TAKUT PECAH

82 2 0
                                    

"Pecah kaca pecah gelas...lepas baca harap dibalas," perli seorang teman Maknyah apabila melihat susuk maknyah yang sedang bershopping di bahagian pakaian dalam wanita tanpa belas kasihan.

Sudah tentu mereka melihat maknyah tersebut terkedek kedek dari jauh. Satu lagi prejudis sesama kaum tanpa di sedari, walaupun akan dikatakan,"alahai, aku hanya melawak, kau ni serious sangatlah!"

PECAH atau PECAH LOBANG adalah terma yang kerap digunakan oleh kaum maknyah untuk menggambarkan lulus atau tidak susuk maknyah yang berada di hadapan mereka. Ianya hadir secara semulajadi tanpa menyedari bahawa itu satu penghakiman sesama mereka. Secara ikhlas, bila masa Maknyah itu harus LULUS sebagai perempuan?

PECAH ada membawa bersama impak psikoloji kalau dilihat dalam dalam. Takut pecah lobang pula akan membawa bersama usaha usaha tidak masuk akal atau harapan agar di masa hadapan setelah lengkap transisi Maknyah tersebut akan kelihatan atau tampil sebagai wanita binari. MANA MUNGKIN?

Sewaktu transisi (tidak kira transisi emosi atau fizikal) Pecah juga memberi impak pada persahabatan. Penulis pernah TIDAK DIBENARKAN untuk melawat rumah teman sepengajian kerana kelihatan pecah. Alasannya: " Gina nampak terlalu pondan" sedangkan teman penulis itu sendiri adalah maknyah yang sah sah lembut lembai dari segi gaya berjalan, bercakap dan bereaksi pada kehidupan. Sejak belasan tahun lagi penulis sudah melihat terma ini.

Berita berita tersilap meminang bila maknyah tidak pecah seolah olah satu kejayaan bagi kamu kita. Aneh. Ada dua tiga kes dari tahun ke tahun yang bagi penulis sangat lucu.

Ada juga teman teman Maknyah yang murung dan rendah hati/diri kerana tidak women. Tidak women di sini merujuk pada PECAH ATAU TIDAK. Mereka tidak mahu mengikuti perhimpunan kerana merasa diri tidak lengkap berbanding teman teman yang kononnya jelita dan feminin. Sila rujuk pada penulisan tentang kemampuan fizikal dan genetik juga HRT.

Langkah BIJAK utama yang boleh diambil oleh para maknyah  adalah berterusan mengkaji tentang jantina MAKNYAH atau siapakah TRANSWOMAN. Dapatkan terma yang betul dan keluar dari khayalan dan impian palsu itu. Maknyah tidak mungkin menjadi PEREMPUAN BINARI/ASLI.

Harus ingat, ada dari kita yang sememangnya beruntung sejak lahir dikurniakan bahagian bahagian fizikal yang mudah dan ada yang mampu untuk pergi jauh dengan bantuan facial/body feminization. Bagi yang kurang berkemampuan, kamu tetap Transwoman. Siapa yang menetapkan syarat bahawa para Transwoman itu seharusnya itu dan ini?

Mungkin secara asasnya kita secara terfikir untuk tampil feminin adalah berambut panjang, berkulit lembut mulus atau paling tidak memakai span di bahagian dada dengan teknik teknik maknyah yang mudah. Atas dasar ini agaknya ada para maknyah bermati matian mencari HRT yang terbaik termudah terpantas. Kembali lagi pada pengertian menjalani kehidupan sebagai Maknyah atau Transwoman. Apa dia hala tuju kamu? 

Seks? Belaian? Pujian? Cantik? Selepas cantik apa dia? Masuk ratu? Jadi model? Mampu?

Agak sukar bagi maknyah matang berwajah dan berfizikal biasa biasa untuk menasihat pada anak anak maknyah baru tentang intipati hidup sebenar sebagai transwoman. Mereka mungkin akan dipagut, dihencap, dimaki 'on the spot'. Nah di sini, masuk pula penetapan KONSEP HIDUP. Salah benar dan pengaruh awal pembentukan transwoman sewaktu dia bertransisi. Penulis sehingga kini tidak mengerti secara mendalam fenomena kagum pada bintang bintang seks, model, ratu ratuan... bermain selamat penulis menganggap 'MANUSIA SUKA PADA HAL HAL YANG CANTIK' bagi memudahkan hubungan sesama para Maknyah.

Kembali berbicara soal pecah atau tidak, self esteem (jati diri) memainkan peranan yang besar. Melihat susuk tubuh para maknyah seluruh dunia itu penting. Bukan hanya yang cantik cantik bergaya palsu dalam sesi fotografi yang terancang sahaja. 

"I ada berkenalan dengan sorang lelaki ni tau...baik sangat, selalu call i...belikan i hadiah, tapi tak pernah jumpa,"

"Alah kenapa tak atur pertemuan?"

"Dia ingat i perempuan...itu yang I jadi serba salah tu...tak pecah you..."

Apa lagi nasihat yang ada untuk orang seperti ini? Drama rekaan? Jerat ciptaan? atau apa?

HAL HAL PECAH ATAU TIDAK

1. suara dalam telefon atau sewaktu bercakap secara live

2. gaya dan penampilan sewaktu berada di khalayak seperti perempuan

3. orang tahu atau tidak dia adalah.......

Di hujung hari, kalau kita berusaha keras akan tetap akan ada pujian dan ketertarikan.

"wow...cantik betul si Liyana...SEBIJIK MACAM perempuan"

Dengan pemikiran kamu yang bijak dan waras itu, fikirkan apa maksuk tadi 'sebiji macam'.


*Dakap diri, terima diri, usaha, berpada pada, redha dan bersyukur.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now