LINGUA FRANCA

651 7 6
                                    

Lingua Franca Maknyah dalam buku ini

Anak Ikan – Pasangan yang jauh lebih muda dari usia Maknyah.

Anak Ayam – Maknyah muda yang di bawah pantauan.

Androgyny – Penampilan yang tidak lelaki tidak perempuan.

Apom – Peranan Aktif Maknyah sewaktu berhubungan dengan lelaki secara intim.

AIDS – Acquired Immunodeficiency Syndrome.

Bapok – gelaran sinis jahat untuk kaum Maknyah

Bebong/Zroot Zroot – dadah sintetik seperti syabu, ice dan lain lain.

Bergau – bentuk badan besar bahagian bahu dan berdada bidang

Cisgender – lelaki dan wanita yang bernaluri selaras dengan gentalia sewaktu dilahirkan. Manusia biasa yang sempurna.

Cikendut – kerja menjual diri, memberi perkhidmatan seks.

Drag – memakai pakaian dan berdandan dalam jantina berlawanan.

Drag Queen – berpakaian wanita hanya untuk persembahan atau suka suka (bukan secara harian 24/7)

Darai – panggilan untuk Maknyah di utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis)

Facial Feminization – proses perubatan atau pembedahan untuk tampil berwajah wanita.

Gay – lelaki yang hanya meminati lelaki

Hemoi – bersifat ramah walaupun tahu orang tidak suka.

Hanjeng – anjing, disebut apabila marah atau melekehkan.

Hormon – pil pil estrogen yang diamalkan secara oral dan suntikan untuk tujuan berfizikal feminin.

HRT – Terapi Gantian Hormon (tambahan estrogen selalunya)

HIV – Human immunodeficiency virus

Homophobia – Orang yang takut berhadapan dengan para LGBT atau yang lantang menidakkan kewujudan para LGBT.

Kendu – asal perkataan inggeris untuk memuji CAN DO. Boleh tahan.

Kekwat – sifat belagak atau menyombong.

Kam Kam – sifat atau gerak laku ke kampungan di kalangan manusia

Makayam – Peranan pembimbing Maknyah veteran pada Maknyah muda.

Nok – gantinama sewaktu berbual mesra. Engkau, kamu dll.

No Sight – tidak lawa, tidak enak dipandang.

Outreach – tugas tugas keluar dan memberi penerangan pada komuniti di tempat kerja mereka. Selalunay tentang hiv aids dan STI.

Pondan – istilah Dewan Bahasa untuk lelaki berpakaian wanita.

Ponen/Ponds – istilah Maknyah untuk gambaran sesama kaum

Pondung – pondan yang memakai tudung

Propar – menipu atau bercakap besar juga disebut props.

Pang Pui Kee – Bahasa pasar Hokkien untuk tidak tepat janji.

Play Class – sifat berlagak lagak samada melalui barangan atau kata kata.

Pasang Siap – tanpa hormon, tanpa pembedahan, sama makna dengan drag. (pakai perempuan hanya dengan dandanan)

SRS – Sexual Reassignment Sugery/Pembedahan Jantina

Semi Drag – berpakaian separuh separuh jantina.

Sekeping – rujukan pada Vagina (memiliki vagina)

TS – singkatan pada Transeksual secara am.

Transwoman – gelaran untuk Maknyah yang hidup sebagai wanita.

Tak Pecah Lobang – kelihatan persis seperti wanita cisgender.

Vogue – istilah untuk penampilan bagaikan model, aktress dan glamer. (asal dari perkataan Perancis dan majalah fesyen popular)


*terminologies used in this small community.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now