DULU DIA SIAPA EK?

77 1 2
                                    


Transwoman ada dalam kelompok masyarakat. Negara ini tidaklah seburuk negara negara lain di mana para Transwoman harus hidup sebagai KERA SUMBANG. Melihat Transwoman, siapa yang tidak teruja? 

Kita mahu tahu secara sipi sipi, bagaimana dia sewaktu masih lagi kanak kanak lelaki? Sekolah mana agaknya dia tamat belajar? Bagaimana rupa paras dia sewaktu dia masih berpakaian lelaki. Kita jadi teruja bukan? Kad Pengenalan dia bagaimana? Deria sebegini adalah biasa, samada kita berbicara secara terbuka atau kita diam diam sahaja. Ada yang pergi lebih jauh lagi di zaman media sosial, mereka punya lebih waktu untuk menjadi penyiasat persendirian. Maka dibongkar segala gambar gambar lama dari laman "Friends of Friends". Bukankah di Medsos ada semua butiran? 

Ada Transwoman yang mampu untuk mentertawakan hal ini kerana dia sudah memasuki fasa hidup, 'i don;t give a hoot!" ada juga yang akan mengalami depresi, ada yang marah marah dengan makian, ada yang merajuk dan berkesumat nanti. Manusia tidak pernah sama tahap rajuk, kecewa dan kecil hati. Adakah si Tukang Siasat itu mendapat KENIKMATAN penuh setelah berjaya membongkar? Apa agaknya misi kepuasan beliau? Adakah dia akan dikurniakan darjah kebesaran setelah berjaya membongkar sejarah lama si Transwoman?

Kita yang waras dan berbudi bahasa merasa sedikit PELIK.

1. Adakah ada sebarang rasa dendam terhadap si Transwoman?

2. Apakah dalam diam ada rasa dengki melihat orang lain bahagia?

3. Adakah penyiasat merasakan dia sudah menjalani tugas sebagai penyelamat dunia?

4. Mungkin ada unsur unsur cemburu, kerana Transwoman itu mudah memikat jejaka?

5. Penyiasat mungkin cetek akal, merasakan pembongkaran itu adalah kejayaan.

SIAPA TUKANG BONGKAR AIB? 

Ada Transwoman yang selesa, dia membongkar sendiri untuk paparan umum. Sengaja diletakkan butiran butiran awal, manalah tahu kalau dia terkenal nanti semua boleh digunakan sebagai bukti di Media. Ya mereka jenis ini ada. Selalunya mereka ini terdiri dari yang keliru samada dia transwoman atau transvestite atau shemale. Mereka suka hal hal before and after.

Dua tiga kejadian di Medsos di tahun kebelakangan ini melibatkan penjawat awam yang menjadi ghairah apabila berhadapan dengan transwoman sewaktu mereka mendaftar diri untuk hal hal perniagaan, lapuran polis dan sebarang butiran yang perlu diserahkan di kaunter perkhidmatan. Penuh ghairah dia akan membuat postingan berbunyi, "Hati hati sebelum mengurat, minta kad pengenalan dahulu," dilampirkan 2 gambar kad pengenalan wajah dan butiran nama... Selepas itu apa agaknya perasaan dirinya? Mungkin akan beranjak pada hal hal aib lain?

Ada juga dilakukan oleh para Transwoman kurang akal yang masih terkial kial mencari diri dan mahu berjenaka sesama teman. Ya, ada... golongan sebegini memerlukan bantuan identiti dan tahap pemahaman hidup sebagai Transwoman.

Teman teman sekolah lama juga ada peranan dalam hal ini. Demi nostalgia selalunya menjadi alasan. Begitu juga dengan ahli keluarga yang tidak sensitif lewat Medsos yang mahu berkongsi gambar gambar lama... maka tertanya tanyalah peminat mereka... "siapa tu? hey! yang tepi itu adalah Farah...ya Farah yang korang tengok gebu gebas sekarang....". Naik lagi satu tahap bahagia si tukang muatnaik.

TAHAP SEDIA PARA TRANSWOMAN 

Ada yang tidak peduli. Ada yang sudah mangli. Ada yang sudah tahu ini semua akan suatu hari terjadi. Namun begitu, ianya masih sesuatu yang tidak sopan dan tidak enak untuk dihadapi.

Maka ada yang mampu menangani ini semua dengan 'sentuhan jenaka' sense of humor yang bagus. Dalam hati Allah sahaja yang tahu. 

