PONDUNG

185 5 0
                                    


PONDUNG SATU FENOMENA

Apa itu Pondung? Ianya gabungan bahasa gaul pondan + tudung. Fenomena ini sudah lama wujud di Indonesia, Malaysia dan beberapa negara Islam di dunia.

Tidak ada kajian yang tepat sejak bila ianya bermula. Mereka yang menjalani hidup sebagai Pondung selalunya jarang mahu berbicara tentang hal ini secara detail.

Cisgender dan golongan Ts sendiri dalam banyak waktu menjadi keliru tentang hal Pondung, tanpa sedar membuat penghakiman secara melulu. Penulis tidak mahu menjual nilai peribadi apabila membicarakan tentang fenomena Pondung. Sama seperti para cisgender perempuan, ianya mungkin satu Trend? Desakan? Penilaian/kawalan maruah atau hal hal demi pekerjaan sahaja.

Kita pernah membicarakan tentang sindrom Vagina Changkat/Shallow Vagina syndrome akibat HRT dan hormon semulajadi yang memberi gangguan/kesan pada si pengamal. Kesan Vagina changkat melibatkan perasaan, illusi dan aspirasi pengamal HRT. Ada yang merasakan mereka itu sangat perempuan kedudukannya atau juga mungkin soggokan pada watak watak muslimah jelita dalam siri drama petang petang? Wallahualam.

Antara sebab Ts memilih untuk bertudung

1. Memudahkan pergerakan mereka, kerana tidak akan ada kepala yang teroleh toleh dua tiga kali. (ini untuk pemakaian tudung polos dan gaya biasa sahaja)

2. Mengikut Trend. Jangan lupa bertudung di Asia sudah dianggap fesyen oleh sesetengah pihak. Sama seperti peminat fesyen lain, pondung juga mahu berfesyen mengikut aliran pop muslimah di Malaysia.

3. Demi kerjaya. Menurut seorang peniagawati Ts, kerjayanya yang berurusan dengan ramai memudahkan diri apabila dia mengenakan tudung dan jubah. Pelanggan muslim lebih selesa dan ada kecenderungan untuk tidak bersoal tentang jantina.

4. Ada pondung yang menggunakan busana muslimah demi kawalan diri/moral. (secara tidak langsung ada kawalan secara semulajadi apabila mereka menggenakan tudung)

Apabila pondung berada dikhayalak umum, sama seperti orang lain mereka akan dinilai oleh pemerhati. Itu adalah sifat manusia fana. Ada yang mempertikaikan sifat mereka, malah ada yang lebih berani mempersoalkan gentalia mereka. Di kalangan Ts sendiri ada yang mengatakan kalau belum SRS kenapa harus bertudung?

Penulis mengamalkan sifat 'tepuk dada tanya selera'. Tidak ada penilaian/penghakiman khusus buat Pondung. Pondung harus menggelakan diri dari merasa lemah dari diumpat keji kalau mereka mahu berbusana sedemikian, impaknya sama saja kalau mereka memilih untuk berpakaian seperti Pamela Anderson. Mereka juga tidak mempunyai hak untuk menjual nilai berbusana mereka pada Ts lain.

Ada yang bergaya muslimah hanya untuk paparan di media sosial. Ada yang bergaya muslimah sekadar suka suka. Ada yang buka dan tutup mengikut mood mereka, tidak pula kita tahu untuk tujuan apa. Ada yang membayangkan bahawa akan ada perhubungan baru apabila bertudung. Semua mempunyai alasan bertudung secara peribadi.

Dari segi fesyen, mereja jatuh dalam kategori yang sama, selain dari jenis busana muslimah pilihan, seksualiti mereka juga tidak akan lari dari dipertikai. Jadi harus mempunyai hati yang kuat sekiranya memilih untuk bertudung, tatacaranya sama sahaja seperti cisgender yang lain.

Elakkan diri dari dituduh sebagai MENYAMAR sebaik mungkin, kerana dalam hal hal tertentu ianya harus didebatkan di Mahkamah. Hal hal mahkamah? Antaranya jatuh cinta/perjanjian kahwin tanpa memberitahu jantina diri, ditangkap kerana menggunakan tudung sebagai alat lindung mencuri dan pelbagai hal hal lain yang memalukan lain. Paling leceh bila dituduh menyamar untuk memasuki tandas wanita dengan niat cisgender lelaki. (kerana ada fetish seksual cisgender melakukan hal yang sama).

Pemakaian tudung harus selaras dengan adap sopan yang mahu ditonjolkan. Bertudung adalah pilihan peribadi, setiap individu Pondung mempunyai alasan mereka tersendiri dan tidak perlu dipertikaikan.

Merujuk pada segala persoalan di atas, sebagai Pondung, kamu sepatutnya bersedia untuk menghadapi segala urusan remeh temeh termasuk menjawab soalan dari orang dan teman teman ts sendiri.

Penulis tetap dengan pendirian peribadi bahawa Ts kalau berbaju kurung sopan lengkap bertudung polos sebagai cantik dan berpenampilan rapi. SRS atau tidak, juga terpulang pada kamu para Transwoman.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now