ANAK PEREMPUAN KAK MAH

784 14 0
                                    

Selepas kematian abang Zahar, aku mengambil keputusan untuk balik kampung sahaja. Berpindahlah kami anak beranak ke utara Malaysia. Bukan tidak mahu pulang ke Pahang kampung abang Zahar, dari awal aku sudah menghidu yang keluarganya tidak begitu menyukai aku. Lagi pun anak anak aku semua perempuan. Macamlah anak anak perempuan itu semua tidak ada gunanya.

Sewaktu Azie dilahirkan mereka menatang kami bagaikan minyak yang penuh. Apabila Azie mula bersifat kewanitaan di usia 15 tahun, segalanya jadi hambar. Bergaduh pula aku dengan abang Zahar sebab perihal yang satu ini. Aku ibu yang banyak termenung bila mengenangkan hal sebegini. Akibat tekanan, Azie aku pernah pukul, pernah aku kurung. Aku akhirnya biarkan saja dia dengan kelaku pondannya, adik adiknya yang tiga lagi memerlukan perhatian aku juga. Mereka semua perempuan secara rasmi, Azie pun perempuan, kalau kamu betul betul tanya pendapat aku. Aku yang melahirkan dia, aku yang lebih tahu.


*TEASER untuk antaloji JEJAK (lebih duka dari suka). yang mungkin akan dihulurkan pada fixi

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now