LALUAN GALMOUR

41 3 3
                                    


Di awal tahun 80an apabila bertemu, berpakaian wanita dan subang lip lap...menjerit jerit sekumpulan manusia yang entah crossdresser atau transvestite... menjerit jerit keseronokan... apabila berhimpun pakai kasut tinggi... "Galmor you!" kata sifat Galmour itu betenggek di bibir begitu lama sekali. Naik meluat.

"You rasa i okay tak? segan you..." 

"taklah...you nampak macam Zeenat Aman, galmour you!"

Itu mungkin gambaran pembebasan jiwa mereka apabila sudah memakai busana wanita. Saya yang sebenarnya harus bersifat lebih adil apabila menilai suasana ini. Hati tetap merasa meluat.

Sehingga kini apabila bertemu sahaja para maknyah, orang biasa (para cisgender) akan terus terfikir bahawa mereka ini kerjanya menyolek artis, tukang andam pengantin, jahit baju atau pekerja seks sahaja. Mereka telah disogokkan dengan pembentukan sosial bahawa semua maknyah adalah glamour.

Bukan salah cisgender, ini adalah fenomena zaman berzaman. Cuba korek balik album album maknyah lama dan semak semula gambar gambar mereka yang wow! Tetek membuak, bikini, baju kelip kelap.... berdiri glamour di pentas walaupun show hanyalah berkumat kamit mulut sahaja.

Bercerita tentang sinar lampu maknyah tidak akan habis. Lainlah kalau mereka betul betul terlibat dengan pertunjukan yang betul dan professional di awal tahun 90an. Memilih konsep pertunjukan dan berbusana mengikut aturan pentas. Sesetengahnya memang penari, lead dan model yang BENAR. Tapi bukan semua... yang lain itu hanyalah tukang khayal.

Akibat hanya memilih kehidupan glamour, ada transwoman tidak keluar siang. Lucu sekali. Ada yang apabila berbicara, lagak bicaranya seperti artis ternama (hanya kerana dia pernah buat show kumat kamit atas pentas). Pelik... apakah itu akibat emosi atau HRT?

Kuat berillusikan?

Alaf baru menuntut Transwoman menjadi lebih realistik. Mereka tetap menarik sekiranya bekerja sebagai jurutera, wakil insurans, sektor perbankan dan seganding dengan para cisgender sedia ada. Sebagai penulis saya perhatikan semua ini, bermati matian dan berhabisan untuk acara ratu ratuan. Ratu Yuran... tentu sekali pengajur akan memuji dan berkata,"kau ada potensi tau Liza" atas sebab yang kamu sedia maklum.

Bukan murahlah menyertai Ratu Yuran...beribu ribu sanggup dihabiskan.

Pernah diperbualkan sebelum ini, kenapa maknyah dan gayah tertarik pada hal hal glamour dan bersinar? Miss Universe, miss world, pentas runway.... mungkin ada rahsia terselindung di sebaliknya. Masing masing akan tampil memberi pendapat masing masing, seolah olah mereka pakar walaupun tinggal di desa terpinggir. Hebat bukan adik adik transwoman? Hebat lagi aura cik gayah....apabila berbicara tentang dunia filem, musik dan rancangan hiburan. Ada waktunya lucu... Penulis pernah bertemu sekumpulan cikgayah yang mengaku dirinya Anita Sarawak dan satu lagi Ning Baizura... taksub sekali mereka...aduh!

Penulis mengaggap bahawa ini adalah eskapisme mereka setelah melalui pelbagai kesulitan seksualiti dalam hidup. Seronok apabila melihat mereka bergaya dan kita yang pernah ada dalam dunia tersebut pun memberi pujian palsu... demi menghiburkan mereka. Bertahun penulis mengambil tugas sebagai perantara majlis pertandingan ratu maknyah sewaktu muda dahulu...(penulis juga mengacarakan ratu cisgender). Sebelum dan sewaktu majlis, penulis menajamkan mata melihat dan menikmati suasana tersebut. Melihat ghairah mereka dan hingga kini tertanya tanya apa dia? Itu belum masuk kes kes RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI. Naik segan kita mahu bercerita sebenarnya. Malu.

