KEWANITAAN

42 1 0
                                    

Dia bijak di dapur, tahu tentang kemahuan wanita, faham apa itu ertinya vogue, teliti dalam pemilihan, kenal susur galur budaya orang perempuan secara moden mahupun tradisional. Tetapi dia bukan perempuan juga bukan TRANSWOMAN. Siapa dia?

Dia memang dilahirkan begitu, terdorong untuk hal hal wanita. Dia juga bukan gay ingat tu! Jarang dia berbual tentang seksualiti, kerana merasa tidak selesa. Dia meminati hal hal seperti ratu maknyah, miss world dan miss universe. Dia hafal semua nama peserta peserta dan bila bila masa sahaja mampu memberikan informasi yang tepat. Bab bab hiburan dia cekap, dia apabila melawak sering melibatkan hal hal kecantikan, artis, gosip atau ratu. Dia tetap lelaki katanya...

Dia masih bukan maknyah atau gay. Jangan kata begitu dia akan marah, besar kemungkinan dia tidak mahu berurusan dengan kamu lagi. Dia juga tidak pernah menunjukan rasa ghairah ada anak anak ikan atau daddy daddy tampan seperti kamu yang mengernyam.

Jadi siapa mereka ini Mak ayam? Pening Liza memikirkannya.

Tidak ada jawapan tepat untuk hal hal kemanusiaan yang sebegini. Dunia semakin terbuka dengan kisah kisah tentang manusia yang dianggap pelik. Pelik kerana orientasi kehidupan mereka itu kita sedia maklum tidak sama langsung dengan kehidupan kita. Kamu boleh sahaja menikmati video di bawa ini:

https://www.youtube.com/watch?v=lS4SAyndOxo

Video yang merupakan kisah di Asia. Suami Joey Mead King yang tiba tiba mahu menjadi dirinya setelah beberapa tahun berkahwin. Jadi perempuan. Video tersebut mungkin mampu  melatih kamu tidak kira jantina apa sekalipun untuk berlapang dada tentang manusia dan kehidupan (termasuk pilihan identiti dan orientasi seks bagaimana mereka mahu)

Hey! Jangan silap, ini bukan artikel untuk menggalakkan kamu SEX BEBAS. 

Sama seperti fenomena Mak Nyah, manusia disekeliling akan terkejut atau pura pura terkejut, sampailah kita jadi mangli untuk peduli pada orang orang alim dan orang biasa yang kedekut ruang pengertian di dunia ini. Selama ini kita sibuk menangani hal yang satu ini. Bukan tidak ada mak nyah yang prejudis terhadap gayboy, lesbian, bi-seks atau apa sahaja yang dirasakan dirinya merasa geli.  Dia lupa siapa dirinya mungkin? Sifat begini termasuklah hal hal penghakiman sesama komuniti (mak nyah harus feminin, lesbian harus kerat tetek aduh...macam macam ya?) Kita sudah didedahkan dengan penerangan tentang SOGIE dan jenis jenis seksualiti. 

a. Hetero seksual

b. Homoseksual

c. Panseksual

d. Skolioseksual

e. Aseksual

Rungkaian hal hal di atas sudah kita sentuh awal awal lagi dalam ruang artikel versi ke depan di wattpad. Apa yang tinggal sebenarnya hanyalah diri kita untuk terus bertanya dan mendapatkan ilmu tentang manusia yang sudah kita tahu berlapis lapis. Penolakan hebat terjadi apabila kita membenarkan diri dikuasai oleh hasutan hasutan moral, budaya tumbesaran dan senjata politik beragama. (tidaklah bermaksud yang manusia itu perlu menolak fahaman agama di sini).

Seperti biasa kita gemar berohhhh! Ahhhhh! Kerana itu adalah kisah orang. Menilai menghakim seenaknya. Cuba lihat kejadian kejadian kahwin sejenis yang dipaparkan oleh media picisan, kaum gay lembik, maknyah dan cisgender akan berkongsi untuk diketawa ketawakan. Apa agaknya petanda semua itu? 

Petanda apa?

1. kita tidak matang tentang kehidupan manusia yang berlapis

2. kita gemar mengikut kumpulan besar untuk merasa kuat ikut sama membedal orang

3. kita ketawa ketawa lucu, terlupa entah apa perasaan orang (cisgender busuk hati terutamanya)

4. kita berterusan mempertikaikan jantina orang kerana ragu (sedangkan ianya tidak ada kena mengena dengan hidup kita langsung - contoh: Saffiey Alias dulu, Nur Sajat terkini, Cikgu Erin dan Cikgu apa tah, sudah hilang ditelan radar).

5. Kita mahu opini kita didengari, sedangkan kita tidak ada ruang EMPATI pada hidup orang.

Saya tidak mempunyai resepi khusus untuk hal ini. Namun baik pulih sebenarnya ada dalam diri kamu. (ingatkan diri bahawa PENCIPTA itu kuasanya MAGIS sekali, dia boleh kurnia apa apa keadaan sekalipun untuk menduga kamu sewaktu hidup).

Jadi berbalik pada lelaki yang bersifat kewanitaan tadi, dia berhak untuk menjadi dirinya. Dia rapat dengan kamu (maknyah) kerana dia selesa dengan kamu, tidak semestinya dia juga adalah seperti kamu. Terima dirinya seadanya demi siratulrahmi. Mana tahu apabila dia selesa dia akan bercerita pada kamu tentang gejolak diri dan segala hal hal terpendam dirinya. Bertambah ilmu kamu.

Ini bukanlah pesanan untuk para Mak Nyah sahaja... ia merangkumi semua jantina. Tidak salah kalau kita melatih diri menjadi manusia yang jiwanya terbuka dan tahu menghormati manusia dalam semua segi.

Ingat, tumpuan kita adalah pada hal hal SEJAHTERA (ketawa dan main main pada sifat orang bukanlah satu daripada caranya)

Ingat, tumpuan kita adalah pada hal hal SEJAHTERA (ketawa dan main main pada sifat orang bukanlah satu daripada caranya)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now