam perang mulut antara mereka berlangsung. Mama yang agak berdebar hanya duduk di tepi melihat semua proses. Mama hanya memakain kaftan makcik makcik menukarkan kepada pakaian biasa. Mama mahu perhatikan sifat orang orang JAWI. Mereka memang jahat, kasar dan hidup hanya dengan pemikiran mereka. Teguran dari pegawai wanita yang cuba berbual mama buat tidak tahu sahaja. HUKUM katanya kepada kami. Kami diam seperti patung, kerana masih lagi mahu melihat perkembangan di hadapan pentas antara Siti Kassim dan Ketua JAWI.

Mungkin kerana merasa lemah, mereka perlahan lanan membenarkan kami keluar dari dewan, kami masih menanti mahu tahu apa sebenarnya yang akan belaku... Mama pulang dengan hati yang keciwa dan sebal. Mama marah apabila ada manusia mahu menjadi tuhan dan tidak sopan dalam menghadapi manusia yang lain.

Lapuran kisah sebenar boleh kamu baca di wall Siti Kassim. Beliau akan menyaman JAWI kalau perlu. Ini baru buku bertemu ruas. Manakala Ira Sofia ditahan sehingga malam 4/4/2016.

Hal hal tangkapan ini sebenarnya sangat menyusahkan. Mereka orang orang JAWI semakin naik minyak/lemak kalau dibiarkan lama lama. Sifat fascist ini akan mereka teruskan apabila merasakan mereka itu sangat BERKUASA...ini antara sebab sebabnya ramai adik adik memilih jalan untuk pindah negara dan murtad sahaja. Orang orang sebegini tidak ada belas kasihan.

Berita sebegini amat menggembirakan mereka dan media media kampungan. Jualan akhbar akan laris...kalau para maknyah didenda 'revenue' mereka akan bertambah $$$$. Sungguh aneh. 

Ini kali PERTAMA mama berhadapan dengan kejadian sebegini, mama tidak takut, hanya terfikir tentang siapa mahu menjamin? Bagaimana dengan tiket perjalanan mahu pulang esok? Apa yang mereka ada dalam fikiran? Kasihan pada adik adik yang berusaha dan penganjur yang berhabisan wang mahu membuat majlis amal dengan teman teman.

Mama pulang ke Pulau Pinang dengan hati yang sangat kecewa, istihgfar mama bila hati mama marah marah mengatakan mereka orang orang JAWI adalah BINATANG bertopengkan agama!!!

Sambil sambil mendoakan setiap satu mereka akan dikurniakan anak maknyah atau LGBT demi sifat dan lagak mereka. Insyaallah.

Tunggulah saat saat duka itu ya....

*INI ADALAH SAKIT MANUSIA apabila berkuasa, merasa diri alim ulama, lupa acuan mereka tidak sama dengan orang lain...semoga mereka dibukakan minda fikir suatu hari nanti.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now