PASCA BEREBUT TANDAS

36 0 0
                                    

....dan kita para Transnita jadi ribut.

Diam tidak diam rupanya mereka menaruh rasa keliru, marah, benci dan dendam. Siapa mereka? Golongan cis male dan cis female yang sudah lama memerhati perkembangan transnita yang semakin berani menjadi diri mereka.

Bermula dengan tularnya rasa tidak senang (samada benar atau fiksyen) di medsos tentang penemuan transnita di saf surau dan tumpang menggunakan tandas perempuan. Bertolak dari situ keributan berita tular itu mendapat reaksi yang pelbagai, namun lebih berat pada kebencian.

Nisha Ayuh pada 11hb Ogos 2018 mengadakan pertemuan dengan Menteri Mujahid Rawa berbincang tentang diskriminasi terhadap transnita. Menteri berkenaan pada awal bulan Julai sudahpun dibantai oleh cisgender apabila menggeluarkan kenyataan bahawa LGBT memang haram dari segi agama tetapi jangan didiskriminasikan. Setelah itu dalam minggu awal bulan Ogos Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyamakan LGBT dengan kelakuan binantang. Suasana heboh setelah tularnya video sidang akhbar antara Mujahid, Puan Fauziah dan Nisha Ayub.

Kencaman dan hinaan di medsos dan media bermula. Berhari hari juga penerangan dibuat untuk teman teman terdekat tentang makna kata LGBT dan tambahan tambahan pada payung seksualiti tersebut. Penat. Kerana cisgender tetap dengan akal mereka yang binari, yakni hanya ada Lelaki dan Perempuan.

Para cis female muslim mula menyatakan rasa takut kalau kalau dirogol, aurat yang dilihat dan rasa tidak selesa. Ada yang serius, nakal, menghina dan ada juga yang mahukan LGBT dibunuh. Portal portal internet yang mahu menuai rating tinggi juga ikut berkongsi hal hal yang tidak sepatutnya. Termasuk video video yang dimuatnaik oleh individu tertentu. Pokoknya semua serba menentang.

Kekeliruan sesama transnita juga wujud. Mereka yang berada di ambang keinsofan juga membawa masalah sebenarnya. Beriya iya meminta adik adik kembali pada fitrah cisgender. Bolehkah? Apa salahnya kalau mampu dan tidak menipu diri sendiri. 2 hari kemudiannya para OKU ditemuramah oleh pihak TV3 yang agak menjolok jiwa. Bukan main lagi mereka beremosi tentang tandas milik mereka yang diarahkan oleh Timbalan Menteri Fauziah untuk dikongsi dengan para transgender M to F. Bekas personaliti popular suatu ketika dahulu RAR bagaikan terlupa, marah marah hak mereka OKU akan dipariap oleh Trans M to F. Setelah ini adakah para LGBTQ akan membantu OKU lagi? Itu yang kita ketawakan dalam nada sinis.

Bicara punya bicara ramai yang tidak faham apakah itu hal hal seksualiti. Bermula dari anak anak femme yang lahir dari hasil persetubuhan para cisgender. Beruang Gender yang digunakan sebagai kemudahan memahami hal hal SOGIE. Apa yang ada diminda mereka hanyalah kisah kisah Nabi Luth dan kejadian gempa yang dikatakan berhubung rapat dengan bala yang diturunkan. Hal hal Mukhanat dan Muhanatun tidak mahu mereka ambil tahu langsung.

Kes ini sebenarnya membara sejak awal tahun lagi, apabila sang ulama meminta agar rakyat atau pengguna tidak memberi sokongan pada peniaga peniaga jutawan berbentuk LGBT. Saya anggap itu adalah hasutan kecil kecilan terhadap golongan ini. Di samping itu kita semua tidak mengira jantina sebenarnya sudah jelak melihat video video pemasaran 2 minggu sekali mereka (para pengasas produk berjantina LGBT tersebut). Sedikit sebanyak kes ini adalah gabungan pelbagai perasaan sehingga ada kes pukul di Negeri Sembilan pada malam 16hb Ogos 2018 terhadap transnita Suki oleh sekumpulan remaja yang katanya meluat melihat pondan.

Hal hal seksualiti tidaklah mahu diulang terang. Semua tentang SOGIE ada di dalam dinding wattpad ini. (boleh skrol ke belakang).

Apa yang sudah dilihat setelah kejadian?

1. Kebencian yang dicanang oleh para alim ulama

2. Sifat dominan manusia sesama mereka

3. Kedekut ruang untuk dikongsi

4. Pemahaman terma L G B T Q itu sendiri tidak tepat

5. Kemarahan para adik adik kerana merasa diri terbuang

6. Dosa dan Pahala yang mahu dihenyak di kepala orang lain

7. Ketakutan, kekeliruan yang tidak berasas.

Para transnita yang paling menerima tekanan setelah kejadian sebenarnya.

L – lesbian yang terus berdiam diri.

G – Gayman yang tidak pecah akan selamat. Yang lembut tetap bertandas lelaki

B – Bisek – (selamat habis habisan)

T – Maknyah dan Paknyah mahu kemana?

Secara peribadi saya fikir manusia harus mula menyelami maksud sebenar tentang seksualiti dan variasi jenis kejadian ciptaanNYA yang MAHA BERKUASA.

Isu jantina masih lagi menjadi hal yang mudah untuk mendapatkan perhatian tidak kira sang menteri atau pemimpin mahupun orang perseorangan. Adakah kita akan jadi mudah terbeli? Bagaimana pula dengan hasutan terhadap anak anak muda dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun? Bagaimana dengan latihan kita mengujudkan generasi yang tahu berkasih sayang dan bertoleransi? Mana hilang semua itu?

Sifat sifat tidak redha itulah yang membawa pada kemarahan dan sifat mahu berkuasa beremosional sehingga dianggap sebagai mahu mengambil tempat sang PENGUASA DUNIA.

NOTA: Memang mudah untuk kita beralasan halal haram dengan menggunakan al quran dan hadith. Manusia setakat manusia sebenarnya tidaklah kemana jauh  perginya, kita tidak akan mampu menongkat dunia. Sama samalah kita bertumpu pada hal hal pembangunan manusia yang jauh lebih penting

 Sama samalah kita bertumpu pada hal hal pembangunan manusia yang jauh lebih penting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now