TAKUT ANAK JADI PONDAN.

549 11 8
                                    


TAKUT ANAK JADI PONDAN.

Heran bin ajaib memikirkan sifat manusia. Mula mula dia mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian dia melafazkan Bismillah. Tidak pula kita tahu samada difahami maksud kalimah kalimah tersebut.

Proses menerima hakikat hidup sangat menyedihkan, pada si anak dan ibubapa. Ramai yang berkonsep mudah, 'Jadilah pada anak orang, tetapi jangan jadi pada anak aku. Aku takut, aku malu, kenapa aku? Apa nanti orang  kata? Macamana nanti menghadapi kaum keluarga dan adik beradik bila anak aku jadi Pondan?'

Pengunaan kata JADI dalam penulisan ini sendiri kalau direnungkan kembali adalah salah, salah sama sekali, begitu juga dengan ayat meMILIH.

Mungkin bagi dirinya lebih baik mempunyai anak anak mat rempit, penagih dadah dan anak anak lelaki kutu rayau. Mungkin semua itu lebih membahagiakan berbanding anak pondan.

Ini juga mungkin EGO manusia yang harus dipertahankan. Mahu dikatakan dia takut pada Tuhan, amalan keagamaan dia sendiri tidaklah seberapa suci mana. Ya, jelasnya dia mengidap sakit TAKUT APA ORANG KATA nanti.

Antara sebab-sebab jantung berdebar resah apabila anak anak memilih seksualiti yang dituduh sebagai  alternatif disebabkan oleh:

1. Tidak dapat menerima warna warni dunia.

2. Tidak mendalami ilmu SOGIE (Sexual Orientation, Gender Identity and Gender Expression).

3. Membeli dogma hidup sedia ada sewenang wenangnya. Penetapan syurga dan neraka oleh manusia yang bernafas sama.

4. Merasa tercabar dengan kata kata manusia sekeliling demi maruah diri.

5. Tidak Redha pada ketentuan yang ESA.

Beribu ribu manusia Transgender merana kerana tidak dapat menjadi diri mereka sendiri  di dunia ini atas desakkan dan tekanan secara langsung atau tidak. Merkea yang berani, sudah melangkah ke depan penuh yakin, walaupun ada pelbagai sekatan yang cuba diterapkan oleh orang orang sempurna secara Sivil dan Syariah.

Para transgender yang ragu ragu dan keliru masih bermain dengan bayang bayang dalam hidup, perasaan mereka berbelah bagi terhadap agama, keluarga dan penetapan penetapan pemerintah setempat, sehingga ada yang membawa celaru berlipat ganda akibat asakan nilai hidup yang dipaksa oleh kedua ibubapa atau ahli keluarga.

Maka terjadilah kejadian kejadian yang tidak masuk akal sebagai wadah santapan masyarakat apabila membaca lapuran kes kes tangkapan, sodomi dalam diam, berpakaian wanita senyap senyap (tidak disangka sangka) dan tidak kurang juga yang mengalami tekanan jiwa sehingga membawa beban mental, kerana tidak dapat menjadi diri sendiri berdasarkan tekanan yang sudah disyaratkan oleh keluarga.

1. Kalau kamu pakai perempuan kamu keluar dari rumah ini.

2. Kalau kamu memilih jalan ini lupakan saja segala sokongan dari kami

3. Kalau kamu berpakaian wanita, lupakan saja kami sekeluarga, kamu kami anggap mati.

4. Jangan sekali kali mengaku kamu keturunan kami

5. Kami berdua akan membunuh diri, baik mati saja dari melihat kamu hidup dengan cara ini

6. Ayah kamu sakit jantung kerana sikap kamu, baik kamu insaf.

7. Nabi sah sah tidak mengaku kamu umat, kamu milik neraka.

8. Pembahagian harta? Lupakan saja sekiranya kamu mahu hidup begini.

Dalam buku Panduan Mak Nyah, penulis telah menghuraikan hal hal transeksual secara terperinci agar ia dapat menjadi panduan pada ibubapa, pengamal perubatan dan Mak Nyah sendiri.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now