MAK NYAH BERURUSAN DENGAN CROSSDRESSER

159 0 0
                                    


CROSSDRESSER bukan  Mak Nyah. Kita singkatkan mereka sebagai CD dalam artikel ini. CD dianggap sebagai kecelaruan imej naluri diri. Lelaki yang berpakaian wanita untuk tujuan pementasan, pertunjukan, badut badutan, syahwat peribadi dan BUKAN berpakaian wanita 24/7. Ada yang berkahwin secara biasa dengan wanita cis.

Sering saya mempermudahkan pemahaman pembaca dengan membariskan semua pelakon pelakon yang berpakaian wanita hanya untuk filem, drama atau pentas. (Pelakon untuk watak tertentu, manakala ada CD menjurus pada sejenis kepuasan dalam hati) Supaya lebih mudah dimengerti. Di luar kehidupan biasa, ramai CD yang hanya mahu bergaya, berkumpul dan berswafoto suka suka selaras zaman. Selalunya para CD mempunyai akses kewangan yang kukuh, bekerjaya dan hanya berpakaian wanita sekali sekala tanpa tujuan menggoda lelaki atau tujuan seks. Berpakaian lengkap sebagai perempuan bagi mereka adalah kepuasan. Boleh dianggap sebagai sejenis fetish manusia yang telah wujud sejak zaman berzaman.

Jangan tidak tahu, ada CD yang akan mencapai klimaks hanya kerana mengenakan seluar dalam perempuan atau setelah berdandan lengkap sebagai wanita. (Tidaklah kita mampu membayangkan secara tepat suasana sebenarnya yang digambarkan di minda mereka ketika itu)

CD bergaya dan berdandan tanpa bantuan HRT (Hormone Replacement Theraphy), selalunya  tanpa pembedahan pembedahan kecil atau major untuk tujuan feminiti. Terkini mereka menggunakan segala kemudahan kecantikan yang ada: Pad dada dan pinggul serta kelengkapan busana perempuan yang terpilih.

Nah, di sini akan bertembung satu kekeliruan lagi. 

Oleh kerana tidak tahu bagaimana untuk bersosial, ada di kalangan mereka terjebak buat seketika dalam dunia transwoman/transnita. CD yang dari pendalaman dan tidak mendapat informasi lengkap tentang seksualiti mengambil jalan mudah untuk menyusup masuk dalam dunia Transnita memikirkan hidup akan jadi lebih meriah. Ada yang keluar masuk dalam dunia Mak Nyah. Namun bagi yang menjawat jawatan bagus, kegiatan crossdress dilakukan sekali sekala bersama teman teman atau bersendirian secara rahsia. (Kamu pernah menonton video video parodi mereka di medsos, dari waktu ke waktu, mereka akan tampil ke publik bila diwawancara. Selalunya menyatakan bahawa mereka adalah lelaki sejati)

Penulis tidak berani mahu mengatakan ini adalah sejenis bentuk fetish atau apa. Kerana tidak mahu menghakim. Apabila CD berpeluang untuk berbusana perempuan, mereka akan cuba melakukan sebaik mungkin. Mereka akan dilatih oleh teman teman CD senior atau kenalan transnita supaya lebih teliti. Rambut palsu terbaik, solekan hebat, span dada dan pinggul yang teratur. Ada waktunya tampil lebih siap dan hebat berbanding para Transnita asli, dewasa ini di Malaysia, ramai yang memakai tudung lengkap (busana Muslimah terkini) sebagai busana pilihan. (Bertudung dan bergaya dengan baju melekap adalah pilihan mereka). Ada sejenis kepuasan di situ.

Sepanjang  pemerhatian di medsos, pernah dilihat dua tiga yang keluar masuk dalam dunia Mak Nyah. Jika mereka keluar dan berpakaian lelaki atas dasar insof kita mampu mengerti. Ada yang keluar dan tanpa tanggungjawab mula memberi terma terma yang silap, pandangan tentang seksualiti yang tidak tepat berlandaskan pemahaman peribadi mereka, mangsanya adalah para transnita tegar. Ini yang mungkin dikatakan CD enam bulan enam bulan. CD yang didorong oleh naluri dan kecelaruan, tidaklah jadi berbahaya pada komuniti transnita TETAPI merbahaya kerana mengelirukan pemahaman masyarakat tentang dunia Mak Nyah. Mereka diharapkan tidak sedap-sedap berbicara tentang dunia transnita tegar. Informasi dari mereka tentulah tidak adil,  apatah lagi bila tampil di media memberikan keterangan yang silap tentang dunia Transnita.

Begitu majunya dunia, kalau suatu ketika dahulu di tahun 80an para CD hanya berkumpul senyap senyap untuk parti dan pesta di luar negara, kini para CD di Malaysia semakin berani. CD bukanlah satu fenomena baharu. Di negara barat mereka mempunyai majalah sendiri. Gemar mempamerkan proses 'before and after' dan bahagia memperlihatkan transformasi  dan bagi yang berkahwin mereka memilih wanita cis. Ada wanita cis di luar negara yang okay dan tidak kisah dengan suami yang hidup sebagai CD. Namun begitu  masih ramai CD yang berahsia pada sang isteri. (dual-life)

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now