Ada yang sentap dan mengamuk di dinding medsos. Sehingga menarik perhatian pembaca yang lain, tambah parah dikongsi pula oleh pemilik portal sensasi sedia ada. Alangkah sedihnya apabila peribadi menjadi trending dan bahan lucu dan hencapan manusia manusia sedia ada, termasuk kaum LGBTQ yang ada waktunya tidak sensitif langsung pada kejadian diri mereka. Kita anggap itu adalah jenaka, sama seperti dubsmash gila perhatian berpakaian perempuan  yang sedia ada. Kasihan.

Kebanyakannya tidak mampu untuk menghadapi risiko ini. Kamu harus tahu bagaimana mereka berhempas pulas dalam menangani hidup sebagai TRANSGENDER. Ianya bukanlah laluan yang semudah ABC. Ada banyak pengorbanan yang sudah dilalui termasuk mematikan nama asal dan jantina asal demi kebahagiaan hidup di masa akan datang. Ada kesan psikoloji di situ. Ianya bukanlah sesuatu yang membanggakan. Sama sahaja kesannya jika penyiasat beria ia menyiasat latar belakang cisgender yang bersejarah BURUK. Perasaannya sama, sedangkan masing masing mahu membentuk hidup baharu yang lebih bermakna. 

Jadi apa langkah yang harus kamu lakukan?

1. Tidak menganggap hal hal bongkar jantina sebelumnya sebagai jenaka

2. Sedar bahawa setiap manusia ada sejarah sejarah bodoh dalam hidup

3. Tidak melatih diri untuk menikmati kisah kisah AIB manusia lain

4. Membentuk pemahaman tentang JANTINA manusia ke tahap lebih tinggi.

5. Menghentikan awal awal sekiranya dibangkitkan lawak jenaka tentang jantina manusia.

6. Bertoleransi semasa bernafas bahawa lain orang lain cara hidupnya

7. Mematikan persoalan tentang seksualiti orang dengan ekspresi 'TAK SANGKA YA?"

8. Anggapan tentang apa sahaja yang tidak sama (binari) adalah salah dan neraka. Kamu siapa?

9. Kukuhkan pengetahuan tentang KEKUASAAN MAHA ESA. Dia akan menjadikan apa sahaja.

10. Berbudi bahasa mudah asas yakni HORMAT MENGHORMATI MANUSIA seadanya, kalau mahu dihormati.

10 hal di ataslah yang akan memberi tekanan hidup pada kamu seandainya salah satu dari anak atau kaum keluarga tiba tiba hidup sebagai PONDAN (Bahasa cisgender dan DBP). Ketika itu kamu akan mula sedar bahawa pembalasan dalam bentuk tunai sudah tiba di riba kehidupan.

Jadi bagaimana saya berurusan dengan Maknyah/Transwoman?

Mudah. Sudah dibincangkan di dalam Buku Maknyah. 

1. Cari ilmu SOGIE dan mula memahami kehidupan.

2. Kalau betul betul dunggu tanya sopan: "Ni, saya nak panggil apa ya?"

3. Lihat apakah representasi jantina beliau: Gender Identity. Kakak? Makcik? Abang?

4. fikirkan rasa hormat sesama manusia. Ini harus sentiasa ada.

Transwoman selalunya Identiti Gender mereka adalah perempuan. Jadi berhubunglah dengan nama panggilan yang tepat. Cik? Puan? Adik? Her? She? itu lebih tepat. Vice versa untuk Transman juga... (mereka ada dan wujud). Tidak rugi bukan kalau kita menikmati suasana harmoni dengan menghormati Identiti Gender masing masing?

Maknyah/tranwoman dalam banyak waktu bersifat LUCU. Mereka petah berbicara, suka melawak dan menceriakan suasana. TETAPI tidak lucu sekiranya kamu mula mencuit cuit hal hal sensitif seperti nama asal... kemaluan mereka... saiz dada mereka... rahang wajah mereka atau cara mereka yang kamu anggap tidak asli atau apa apa sahaja.

Transwoman alaf baharu harus jadi BIJAK dalam menangani hal hal aib sebegini.

Masalahnya di sini, untuk hidup kita semua harus bijak dan bersopan dalam menangani hidup. Kalau tidak tahu sekalipun dan ghairah mahu tahu, aturkan satu sesi peribadi, duduk dan berbicara dengan tuan punya badan. Ketika itu tanyalah apa sahaja yang kamu mahu tanya, itupun dalam keadaan yang penuh sopan.

Mengaibkan orang kalau dibiarkan menjadi darah daging adalah tidak elok. Mantra ini harus kamu sematkan di lubuk hati sebaik baiknya.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now