Sama sahaja apabila maknyah terjun dalam bidang solekan dan menjahit busana. Mereka dengan kekaguman pada bintang bintang luar, taksub pada pereka busana untuk drag queen, ada waktunya marah marah kenapa orang tidak dapat menerima rekaan mereka. Mereka jadi sangat defensif bila karya mereka diberikan kritikan. Kamu belum melihat kemarahan gayboy lagi apabila busana rekaan dikatakan tidak praktikal... Jurusolek? Aduhai... sehingga terbentuk di minda cisgender bahawa MAKEUP ARTISTE itu adalah mereka yang menyentuh wajah wajah artis popular...

"Sebelum ini muka artis mana you pernah sentuh?" tanya Leha sewaktu wajahnya ditata oleh Liza.nyah untuk majlis pertunangan.

Bergaduh dilaman sosial tentang solekan....aduh penat kita melihat.

Jadi terkapai kapailah jurusolek muda mencari artis artis pop untuk disolekkan wajahnya untuk dimasukan ke laman sosial. Bergaduh pula mereka tentang YURAN solekan yang dikatakan potong trip dan macam macam... Cisgender di bahagian produksi drama murahan pun berkata, "you sponsor makeup, bagus untuk exposure you...."

Hidup glamour adalah hak peribadi mereka... mereka berhak untuk meneruskan semua itu. Orang suka tengok...mereka bergaya, mereka walaupun keluar makan makan akan memberikan persembahan untuk orang sekeliling. Penghakiman selepas itu? Wallahualam.

Ada yang dipuji....kelihatan seperti artis itu dan ini selepas bersolek 2 inci. Ada yang termakan pujian dan sanggup melalui proses asthetic dan minor sugery. Penulis sudah belajar hanya untuk menonton segala hal tersebut dan mula pandai menanggap itu semua hanyalah HIBURAN semata mata.

Kenapa? Kerana tidak adil, mereka sedang menikmati dunia mereka. Penulis sudah melalui segalanya sebelum ini dan mungkin sudah bosan? Kita tahu, di hujung hari, pulang sahaja ke rumah, solekan 2 inci itu harus dicuci, kehidupan biasa harus ditangani... Jadi pelan pelan kita belajar untuk hidup dengan lebih realistik untuk berjalan di bawah matahari hidup.

Jangan tidak tahu GLAMOUR TRANSWOMAN digemari oleh para peminat cisgender. Ada wanita wanita yang sudah jatuh cinta pada pakaian glamour, hidup seperti artis, solekan kuntur bagaikan drag queen, marah kalau ditegur ya... lihat muatnaik gambar gambar mereka di laman sosial dan gambar perkahwinan yang WOW! Teman temanpun memuji, entah palsu entahkan benar juga adalah Wallahualam.

Ada transwoman mengamalkan kehidupan glamour 24/7. Selalunya mereka yang ULTRA FEMININE. Kita sudah faham bukan terma ultra feminin? Sila rujuk dalam penulisan sebelum ini.

Bukan untuk memberi pendapat, tetapi hal ini harus dinilai awal oleh Transwoman muda, apa hala tuju mereka? Bolehkah mereka terus kekal dalam kerjaya penuh glam ini? Ada yang berjaya jangan lupa...ada yang harus pergi begitu sahaja kerana tubuh badan berubah apabila usia meningkat...ada yang masih tidak menerima hakikat bahawa zaman telah berlalu...Pokoknya sama sahaja seperti bintang bintang Cisgender  yang telah kamu lihat....

Bercakap tentang KEKAGUMAN membabi buta ini, penulis takut dituduh sebagai ANGGUR MASAM. Namun ada hal hal penting yang harus dijadikan pedoman sebagai Transwoman Alaf Baru. Penulis ingin mengucapkan: live and lets live...wonderfully.

BUKAN APA...KITA TAKUT SUATU HARI NANTI DIKATAKAN, "KORANG PONDAN PONDAN TAK BOLEH PAKAILAH... OTAK BERSALUT HAL HAL SERONOK SAHAJA... KEJAP KEJAP RATU, KEJAP KEJAP MODEL...MACAM TAKDA HAL LAIN..."

Terimalah hakikat bahawa bukan semua orang rezekinya di Pentas peragaan juga show, bukan semua maknyah jurusolek yang pakar dan bukan semua tukang jahit yang praktikal adalah maknyah. Semua yang disebutkan adalah KEMAHIRAN yang serius dan bijak. Not for everyone!

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now