APABILA MAKNYAH....

51 4 0
                                    


APABILA MAKNYAH...

1. Mahu memenuhi syarat syarat para cisgender secara menyeluruh

2. Merasa berdosa yang amat amat dengan perilaku dan nafsu diri dari sisi (agama, masyarakat dan budaya)

3. Mengidolakan personaliti yang silap (gila separuh mampus)

4. Tidak kuat dan bersifat SELF PITY (murung, sedih dan sepi)

5. Menyalahgunakan seksualiti Maknyah sebagai alat seks (alasan atas sakit nymphomaniac, validity dan affirmation)

6. Terlalu terpesona pada kerdipan Glamer (ada satu jenis sakit di sini – lainlah kalau memang berbakat)

7. Tidak mahu mencungkil potensi diri (rasa diri tidak layak seumur hidup)

8. Hanya bersifat satu dimensi dalam apa saja segemen hidup

9. Hilang arah dan sukar untuk percaya (selalu terfikir akan dianiaya)

10. Menganggap sesama maknyah itu adalah Pertandingan.. (ini jelas sangat sangat dalam komuniti)

11. Masih lagi mahu dihargai/diakui/diterima oleh orang yang sah sah menolak cara hidup mereka (advokasi sepanjang usia, berurusan dengan yang okay okay sahaja)

12. Malas mahu menilai konsep hidup asas maknyah (membiarkan fikiran selari sahaja..drag, cantik, kepuk kepuk dan kalau buruk rasa rendah diri).

13. Dihantui oleh rasa takut sepanjang usia (berdosa, tidak mahu ke mana mana, malu yang teramat)

14. Tidak mampu menghormati seksualiti orang lain (termasuk cisgender).

15. Terlalu marah pada dunia yang dihuni (mula menjadi murung, sensitif, rendah hati dan lain lain hal negatif)

Apabila (15 di atas) dilihat dalam dalam, kamu boleh mencungkil potensi dan kemampuan diri. Usah terlalu menumpu pada jantina Maknyah kamu sangat, tapi berusaha dan bergerak dari titik tersebut. Sebenarnya semua hadangan hadangan negatif terseut adalah hal hal manusia biasa sahaja tanpa mengira jantina.

Setakat mana kamu sanggup menebalkan muka? Sudahkah kamu latih pembentukkan jati diri? Bolehkah kamu bezakan hal hal penting dan tidak penting? (hinaan, celaan, perli dan nista?) Kerja jalan, mulut bersopan dalam ketegasan dan boleh berkomunikasi memberi alasan dan penerangan, dengan emosi yang stabil.

Rumah kebal kamu tentulah akan dilihat aneh kerana kamu maknyah, siapa teman teman kamu setakat ini? Latihan latihan peribadi sudah tentu akan membuahkan diri kamu yang Yakin, Bersahaja dan Kuat.

Bagaimana mahu menghadapi sebarang cabaran, kalau kamu sendiri tidak kenal seksualiti kamu, gagal mendakap diri seadanya dan setiap waktu harus angguk angguk pada suara yang lebih besar (yang sering melihat hidup kamu sebagai celaka/deviant).

Ingat, kalau sepanjang hidup dihatui rasa bersalah dan berdosa, kamu tidak akan ke mana mana langsung.

Kenapa harus dinantikan PENGESAHAN dan PENERIMAAN orang?

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now