TRANSISI M TO F

59 0 0
                                    


MENGAPA TRANSISI MENJADI LEWAT?


TRANSISI: Perubahan secara fizikal dari M to F. (secara HRT demi emosi dan pameran Identiti dan eskpressi atau melalui pembendah baik pulih Major atau Minor). Ini bukan rungkaian tentang pasang siap seperti artis DRAG yang belagak perempuan di pentas untuk persembahan hiburan atau lawak jenaka. 


1. Ragu ragu tanpa penerangan jelas (informasi)2. tiada rangkaian "support group" @ "rakan sokong bantu"3. halangan dari kelompok keluarga dan penyumbang ekonomi4. Budaya, Agama dan tata cara sosial yang terdekat5. Takut pada hal hal 'TIDAK ADA PENERIMAAN'


Tidak dapat dinafikan transisi yang tepat akan membuahkan hasil yang hebat. Pembentukan Self Esteen/Jati diri yang kental bermula di sini. Langkah para Ts akan menjadi lebih yakin. Transisi pula kadarnya tidak akan sama jika dibandingkan dengan individu yang lain. 5 hal yang disebutkan di atas akan melambatkan proses transisi, walaupun ada kata kata penyedap, "biar lambat asalkan selamat".


Sewaktu transisi ada hal hal yang harus diambil kira


1. mendakap genetik asal diri2. Tidak terlalu beridola pada hal hal yang mustahil3. Pantauan dari Pengamal Perubatan yang bertauliah4. tidak terjerumus dalam illusi VAGINA CHANGKAT. (Shallow vagina syndrome)5. Penerimaan diri seadanya.


Transisi tidak akan menjadikan Ts 100% wanita cisgender. Penerimaan dari masyarakat sekeliling harus dilihat dari perspektif berbeza dan lebih matang. Cabaran dan dugaan selepas Trasisi itu dalam banyak waktu kekal sama sahaja, walaupun ramai yang mampu tampil sebagai manusia cisgender. Transisi adalah hal peribadi yang boleh kamu kongsikan pada khayalak yang tepat, menggunakan terma terma yang betul tanpa ada sebarang penjualan nilai hidup.


Harus ingat ada sekelompok TS yang tidak memerlukan transisi fizikal langsung disebabkan hal hal asli secara biologi.


Latihan untuk menerima diri seadanya bukan sahaja untuk para transgender M to F ianya harus berlaku pada setiap manusia yang ingin hidup di dunia ini.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now