KAK MONI

881 12 0
                                    

Mungkin tuhan mahu membantu kami lagi, dari jauh ternampak kelibat Kak Moni sedang turun dari pusat sumber, aku sepantas kilat melambai dan menjerit namanya, dia melambai kembali bergolek perlahan menuju arah kami.

"Well, hati hati Hasrul, be nice, jangan terlepas cakap ya,"pesan Maisarah, kami bertiga tertawa sambil mata bertumpu pada Kak Moni yang sedang catwalk ke arah kami

Bercekak pinggang seperti biasa, dengan wajah yang kekwat, Kak Moni belakon lagi,"well my dear....have you found any good character for me? It better be antagonist, antagonist yang vogue, seksi dan lucah sikit... hmm... ahhhhh"

Tanpa kami sempat bereaksi apa apa, dia terus berkata,"ada apa Yang? Dah google dah? Mak nak kena balik cepat ni, ada date you alls..."

Aku menyuarakan rasa tidak berapa faham apa makna yang telah kami google kelmarin, masing masing membaca pada Kak Moni penemuan kami. Dia dengan nada yang serius dia menjelaskan dalam Bahasa Malaysia yang padu, makna keseluruhan penemuan tersebut. Bunyi macam cikgu sekolah, rasa mahu ketawa tapi segan, kami masing masing simpan saja rasa lucu itu dulu.

"Trangenderism adalah keadaan di mana jantina yang hadir sewaktu lahir itu tidak menepati ekspressi, seksual dan identiti seseorang manusia. Genetalia perempuan tapi berperasaan lelaki, begitu juga sebaliknya. Itu yang dimaksudkan M to F atau F to M. Di sinilah hadirnya konflik sosial manusia apabila mahu menempatkan diri dalam masyarakat sejagat. Suasana ini melibatkan banyak penilaian semasa, keadaan fizikal pengidap, tekanan hidup, kematangan dan toleransi manusia masing masing, ada faham anak anak semua?" sempat lagi dia berlucu lucuan sebagai penutup

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now